Khamis, 24 Mei 2018

SEMAKAN PEMBAYARAN INSENTIF PENJAWAT AWAM DISYOR DIGANTI INSENTIF LEBIH BAIK


KUCHING: Semakan semula pembayaran insentif kepada penjawat awam oleh kerajaan persekutuan baharu disyorkan untuk digantikan dengan insentif lain lebih baik daripada sebelum ini.

Pengerusi Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Negeri Sarawak atau CNS Ahmad Malie berkata, CNS berasakan bahawa adalah mustahil kerajaan baharu bertindak tidak meneruskan insentif yang amat sensitif itu.

"Walaupun kerajaan baharu berhasrat untuk menyemak semula insentif tersebut, CNS berasakan bahawa adalah mustahil kerajaan baharu bertindak tidak meneruskan insentif yang amat sensitif ini.

"Ia boleh mengecewakan semua penjawat awam melainkan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripada yang dijanjikan kerajaan terdahulu," katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Beliau berkata bagaimanapun, CNS masih berpandangan positif mengenai semakan itu buat sementara dan masih lagi terbuka sekiranya Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) khas untuk semua penjawat awam seperti yang dijanjikan kerajaan sebelum ini dikaji dan disemak semual oleh kerajaan baharu.

"Walaupun kerajaan baharu berhasrat untuk menyemak semula pembayaran insentif ini, CNS tetap berpandangan positif dengan kemungkinan bahawa kerajaan baharu akan mengumumkan insentif lebih baik dan menarik daripada dijanjikan kerajaan terdahulu," katanya.

Ahmad berkata, sehubungan itu CNS menggesa agar semua penjawat awam di Sarawak akur sementara menunggu apa sahaja keputusan daripada kerajaan baharu yang ada kini.

Kata beliau, CNS amat mengharapkan agar berita baik akan diumumkan oleh kerajaan  baharu kerana memahami bahawa mereka merupakn kerajaan berjiwa rakyat.

Ahmad pada masa yang sama berharap semua penjawat awam khususnya di Sarawak bersabar sementara menunggu Julai.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai statur Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) bagi semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai nanti akan ditentukan semula kerajaan baharu.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata pengumuman kenaikan GST pada 1 Julai itu dilakukan kerajaan terdahulu dan kini terpulang kepada kerajaan baharu sama ada mahu melaksanakannya atau sebaliknya.

"KGT itu adalah janji (kerajaan) dahulu, sekarang kita serah kerajaan baharu untuk tentukan. Kita inut manifesto kerajaan sekarang," kata Ali.

Manakala pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ke-16 pada 4 April lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersetuju memberi kenaikan gaji bersamaan satu KGT kepada semua penjawat awam berkuat kuasa 1 Julai 2018.

Kredit: Utusan Borneo Online

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT