Ahad, 18 November 2012

6 PERISTIWA AJAIB SEMASA PEPERANGAN GAZA

ASSALAMUALAIKUM...WBT..
 
Be A Good Muslim And Die As Syuhada!!!
 
Keajaiban di peperangan Gaza. Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20 hingga 31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

Peristiwa 6

Paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. dan kelihatan Baginda sedang mengeluarkan pedang daripada sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu Baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita?

Itulah serba sedikit daripada kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!

Maklumat: Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika peperangan di Gaza sekitar awal tahun 2012
 
 
Dalam Maharaja Lawak Mega 2012 semalam kita dapat lihat persembahan agak hambar daripada Boboi yang kini sudah bertiga dengan kemunculan ‘adik-beradik baru’ iaitu Nabil. Jelas terpancar ekspresi kurang ceria di wajah Afdlin Shauki. Rupanya ini apa yang sedang bermain di fikirannya…

Afdlin Shauki Sokong Gaza

“Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, Syria dan di mana sahaja umat Islam ditindas, dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah!”
Created by
TMTL ADMIN BLOG



JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

ASSALAMUALAIKUM WBT.
 

Jom Jadi 7P Pemuda al-Kahfi
Pemuda Islam Al-Kahfi
 
 


JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

Jom Jadi 7P Pemuda al-Kahfi
1. Perwira yang berani demi Allah.
2. Perkasa dalam menegakkan iman.
3. Penganalisis yang melangkau zaman.
4. Pejuang yang sejati dan contoh terbaik.
5. Pendamai yang menyatukan silaturrahim suci.
6. Pendahulu yang tampil untuk membelakangkan kesesatan.
7. Pemikir yang berfikir berpaksikan hidayah Allah.

Pemuda sebagai tonggak kekuatan ummah yang seharusnya mempunyai akidah Islam yang teguh, kefahaman Islam yang jitu, akhlak Islam yang mantap dan semangat keislaman yang waja. Pernyataan di atas amat menggerunkan untuk dilaksanakan. Pada zaman dahulu, umur belasan tahun sudah berjuang dan berperang membela agama dan bangsa. Namun hari ini, umur belasan tahun masih terlalu mentah, masih manja dan masih belum jelas matlamat hidup. Sekalipun bijak dalam akademik, tetapi aspek akhlak dan kepimpinan masih merisaukan. Sedarlah wahai Pemuda Islam!
JOM JADI 7P PEMUDA AL-KAHFI

Created by
TMTL ADMIN BLOG

 


SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT