Rabu, 31 Mei 2017

Apa Itu Ziarah Dalam & Luar Jemaah Umrah

Sedikit Perkongsian...

'Apa Itu Ziarah Dalam & Luar Jemaah Umrah'


ASSALAMUALAIKUM...

Menerusi catatan kali ini, apa kata kita sama-sama mengimbas kembali beberapa perkara yang perlu dilakukan sebelum melangkah ke Tanah Suci Madinah dan Makkah bagi menunaikan ibadat umrah.
Ada jemaah yang akan mengikuti kursus umrah yang dikendalikan agensi pengendali yang dipilih. Cukupkah sekali mengikuti kursus itu?

Jika baru kali pertama, sebaik-baiknya ikutilah kursus umrah teori dan praktikal sekurang-kurangnya dua kali tetapi jika sudah berpengalaman, memadai untuk mengikutinya sekali. Biarpun sudah beberapa kali menunaikan umrah, saya tetap nasihatkan jemaah agar ikuti lagi kursus dilaksanakan sebab penceramah atau pembimbing umrah tentu mempunyai tip tersendiri.

Bagaimanapun, perkara asas yang perlu diketahui umum ialah rukun umrah dan wajib umrah. Ada lima rukun umrah dan dua wajib umrah. Kecanggihan teknologi ketika ini memudahkan anda untuk memuat turun atau mencatatkannya di dalam nota telefon bimbit.

Jika suatu ketika dahulu, di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, penggunaan telefon bimbit dilarang, tetapi sekarang sudah berbeza. Keadaan ini sekali gus memudahkan lagi jemaah, terutama warga muda yang lebih selesa memegang telefon bimbit berbanding buku doa.

Lima rukun umrah yang perlu diingat ialah niat ihram, tawaf, saie, tahalul dan tertib, manakala wajib umrah adalah berniat ihram di miqat dan tidak melanggar pantang larang ketika di dalam ihram.
Selain menyempurnakan umrah, jemaah yang baru kali pertama menunaikan ibadat itu teruja untuk mengetahui apakah aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang kira-kira 10 hari di Tanah Suci.

Menerusi pertanyaan rambang penulis melalui aplikasi WhatsApp berkumpulan warga berusia di antara 18 dan 25 tahun mendapati ramai yang ingin mengetahui lokasi bersejarah dan menarik yang boleh dikunjungi di Tanah Suci sepanjang menunaikan umrah.

Ada juga bertanya mengenai cara bersedekah, peluang menyambung pelajaran, mencari pekerjaan, menetap di situ, mencari kenalan baru dan membuka perniagaan. Tidak kurang juga yang mahu perbanyakkan doa di depan Kaabah, menziarahi makam Nabi Muhammad S.A.W, bertaubat dan melipatgandakan ibadat di masjid.

Menerusi catatan minggu ini, penulis ingin berkongsi lokasi atau tempat bersejarah yang sering dikunjungi ketika jemaah umrah dan haji menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Ziarah Dalam:
Ziarah di Madinah terbahagi kepada dua iaitu ziarah dalam dan ziarah luar. Ziarah dalam adalah menziarahi Masjid Nabawi, makam Nabi Muhammad S.A.W, makam sahabat iaitu Saidina Abu Bakar al-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab.

Sampaikan salam kepada Rasulullah dan sahabat ketika menziarahi makam dan ketika di Raudah, banyakkan berdoa di taman syurga itu. Untuk mengenali Raudah, pastikan anda sudah memijak permaidani berwarna hijau muda. Sejurus berada di situ, berdoa dan jika keadaan tidak sesak, eloklah bersolat sunat dua rakaat.

Raudah adalah tempat di antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Di antara rumahku dan mimbarku ialah RAUDAH (TAMAN) dari taman-taman syurga dan mimbarku di atas telaga (kautsar) ku.

"Untuk jemaah wanita, laluan masuk ke Raudah adalah dari pintu 25. Tempoh masa untuk ke Raudah bagi jemaah wanita terbahagi kepada tiga sesi dari jam 7 pagi hingga 11 pagi, 1 tengah hari hingga 3 petang dan 9 malam hingga 11 malam.


Jika suatu ketika dahulu, kunjungan ke Raudah tidak diiringi muzawirah atau mutawifah tetapi sekarang sebahagian besar pengendali umrah menyediakan khidmat itu, sekali gus memudahkan jemaah untuk memasuki Raudah yang acapkali sesak.

Bersabarlah jika mahu ke Raudah kerana jemaah dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia sering menjadi kumpulan jemaah terakhir untuk masuk ke dalam Raudah. Tidak rugi bersabar dan menjadi kumpulan jemaah terakhir memasuki Raudah kerana laluannya lebih mudah dan lapang, sekali gus memudahkan jemaah untuk bersolat dengan tenang.

Namun, sebahagian besar hilang sabar terutama jika ke Raudah pada sebelah malam kerana badan terasa letih dan mata mula mengantuk tambahan pula perubahan masa di antara Arab Saudi yang lewat lima jam dari Malaysia.

Dalam hal ini, saya berpesan kepada jemaah, sebaik-baiknya, berkunjunglah ke Raudah selepas sarapan kerana badan lebih segar dan mata tidak mengantuk ketika itu. Saya dan sekumpulan jemaah haji pernah memperoleh ruang yang selesa untuk bersolat dan berdoa di Raudah pada sebelah pagi kerana membiarkan sahaja sebahagian besar jemaah berebut-rebut memasuki Raudah pada musim haji 2015.

Tidak sia-sia penantian kami sebab boleh bersolat sunat lebih daripada dua rakaat tanpa gangguan dan asakan dariipada jemaah lain. Alhamdulillah. Kunjungan ke Raudah di kalangan jemaah lelaki tidak terbatas. Mereka bebas berkunjung ke taman syurga itu pada bila-bila masa.

Ziarah Luar:
Merangkumi beberapa lokasi di luar Masjid Nabawi iaitu Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Jabal Uhud dan Makam Syuhada’ Uhud, Ladang Tamar dan Perkuburan Baqi’.

*Masjid Quba – Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah. Sabda Nabi Muhammad bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah."

*Masjid Qiblatain – Pernah dikenali sebagai masjid Bani Salamah. Namanya ditukar kepada masjid Qiblatain kerana turunnya ayat yang memerintahkan agar Nabi Muhammad menghadap ke Kaabah ketika bersolat. Sebelum itu, Rasulullah dan sahabat bersolat menghadap ke Baitul Muqaddis.

*Uhud – Satu-satunya bukit di dunia ini yang akan masuk ke syurga. Setiap kali menjejakkan kaki ke Uhud dan sekitarnya, hati terasa sayu. Perang Uhud tercetus pada tahun 625 Masihi dengan jumlah Islam 700 orang manakala kafir Quraisy 3,000. Kekalahan pada peperangan itu turut mengorbankan 70 tentera Islam dan Rasulullah mengalami kecederaan serta patah gigi geraham.

*Ladang Tamar – Destinasi popular untuk jemaah berbelanja tamar, kekacang dan manisan. Jemaah juga berpeluang menikmati teh sambil bersantai di persekitaran ladang tamar.


*Perkuburan Baqi’ – Tanah perkuburan penduduk Madinah dan mereka yang meninggal dunia di Madinah. Isteri-isteri Rasulullah dan anak cucu Nabi Muhammad disemadikan di situ. Dianggarkan 10,000 sahabat bersemadi di tanah perkuburan berkenaan. Tempat yang dinyatakan paling sering dikunjungi jemaah haji dan umrah. bagaimanapun, ada lagi lokasi bersejarah yang tidak dikunjungi tetapi mungkin jemaah dibawa melaluinya seperti Masjid Jumaat, Masjid Ghamamah dan Masjid al-Fath. Masjid Jumaat terletak tidak jauh dari Masjid Quba dan di masjid itu solat Jumaat yang pertama didirikan dan pada waktu itu jumlah jemaah yang mengerjakannya adalah 40 orang.

Kredit: Raihanah Abdullah

Selasa, 30 Mei 2017

Pogba Bergambar Tepi Kaabah


Gambar Pogba Berlatarbelakangkan Kaabah-Agensi
Makkah: Pemain bola sepak termahal dunia, Paul Pogba, berkongsi gambar dia menjalani ibadah umrah di Makkah, Ramadan ini.

Dalam gambar dimuat naik ke Twitter pada Ahad lalu itu, Pogba, 24, turut menyertakan keterangan: “Ini perkara paling indah pernah dilihat seumur hidup saya.

Pogba menjadi pemain bola sepak termahal dunia pada musim panas lalu selepas Manchester United membayar jumlah dilaporkan bernilai £89juta (RM489 juta) kepada Juventus.

Rabu lalu, pasukannya memenangi Liga Eropah selepas Manchester United mengalahkan Ajax di Stockholm.

Susulan kemenangan itu, dia berkongsi video ringkas menunjukkan dia membawa bagasi bersertakan keterangan dia mahu menjalani ibadah umrah. - Agensi

Kredit: HMetro
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Mei 2017 @ 9:01 AM

Isnin, 29 Mei 2017

Sebat 20 Kali Jika Jual Makanan Sebelum Jam 4 Petang



Lhoksukon: Pihak berkuasa Aceh Utara mengingatkan peniaga supaya tidak menjual juadah untuk buka puasa sebelum jam 4 petang waktu tempatan.

Mereka yang melanggar syarat yang sudah ditetapkan itu akan dikenakan tindakan berdasarkan Kanun Akidah, Ibadah dan Syiar dengan hukuman sebat maksimum 20 kali.

“Kita berharap peniaga dan masyarakat semuanya mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” kata ketua pengawas Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin.

Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih. Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan Internet.

Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin berkata, mereka perlu menghormati muslim di situ menjalani semua ibadah sepanjang Ramadan. - Agensi

Kredit: HMetro
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 1:31 PM

Rabu, 24 Mei 2017

Al-Quran Digital, Jam Kejut Sahur

Elakkan menghantar gambar makanan ke dalam instagram sebelum berbuka puasa
Pejam celik, sudah tinggal kurang tiga hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia dijangka mula menunaikan rukun Islam ketiga.

Berpuasa sering dikaitkan sebagai bulan beribadat dengan pelbagai aktiviti lain dilakukan dan bukan saja setakat menahan lapar dan dahaga pada siang hari.

Memandangkan kita hidup pada zaman teknologi, sudah pasti ia juga boleh dikaitkan dengan aktiviti beribadat dan seharusnya menjadi pemangkin untuk menggandakan pahala pada bulan Ramadan yang mulia.

Kita ambil contoh mengenai gajet wearable atau peranti boleh pakai seperti jam pintar atau gelang yang boleh dikaitkan dengan bulan puasa.

Bulan puasa bukan saja dikaitkan dengan ibadat namun ia umpama serampang dua mata apabila ia bulan yang sesuai untuk mengurangkan berat badan dan meningkatkan kecergasan yang sudah pasti boleh dibantu peranti wearable.

Sifatnya yang mempunyai sensor mengesan langkah membolehkan pengguna menganggarkan kalori yang terbakar ketika atau selepas kita berjalan, jadi pada bulan puasa ini, ia bukanlah alasan untuk duduk bersenang lenang.

Bagi memastikan aktiviti bangun malam untuk beribadat pula, anda boleh mendapat manfaat daripada kebanyakan pengeluar wearable terbabit untuk menetapkan waktu tidur sesuai dan fungsi mengejutkan selepas sepertiga malam.

Di samping bangun malam untuk beribadat, ia juga bertindak memastikan waktu tidur yang cukup terutama selepas berpuasa pada siang hari dan memastikan diri kekal bertenaga pada waktu siang. Al-Quran digital pula menjadi tumpuan sekiranya pengguna mahu mengasingkan antara al-Quran dan aplikasi al-Quran dalam telefon pintar.

Ramadan kali ini mungkin masa yang sesuai untuk memanfaatkan teknologi paling dekat dengan kita seperti telefon pintar dan tablet di samping penggunaan gajet lain seperti al-Quran digital atau tasbih elektronik.

Terdapat lambakan gajet di pasaran dengan pelbagai jenama yang menggunakan pen sebagai peranti memainkan audio bacaan al-Quran bagi membolehkan anda mengaji di mana saja anda berada dengan bimbingan ‘ustaz’.

Bagaimanapun, pen yang dibangunkan perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) sementara terjemahannya pula disahkan Jakim.

Al-Quran dalam bentuk pen dapat membantu mereka yang mesra teknologi untuk belajar serta mendapat manfaat daripada set yang mengandungi al-Quran berkod serta pen pintar.

Pada kebiasaannya, pengguna turut dibekalkan kad mengandungi 114 surah dan kad 26 doa harian, buku Iqra dan pakej amalan solihin terdiri daripada surah Yasin, Asmaul Husna dan AlMa’thurat.
Pen pintar yang ada membolehkan pengguna mendengar bacaan dengan mudah.

Ia direka untuk membaca teks dan imej yang dikodkan dan dicetak di atas kertas, kemudian menukarkan data berkenaan kepada suara atau bunyi. Saiz pen yang kompak memudahkan ia dibawa ke mana saja dan menjadikan proses pembelajaran lebih menarik serta berkesan.

Selain itu, bulan puasa juga memberi kemeriahan apabila bazar Ramadan mula dibuka bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Kunjungan ke bazar membeli makanan yang menjadi rutin ketika berbuka memang dinantikan, namun masalah timbul sekiranya kita tiba di bazar awal untuk membeli makanan. Sebaik saja pulang, makanan pula sudah sejuk, ditambah lagi waktu berbuka masih lama.

Jadi, teknologi seperti beg pemanas makanan (thermal insulated bag) menjadi pilihan jika anda mahu ke bazar Ramadan, sekali gus mengekalkan panas murtabak, roti john dan banyak lagi makanan pada bulan Ramadan.

Secara tidak langsung, anda juga boleh menjadi individu yang mesra alam apabila mengurangkan jumlah penggunaan plastik.

Lagipun, beg pemanas makanan tidak mahal harganya iaitu kira-kira RM10 hingga RM50 bergantung kepada saiz dan boleh digunakan untuk jangka masa lama.

Ramadan juga mengajar kita untuk mengurangkan aktiviti ‘online’ yang tidak mendatangkan faedah sama ada secara sedar ataupun tidak.

Misalnya, apabila waktu berbuka hampir tiba, semakin galak kita sibuk merakam foto makanan dan menghantarnya ke dalam Instragram.

Sebaiknya kita perlu mengelak terlalu melekat di depan telefon pintar dengan mengemas kini Facebook atau laman sosial lain dan sibuk menaip status tidak bermanfaat secara panjang lebar kerana waktu yang ada lebih sesuai untuk melakukan ibadat.

Tidak dilupakan, jangan pula membiarkan orang tua di kampung keseorangan pada bulan Ramadan apabila si anak hanya sibuk di grup WhatsApp tanpa menghiraukan keadaan ahli keluarga.

Selain itu, jangan lupa untuk menggunakan mod senyap pada telefon pintar ketika solat Tarawih. Pesanan terakhir, walau secanggih mana pun telefon anda, jika ia tidak mampu untuk tetapkan ‘alarm’ untuk bangun bersahur atau bertahajud, tak guna juga!

Kredit by: Afiq Hanif (HMetro)
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Mei 2017 @ 3:39 AM

Jumaat, 19 Mei 2017

TERKINI:Kubur Digali Semula, Tubuh Tahfiz Muda, THAQIF Masih Utuh, Tidak Hancur, Berbau!


EKSKLUSIF! Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.

Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi, Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya, seolah-olah masih baru ditanam semalam!.

Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya, dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali semula.

"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.

"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur. Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan. Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.

Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan bukti.

Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.

Kredit: Mingguan Wanita
Oleh:Almaswa Haji Che Ros

Khamis, 18 Mei 2017

TERCUCUK BESI PAGAR RUMAH CUBA DICEROBOH

DARAH: Kesan darah pada besi pagar rumah jurutera terbabit.
KUCHING: Padah menimpa seorang lelaki yang terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas tangannya tercucuk besi pagar sebuah rumah yang cuba dicerobohnya dalam satu insiden kelmarin.

Ketua Polis Daerah ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, satu laporan dibuat oleh seorang jurutera selepas menemui kesan tompokan darah di sekitar tiang pagar rumahnya di Jalan Demak di sini, sekitar jam 8 pagi Selasa lepas.

Menurutnya, jurutera terbabit juga menemui selipar tersangkut di pintu pagar rumahnya dengan besi penghadang yang bengkok.

"Bagaimanapun, tiada barang-barang berharga dilaporkan hilang dari rumah jurutera terbabit dan hasil siasatan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 27 tahun berasal dari Kampung Pulo Hulu.

"Suspek ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Kuching semasa dia sedang menerima rawatan akibat kecederaan di tangannya dipercayai akibat tercucuk besi pagar rumah jurutera terbabit,' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Difahamkan, sebuah lagi rumah milik seorang doktor bersebelahan rumah jurutera terbabit juga disyaki telah diceroboh suspek.

"Selain itu, semakan rekod juga mendedahkan suspek mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Suspek sehingga berita ini ditulis semalam dilaporkan masih menerima rawatan di HUS dan akan direman untuk membolehkan siasatan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan dijalankan.

Kredit: UB

Selasa, 16 Mei 2017

TAK CUKUP? TAMBAH LAGI RM1 BILION UNTUK KEMUDAHAN INTERNET DI SARAWAK



KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menambah RM1 bilion lagi jika peruntukan RM1 bilion pertama yang sudah diluluskan tidak mencukupi untuk membangunkan kemudahan internet berkelajuan tinggi di seluruh Sarawak.

Katanya, ia untuk memastikan semua rakyat sama ada di bandar, luar bandar, pedalaman malah di kawasan tanah tinggi dapat menikmati liputan internet tersebut.

"Saya maksudkannya (menambah RM1 bilion)... saya mahu seluruh Sarawak mendapat liputan internet yang berkelajuan tinggi dan bukannya seperti sekarang, yang sangat perlahan terutama di luar bandar," katanya ketika merasmikan majlis makan malam Pesta Lunau Kayan 2017 anjuran Persatuan Wanita Kayan Sarawak (PWKS) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan menjelaskan internet berkelajuan tinggi sangat diperlukan di luar bandar kerana ia bukan sahaja boleh menghubungkan masyarakat di situ dengan dunia luar tetapi juga memberi manfaat dari segi sosio ekonomi.

Kredit: UB

JOM UMRAH BERSAMA RTT SARAWAK


"SILA SHARE"

'JOM UMRAH BERSAMA RTT SARAWAK'
.
Semua orang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Pengalaman menjejakkan kaki di tanah haram sangat berharga bagi seorang insan dan pastinya menjadi kenangan yang terindah sepanjang hayat. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, In Shaa Allah...
.
Aaamiin Ya Rabb...💕
.
Perkara-perkara yang sering menjadi kebimbangan bagi orang ramai yang ingin menunaikan ibadah umrah adalah:-
.
💠Harga
💠Penerbangan
💠Jarak Hotel dgn Masjid
💠Makanan
💠Bimbingan
.
Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pelbagai kelebihan untuk kemudahan dan keselesaan para tetamu Allah, antaranya:-
.
Harga pakej yang sangat berpatutan bermula dengan RM5990.00 sahaja.
Penerbangan (Saudi Airlines, Emirates, Etihad Airways, Malaysia Airlines & Qatar Airways) @ setaraf
Jarak hotel yang berdekatan dengan masjid :-
🔰Hotel Makkah (Malak At-Taqwa 180 meter)
🔰Hotel Madinah (Mubarak Al-Masi 100@120 meter).
Berjalan kaki sekitar 4@5 minit sahaja ke masjid. Bergantung pada harga pakej.
.
Makanan citarasa Malaysia.
.
Bimbingan Mutawwif terlatih dan berpengalaman sepanjang masa. Andainya ada sebarang kemusykilan mengenai ibadah dan perkara-perkara lain, jemaah boleh bertanya terus pada Mutawwif yang dilantik pada bila-bila masa.
.
Kuliah Agama Berjadual sepanjang berada di Haramain contohnya Kuliah Dhuha dan Kuliah Selepas Isya'. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para tetamu Allah mengenai bumi Makkah dan Madinah serta tempat-tempat mustajab doa yang terdapat di bumi Haramain.
.
Kursus Umrah PERCUMA!!!
Kursus akan diadakan sebelum berangkat ke Haramain sebagai persediaan para tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna dan juga mendapat gambaran serba sedikit mengenai Kota Makkah & Madinah.
 .
Ziarah Haramain:-
📍Madinah:
Raudhah, Makam Rasulullah SAW & Para Sahabat, Perkuburan Baqi', Thaqifah Bani Sa'adah, Bukit Uhud, Makam Shuhada' Uhud, Pasar Kurma@Ladang Kurma, Kilang Al-Quran, Masjid Quba', Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatain.
📍Makkah:
Jabal Thur, Jabal Nur@Gua Hira', Jabal Rahmah, Arafah, Mina, Muzdalifah, Ladang Unta, Muzium Haramain, Masjid Ja'ranah dan Masjid Hudaibiyyah.
.
Kami bersedia menawarkan perkhidmatan untuk merealisasikan impian anda. Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Encik Saifuddin bin Madli di talian 012-8975082📱☎️. Wakil Perunding Umrah RTT Sarawak akan memberi respon dengan kadar segera. In Shaa Allah..
.
Ataupun boleh terus email ke: kamekmiaktebuan13@gmail.com.
 .
TRIP RTT SARAWAK ADALAH PADA 2 DISEMBER 2017-12 DISEMBER 2017 INI...
Apa Tunggu Agik... Joooooommmmm!!!
.
"Memburu Maghfirah, Meraih Mardhatillah " 💕🕋🕌💚

#JomUmrahBersamaRTTSarawak
#SemogaKitaSemuaMenjadiTetamuAllah
#MemburuMaghfirahMeraihMardhatillah

Jangan lupak LIKE Page RTT SARAWAK Okey... Syukran Jazilan...

Isnin, 15 Mei 2017

Kisah Bulan Puasa Di Sarawak Bumi Kenyalang

 
Admin ingin berkongsi semula kisah dari pengguna Facebook yang telah menjadi Viral di media sosial pada bulan puasa 3 tahun lepas untuk menyatakan betapa bertuahnya kita yang tinggal di Bumi Sarawak.

Berikut status dari fb Zaidi Anwari:

"Sorry to say this is Sarawakian. Just to share a story.

2 days ago, I went to one of restaurant menjual makanan segera to have my berbuka puasa. Jam menunjuk pukul 6.30 petang. Barisan panjang.

Di hadapan saya terdapat satu keluarga berbangsa Iban juga sedang berbaris dalam lima orang. Terus mak dia bertanyakan saya.

"Awak melayu kah?"

Saya jawab, "Ya saya melayu"

Lalu dia memberitahu anak-anaknya, "berik sidak laut keduluk, sidaknya puasa".


(Bagi dia dulu, dia nak berbuka puasa)

Saya terasa sangat tersentuh dengan perempuan iban tersebut dan tanpa rasa malu memberitahu dia semoga Tuhan menjaga kakak dan seluruh keluarga kakak. Dia cuma tersenyum dan memberi laluan.

Marilah sama-sama kita renung. itulah Sarawak Bumi Kenyalang."
 
Semoga kita semua bertemu di bulan puasa tahun ini dan segala urusan ibadah kita di bulan puasa yang tidak lama lagi kunjung tiba mendapat barakoh dan pahala disisi Allah SWT.. Aaamiin...

Rabu, 10 Mei 2017

Apa Beza Penutup Botol Air Warna Biru dan Putih?




Apa Beza Penutup Botol Air Warna Biru dan Putih?

Kalau nak beli air mesti ada penutup air yang warna biru dan ada warna putih...

Mesti ada kawan or mak ayah korang suruh korang belikan air mineral untuk dorang kan? Lepas tu diorang suruh korang cari air mineral penutup yang berwarna biru. Korang mesti pelik kan kenapa nak yang penutup warna biru? Padahal yang penutup warna putih pun sama je, air mineral juga. 

Haa meh sini tengok apa perbezaan sebenarnya.

1.    Penutup biru Diperolehi dari sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan kemudian dibotolkan. Haa baru boleh dilabelkan sebagai air mineral.

2.    Penutup putih Merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa mejadi air paip sahaja sudah menyebabkan keaslian air itu hilang. Sebab tu air penutup putih hanya dilabelkan sebagai air minuman atau “drinking water” dan harganya pun lebih murah dari air mineral yang berpenutup biru. Haa so lepas ni korang takdelah tertanya-tanya kenapa orang suruh belikan air mineral yang berpenutup biru kan?

Sumber by Scriptersnews 

Selasa, 9 Mei 2017

MIAK SARAWAK DIIKAT TANGAN DAN DIBUNUH DENGAN KEJAM

Mayat Lelaki Yang Sudah Membengkak & Membusuk

MISTERI bau busuk yang dihidu penghuni rumah Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras sejak empat hari lalu terjawab apabila mayat lelaki yang disyaki dibunuh ditemui dalam bilik di sebuah rumah, pada 2 petang, hari ini.
Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan diikat menggunakan wayar pengering rambut dan pengecas telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk flat terbabit yang curiga dengan bau busuk yang dihidu sejak empat hari lalu dan meminta supaya polis membuat pemeriksaan.
Katanya, polis yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah mendapati ada mayat lelaki sudah membengkak dan membusuk.
"Pakar Patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mengesahkan lelaki itu sudah mati kira-kira empat hari lalu. Namun, kesan kecederaan pada luar badan mangsa tidak dapat dipastikan.
"Mangsa yang bekerja di sebuah bank di ibu kota, berasal dari Sarawak difahamkan menyewa di rumah itu seorang diri," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke rumah mayat PPUKM untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok, 09 Mei 2017.

Kredit: Harian Metro


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Mei 2017 @ 9:46 PM
*********************************************************************************************************
Selamat petang.

Jumpa mayat disyaki di bunuh

Pada 8.5.17 lebih kurang 1400 pengadu anggota Polis bertugas di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Salak South telah terima panggilan telefon dari orang awam beritahu terhidu bau busuk di satu rumah Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL.

Hasil siasatan

1. Mayat si mati merupakan seorang lelaki melayu. Umur 32 tahun

2. Mayat si mati ditemui dalam bilik tidur keadaan tertiarap dan kedua-dua belah pergelangan tangan diikat dengan wayar pengering rambut dan kabel pengecas telefon bimbit.

3. Keseluruhan badan mayat membengkak dan keluar cecair busuk.

Pakar patologi dari PPUKM Cheras mengesahkan kematian tersebut lebih kurang 4 hari yang lepas berdasarkan keadaan mayat tersebut. Kesan kecederaan pada luaran badan mangsa tidak dapat dipastikan.

4. Si mati hanya duduk menyewa rumah tersebut seorang diri.

5. Post mortem akan dijalankan pagi esok 9/5/17 di unit forensik PPUKM.

Terima kasih kawan kawan

Khamis, 4 Mei 2017

PAUS TERDAMPAR DI KUALA SIWAK


Penduduk kampong bersama anggota bomba mengalih paus ke laut.
MIRI: Ikan paus dalam anggaran 30 kaki dan seberat 1.5 tan ditemui terdampar di pantai Kuala Sungai Siwak, Baram, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan penduduk kampong Berjaya menolak ikan paus tersebut ke tempat yang lebih dalam.

Seramai tujuh anggota bersama dua jentera terlibat dalam operasi kali ini.

Law berkata operasi tamat kira-kira dalam jam 8.15 pagi.

Kredit: UB

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT