Ahad, 21 April 2013

PAMERAN KEDIAMAN & GAYA HIDUP PERFECT LIVIN 13 @BCCK 25-28 APRIL TOK!

Assalamualiakum wbt..
 
Aritok sikda pa2 nak dipolah.. just to inform ngan kitak org yg minat ngan deco2 rumah @ gaya idup yg sempurna...
 
On da way nak gi umah kakak, ADMIN tertangga banting2 berwana merah mengarey di sangkut sidak event.. So, baca punya baca.. rupa2nya ada Pameran Kediaman & Gaya Hidup Perfect LIVIN 13 pada 25-28 April tok di BCCK.
 
Debah ya ada sedikit information dari THEBORNEOPOST berkenaan ngan Pameran ya..
 

 
"KUCHING: Pameran kediaman dan gaya hidup nombor satu di Malaysia, Perfect Livin 13 bakal berlangsung buat julung kalinya di negeri ini bertempat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai 25 hingga 28 April ini.
 
Perfect Livin 13, merupakan platform terbaik untuk pemilik kediaman memenuhi keinginan ke atas kediaman dan gaya hidup idaman dari segi pengubahsuaian, perabot serta hiasan dalaman dan luaran pada tawaran yang hebat.
 
Lebih daripada 300 gerai dibuka sepanjang pameran tiga hari ini yang dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam yang menjanjikan kepuasan kepada pengunjung terutama dalam kalangan pemilik kediaman yang inginkan sesuatu yang hebat untuk kediaman mereka.
 
Selain menghimpunkan peserta-peserta pameran terbaik dari seluruh negara, Perfect Livin 13 juga menawarkan pelbagai aktiviti sampingan untuk para pengunjung termasuk beg-beg hadiah sebagai buah tangan untuk para pengunjung.
 
Dalam pada itu semua pengunjung yang berdaftar akan diberikan hadiah manakala 1,000 pengunjung pertama akan membawa pulang botol minuman eksklusif Perfect Livin 13 setiap hari dan 2,000 beg bergaya Perfect Livin."
 
Oklah.. mun kitak org warga TMTL ada masa terluang, bolehla datang dengan keluarga rami2 g @BCCK. Sapa yang ada masalah...
 
Sayang semua.. sik terlambat ngucap selamat bercuti.. jgn lupak kemas brg kerja.. strekar baju k kerja esok.. hihihi..
 
ASSALAMUALAIKUM...
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT