Khamis, 23 Jun 2016

Wanita OKU maut dipercayai jatuh dari tingkat dua

KUCHING: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan kedai yang baharu siap dibina di Pending di sini, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Jong berusia 52 tahun dan berasal dari Jalan Pending.
Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di tempat kejadian, mangsa kali terakhir dilihat pada jam 11 pagi dan ketika itu mangsa masih berada di rumah mereka.
“Dia (mangsa) sudah lebih 20 tahun memegang kad OKU kerana mengalami masalah mental dan kali terakhir dia dilihat hari ini (semalam) pada jam 11 pagi sebelum saya keluar untuk bekerja,” katanya.
Difahamkan, mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tempat letak kereta bangunan kedai berkenaan yang terus menghubungi pihak polis.
“Sebelum ini kami sering melihat dia datang ke sini dan pernah dinasihatkan agar berhati-hati kerana dia mengalami masalah mental,” kata seorang pekerja di bangunan tersebut.
Beberapa pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching DSP Lim Bhak Phai.
“Dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan kerana didapati hanya di aras tersebut sahaja terdapat bahagian yang tidak bercermin.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut pihak polis di tempat kejadian masih dijalankan,” kata sumber.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Info by Borneo Post Online

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT