Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Aidil Adha 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya Aidil Adha 2012. Papar semua catatan

Isnin, 29 Oktober 2012

SALAM BAITULLAH 2012


Salam semuanya warga TMTL... Walaupun dah nak dekat2 abis org g aji @Hari Raya Haji, Admin aritok pada hari Tasyrik (10,11,12&13 Zulhijah 1433H) nak nak kongsi sigek citer dalam video (sik panjang dlm 5 minit) ngan org kampung kita yg mualaf yang telah berpeluang dan diizinkan oleh Allah SWT utk pergi ke Mekah bumi suci Allah..
Sama2lah kita tontoni video di debah ya... Kalo kitak owg kpg tauk dalam minit 24 hingga 30 kitak org nangga ada preview cerita ya berkenaan ngan insan yg beruntung ya. Yang bestnya ada nge'show' org kpg kita berlatarbelakangkan Majid Darul Saadah Kampung Tabuan Melayu.
Jom Mari sama-sama kita tontoni... Layannnn...
 

 
Dikesempatan tok Admin nak ucap sekali lagik ngan kitak orang di TMTL Selamat Hari Raya Aidil Adha 2012. Mudah2an segala urusan anda semuanya diberkati, diterima dan mendapat pahala disisi Allah SWT AMinnnnnn...
 
Created by
ADMIN TMTL BLOG
 

Khamis, 18 Oktober 2012

PENGERTIAN HARI RAYA AIDIL ADHA

 
 
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA PADA 26 OKTOBER 2012
 
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
 
Created by
TMTL BLOG ADMIN

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT