Khamis, 3 Mei 2018

SIK KENAL MAKA SIK CINTA: KENALI CALON PARLIMEN P.193 SANTUBONG KITA


Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Kenal sik kitak urg ngan calon PBB/BN yang bertanding utk PRU14 di Parlimen P.193 Santubong? Sik Kenal Maka Sik Cinta... Juhhh, sama2 kita kenal sedikit mengenainya...

Datuk Seri Dr Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar merupakan ahli politik Malaysia dari parti Barisan Nasional. Beliau merupakan ahli parlimen Batang Lupar kemudian parlimen Santubong, Sarawak selama 5 penggal mewakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) . Pada 2008 beliau dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. (Timbalan Speaker Dewan Rakyat).Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Kementerian Dalam Negeri untuk kabinet malaysia 2013 dan sekarang telahpun menjadi Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau pernah menjadi ketua platun Pasukan Polis Hutan berpangkat Inspektor. Beliau bertempur dengan komunis antara tahun 1969-1973. Seterusnya sebagai peguam.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Santubong , negeri Sarawak. Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar telah menang dengan mendapat undi sebanyak 15800.

Calon lawan ialah Rahamat Idil Bin Latip dari PKR mendapat 3,855 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 64.73% . Undi rosak sebanyak 248.

Beliau menjadi Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) negeri Sarawak.

Begitulah sedikit sebanyak mengenai DSWJ calon BN/PBB Parlimen P.193 Santubong yang akan bertanding di Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-14 pada 09 Mei 2018 (Rabu) minggu hadapan.

Sampai jumpa lagi untuk nukilan yang lain...

Selamat mengundi... UNDILAH DENGAN BIJAK!!! 

Dan jangan lupakkk... jadilah followers blog KAMEK MIAK TEBUAN tuk juak okey!!!

Sekian, wassalam.

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT