Khamis, 18 Ogos 2016

Info Dunia:Makhluk Misteri Menyerupai Manusia Gemparkan Portugal



LISBON 17 Ogos- Makhluk misteri menyerupai manusia yang sedang berjalan secara membongkok melalui kawasan belukar di sebuah gurun di Portugal berjaya dirakam dan menjadi viral baru-baru ini. Mail Online melaporkan, makhluk itu dipercayai haiwan legenda Amerika Selatan yang menghisap darh kambing dan digelar masyarakat sebagai 'Chupacabra'. Video singkat itu merakamkan makhluk misteri berkenaan sedang berjalan secara perlahan melalui tanah tandus dengan kepala membongkok.

Makhluk tersebut dipercayai sudah menyesuaikan diri dengan persekitaran sunyi gurun itu. Bagaimanapun, makhluk menyerupai manusia terbabit kemudiannya hilang daripada pandangan kamera di sebalik belukar di gurun berkenaan.

Sementara itu, klip video tersebut yang dimuat naik di internet sejak sebulan lalu kini telah ditonton lebih 200,000 orang. Malah, pengguna internet turut 'berbalah' dalam menentukan jenis haiwan itu. Ada di antara pengguna percaya haiwan itu adalah Chupacabra manakala ada yang mendakwa makhluk itu sebagai Big Foot. Tidak kurang yang mendakwa video itu adalah palsu berdasarkan kualiti rakaman.

Kredit:http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/makhluk-misteri-menyerupai-manusia-gemparkan-portugal-1.371731#sthash.Bkhdtf0I.dpuf

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT