Jumaat, 4 Ogos 2017

10 Kereta Terlibat Kemalangan Berantai Jln Miri-Bintulu, Jalan Sesak 1 km

MIRI: Berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer di Jalan Miri-Bintulu apabila 10 kenderaan terlibat kemalangan dengan saling berlanggar.

Memetik laporan Utusan Sarawak pada Jumaat, kejadian 9 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Laporan menyebut, kejadian berpunca daripada pemandu kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan ketika memandu di atas jalan yang licin dalam hujan lebat.

Kesilapan tersebut menyebabkan sembilan kenderaan lain di belakang terdiri daripada itu Perodua Viva, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota tidak sempat mengelak.

Sebelum ini, Jalan Miri-Bintulu kerap merekodkan kemalangan berantai melibatkan banyak kenderaan dalam satu kemalangan.

Memetik laporan INFO Sarawak di Facebook (4 Oktober 2016) berlaku kemalangan berantai di Kilometer 170, Jalan Miri-Bintulu yang turut mengakibatkan 10 kenderaan rosak teruk. Kemalangan turut berpunca daripada kesilapan pemandu akibat jalan raya licin.

Gambar hiasan – Kemalangan berantai Miri-Bintulu Oktober 2016

Kemalangan menyebabkan jalan sesak dan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir melepasi kawasan kemalangan.

Kredit: Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT