Jumaat, 17 Jun 2016

Cartoon Legend: Wile E. Coyote dan Road Runner

 Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Hari tuk nak ngimbau kembali saat-saat remaja dolok marek yang suka nangga cite katon terutama sekali cite katon tuk 'Road Runner' dengan bunyi-bunyiannya yang 'rare'. Dolok-dolok nang selalu endiat cite karton tuk, tapi kinektuk dah jarang malah sikda gik keluar di kaca tv. Mun diingat balit, nang femes cite katon tuk dolok marek uuuu... Tapi kinektuk... kenangan hanyalah tinggal kenangan...
Apa-apapun, jom baca sedikit sebanyak artikel mengenai sejarah penciptaan cite karton tuk... Mun di diat artikel tuk, nang lejen la... coz lamak dah cite tuk di tayangkan sejak tahun 1952 lagik... #NangNostalgia... Jom mentelaah..


SEJARAHNYA BERMULA DISINI...



Wile E. Coyote (dikenali hanya sebagai "Coyote") dan Road Runner merupakan pasangan watak kartun dari siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies. Watak-watak ini dicipta oleh pengarah animasi Chuck Jones pada tahun 1948 untuk Warner Bros., sementara templat pengembaraan mereka adalah hasil kerja penulis Michael Maltese.

Dalam setiap episod, Coyote banyak bergantung kepada pendekatan yang keterlaluan tetapi teliti (selalunya banyak menggunakan senjata, bahan letupan serta perangkap) dan bukannya pancainderanya untuk menangkap mangsanya itu. Premis utama siri kartun yang melibatkan mereka ialah "senjata makan tuan", di mana senjata yang digunakan sering kali gagal dalam keadaan yang memalukan.

Walaupun Coyote secara amnya senyap dalam kebanyakan kartun pendek Coyote-Road Runner, dia ada kalanya bercakap dengan loghat peringkat tinggi, dengan memperkenalkan dirinya sebagai "Wile E. Coyote - super genius", suaranya dilakonkan oleh Mel Blanc.[1] Road Runner hanya mengeluarkan bunyi "Beep, Beep" (sebenarnya lebih kepada "Meep, Meep"), serta bunyi menjelir lidah. Bunyi "Beep, Beep" tersebut dilakonkan oleh Paul Julian.[2]

Setakat ini, sebanyak 48 episod kartun yang dihasilkan dengan menampilkan kedua-dua watak tersebut (termasuk tiga kartun CGI pendek); kebanyakannya dihasilkan oleh Chuck Jones.

  

CIPTAAN
Jones mereka watak Coyote berasaskan buku Mark Twain berjudul Roughing It,[3]. Jones berkata dia mencipta kartun Coyote-Road Runner sebagai parodi kepada kartun "kucing dan tikus" tradisional seperti Tom and Jerry, yang, ironinya, Jones sendiri turut menjadi pengarahnya lama kemudian.[4]

Nama "Wile E." Coyote sememangnya permainan kata bagi perkataan Inggeris "wily" yang bermaksud "licik". Huruf "E" dikatakan kependekan kepada Ethelbert dalam satu itu buku komik Looney Tunes; tetapi satu isu sahaja, di mana penulisnya tidak berniat untuk mencipta nama tengahnya.[5] Nama keluarga Coyote disebut dengan "e" panjang (/kaɪˈoʊtiː/ ky-OH-tee), tetapi dalam satu kartun pendek, To Hare Is Human, Wile menyebutnya dengan diftong (/kaɪˈoʊteɪ/ ky-OH-tay). Lembaran model terawal bagi watak tersebut sebelum penampilan sulung rasminya (dalam Fast and Furry-ous) memperkenalkan dirinya sebagai "Don Coyote", permainan nama Don Quixote.[6]

 Oklah... setakat ya jaklah artikel mengenai cite karton tuk k... Jumpa lagi dilain catatan... tungguuu...

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT