Rabu, 19 April 2017

Banteras Maksiat: Pakej 'Ekstra' Di Pusat Urut dan Refleksologi, Pelacuran Digempur!


KUCHING: Sebanyak 12 premis menyediakan 'Pakej Tambahan' yang berselindung di sebalik nama pusat urut dan refleksologi di seluruh negeri diserbu sekali gus membawa kepada penahanan 42 wanita warga asing.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak menjalankan tiga serbuan di Miri, manakala JSJ Sibu enam serbuan dan masing-masing satu serbuan oleh KSK Kuching, Bintulu dan Padawan.

Ops Noda yang dijalankan pada 1 April hingga Isnin lalu turut menyaksikan seramai 10  penjaga premis ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, pihaknya menerima maklumat beberapa pusat refleksologi itu mungkin menawarkan 'perkhidmatan' lain selain urutan.

Perlbagai barangan berkaitan dengan kegiatan seksual dirampas dalam serbuan-serbuan itu sekali gus mengesahkan syak wasangka kami bahawa premis-premis itu adalah sarang pelacuran yang berselindung di sebalik nama pusat refleksologi," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Dev berkata, seramai 16 daripada 42 yang ditangkap ialah warganegara Indonesia, 12 wanita warga Vietnam, manakala warga China dan Thailand masing-masing tujuh orang.

Menurutnya, seperti dijanjikan, JSJ Sarawak akan terus menyerbu pusat urut dan refleksologi di seluruh negeri yang disyaki menawarkan pelacur-pelacur asing.

Seperti dinyatakan sebelum ini, kita menerima maklumat beberapa pusat refleksologi ini mungkin menawarkan 'perkhidmatan' lain selain urut," katanya.

"JSJ akan terus menyerbu premis-premis di negeri ini yang disyaki menggalakkan aktiviti maksiat," katanya.

Kesemua yang ditahan disiasat atas pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen.


Kredit: UB

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT