Sabtu, 17 November 2012

YAHUDI MEROSAKKAN UMAT ISLAM DENGAN 3F

Salam sejahtera buat semua warga TMTL
ermm aritok public holiday n cuti sekolah.. rami sidak emakbapak nembiak embak pergi bercuti di tempat2 yg menarik mcm di Damai Beach Resort ka.. hihih..
 
Malam tok iboh lupak AIM (Anugerah Industri Muzik) 2012 , sempat agik blogwalking ke beberapa blog sahabat yg kenal mahupun sik kenal dan terjumpa sigek artikel yang amat menarik .. so dengan izin Allah tergerak hati admin  utk Copy dan paste kat blog TMTL tok. Bukan apa,utk renungan kita bersama.
selamat membaca ..

Semalam aku telah hadir ke salah satu program ceramah integriti penjawat awam di bawah kementerian tempat aku berkerja. Ceramah yang menerangkan kepentingan mencari halal lagi baik atau ‘halalan toyyiban’ dalam kehidupan seharian kita disampaikan oleh Ustaz Mohd Amri bin Abdullah dari JAKIM. Ceramah yang disampaikan pada aku sangat berinformasi, dua jam rasanya tak cukup untuk ceramah berkenaan, terlalu banyak info yang sepatutnya kita tahu sebagai umat Islam dalam hal memilih makanan atau produk halal. Ustaz Mohd Amri pula memang pandai memberi ceramah, amat jarang aku tak mengantuk ketika mendengar ceramah dan ceramah dari Ustaz Amri ni antara ceramah yang berjaya mengekalkan aku dalam keadaan ‘jaga’ kerana Ustaz Amri pandai menarik perhatian aku sebagai pendengar dengan pelbagai informasi dan lawak jenaka spontan dalam sesi ceramahnya. Aku tertarik dengan salah satu informasi yang dikongsi oleh Ustaz Amri dalam ceramahnya iaitu “Yahudi merosakkan umat Islam melalui 3F.” Kenapa Yahudi menggunakan 3F ini dan apa yang ‘F’nya tu? Yahudi guna 3F ni kerana mereka tak yakin boleh menang kalau menentang umat Islam. Umat Islam memang kuat dengan semangat perjuangan, sanggup mati syahid dan berkorban apa saja demi menegakkan agama Islam. Namun Yahudi berjaya melemahkan kita sekarang melalui 3F ni.
F yang pertama ialah ‘Food’ atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.
 F yang kedua ialah ‘Fashion’ atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur ‘see through’, kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka berfesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.
F yang terakhir ialah ‘Fun’ atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu’ nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu’. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.
 
So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F tok, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang sik bagus kita dah terpolah, target supaya ia sik akan terjadi agik di masa akan datang.
 

Renungan kita bersama. -SALAM-
 
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG


CUTI SEKOLAH 2012

 ASSALAMUALAIKUM WBT...


Bosan rasanya aritok.. Turun kerja,lengang kereta dijalan.. Kelibat sidak nembiak sekolahpun sikda.. Apa tek dah cuti sekolah.. Rindu ngan sidak nembiak sekolah yg semangat nak gi sekolah (teringat time sekolah dolok).Seronok kitak org yg cuti sekolah oww.... Lebih2 agik cikgu, nembiak cuti,cikgu pun cuti juak. Tapi cikgu dlm cuti ada tugasannya.. Pening juak jd cikgu tok.. Sian cikgu.. Terbaekla cikgu..

Entri kali tok admin nak kongsi melalui gambar ngan kitak org warga TMTL berkenaan dgn cuti sekolah tahun 2012 tok. Mesti dan semestinya makbapak kitak org dah byk polah program & plan nak ngembak kitak orang gi bercuti, makan angin di tempat2 peranginan @ gi makan2.. bestttttnyerr.... 

Tapi ingat adek2.. cuti2 juak.. jangan lupak prepare n standby barang k persediaan ke sekolah tahun depan... ingat yaaa... 


Oklah... Jom layan gambar2 cantik pemandangan di waktu cuti sekolah. Layannnn.... 
 
 
Tugu Pusak Lambang Kebanggaan Warga Bandaraya Kuching

  
 
Pusat Peranginan Damai Beach Resort

 
 
Kolam Renang
  
 
Pusat Peranginan Damai Puri Resort & SPA

    
Kolam Renang  
http://22.com.my/images/yapb_cache/santubongresort.4dy6gz6zwdq8s44ss0owokgg4.1n4kr7rgh18gs08gcg0csw4kg.th.jpeg
 Pusat Peranginan One Santubong Resort 

One Hotel Santubong Kuching - Pool view at night 
Kolam Renang
 
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi4BOhaMUQMCRm3SAyY9k9ftVDNr1jCRYeF2z7vPIXdmLBRuOEzWns6CqQ80pviU7Fi91biRchbxAycC6S81V4Cgmh9Gse8NIZOwr3f0EUastrH2nt8v5bl-acvC8BGZuv79uL-xaWS_r79/s1600/20120517_121907.jpg 
Kampung Budaya Sarawak 
 
 
Taman Negara Kubah, Matang
 
Pusat Hidupan Liar Matang   

http://adventuremalaysia.com/images/stories/destination/parkbako/bako01.jpg
 Taman Negara Bako 
 
Suasana Senja @Taman Negara Bako  

 *Banyak gik tempat2 menarik yang kitak org bleh pergi... jgn lepaskan peluang anda bersama2 keluarga.. 
 
 
Akhir sekali admin berpesan ngan adik2.. berhati2 jaga keselamatan ketika bercuti terutama sekali di pusat peranginan yg ada kolam renang.. Yang penting sitok.. Sentiasa jaga keselamatan kitak org walau dimana kitak pergi.. Pada makbapak.. sering pantau anak2.. sentiasa menasihati anak2,tegur anak2 supaya sentiasa menjaga diri masing2.. OK..

Salam Percutian dari admin kepada adik2 yg bercuti sekolah.. Selamat Bercuti..

Created by
TMTL ADMIN BLOG

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT