Jumaat, 25 Mei 2018

Kerajaan Pertimbang Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.
“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.
Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewangan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.
“Bagaimana pun, janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.
Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh b erjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya.
-Bernama

Kedudukan Parti Komponen Sarawak Dalam BN Dijangka Diketahui Selepas Aidilfitri — Abd Yakub


MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi nekad bekerja keras, khusus memperjuangkan isu menuntut hak Sarawak seperti termeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bagi Yakub, 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada 82 kerusi DUN, yang masih membentuk kerajaan di Sarawak bertanggungjawab menentukan hala tuju serta masa depan rakyat di negeri ini.
Bercakap pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Mukah, Yakub berkata kerajaan Sarawak mesti memastikan hak rakyat negeri ini terus dibela.
Kerajaan Sarawak masih dikuasai suara majoriti komponen Parti Pesaka Bumiputera Berdatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerajaan Persekutuan kini dikuasai Pakatan Harapan dengan kebanyakan negeri di Semanjung turut berubah kepemimpinan.
Yakub turut mengulas berkaitan pertimbangan semula kedudukan parti komponen ini dalam ikatan Barisan Nasional (BN).
Beliau menjangkakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Sarawak akan mengumumkan kedudukan parti komponen Sarawak ini selepas Aidilfitri. –Sarawakvoice

Najib Akan Disumbat Ke Dalam Penjara

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan disumbat ke dalam penjara, menurut Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam.
Dakwanya, ini berdasarkan senario semasa yang menunjukkan tanda-tanda bekas Perdana Menteri itu bakal menuju ke tirai besi.
“Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya pernah melalui proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dari 1998 hingga 2003,” katanya.
“Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali,” katanya dalam program FB Live Sinar Harian yang turut disiarkan dalam Sinar Harian, hari ini.
Najib yang disiasat untuk kali kedua hadir ke Ibu Pejabat SPRM memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC, Khamis.

Pertama kali beliau hadir ialah pada Selasa.
Untuk dua sesi siasatan berkenaan, Najib disiasat selama sekitar sepuluh jam.
Najib belum lagi ditahan SPRM ketika badan pencegah rasuah itu dijangka berbuat demikian Selasa lalu, oleh banyak pihak.
Pihak polis telah menggeledah kediaman beliau dan menemui wang tuai RM130 juta, beg dan jam tangan mewah.
Bekas Perdana Menteri itu semalam berkata, sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd selesai.
Menurut Lokman, berdasarkan sejarah lalu, tidak mustahil Tun Mahathir menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan Najib.
“Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya adalah ISA, jadi lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir,” katanya seperti dipetik Sinar Harian lagi.
Mengulas ‘tanda-tanda’ Najib bakal ke penjara, Lokman berkata, ini berdasarkan tiga perkara.
Pertama, ketika dilantiknnya Ketua Pengarah SPRM yang baharu, beliau secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.
“Kedua, tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara,” katanya lagi. –Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT