Selasa, 18 September 2012

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI DI KPG TABUAN LOT-Masjid,Suro Sebagai Pusat Pembangunan Ekonomi

 
 
 
Salam semua, entri kali tok adalah ramah tamah aidilfitri di Tabuan Lot. YB kita Dr Hazland madah, semua dak masjid ngan suro yg dlm lingkungan DUN Demak Laut akan ditransformasikan menjadi Pusat Pembangunan Ekonomi dalam kampung.nya madah piya ha..bukan admin ok.
 
Sehubungan ngan ya, Yb ada madah juak bahawa transformasi ya merangkumi masjid ngan suro yang dipelbagaikan fungsinya bukan setakat nok beribadah ajak,tetapi juga menjadi tempat Penjana Ekonomi Penduduk Kampung.
 
"Untuk pengetahuan, KITA mempunyai perancangan untuk mempelbagaikan fungsi masjid ngan suro yang mana ia akan ditransformasikan menjadi pusat pembangunan ekonomi untuk setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut".Kata Yb ketika beramah mesra ngan penduduk kampung tabuan lot yang ngada RAMAH TAMAH AIDILFITRI di sini malam dolok.
 
Nya madah agik, ada 4 masjid ngan suro di kawasan DUN Demak Laut telah diberik kursus untuk menubuhkan koperasi atau syarikat atau kedua-duanya bagi menjana ekonomi kampung berkenaan kursusnya TMTL. Tujuan nok nubuh koperasi @ syarikat ya sik lain dan sik bukan adalah untuk membantu meningkatkan lagi taraf sosioekonomi masyarakat setempat.
 
"Dengan adanya Koperasi @ Syarikat di Masjid ngan Suro, maka segala peruntukan dari pihak kerajaan, dapat disalurkan terus ke Koperasi @ Syarikat tersebut bagi melaksanakan apa2 naiktaraf masjid @ suro. Bukan ya ajak, sidak Koperasi Masjid @ Suro boleh encarik dirikpun kontraktor untuk kerja2 naiktaraf ya disamping kerja gotong-royong sesama ahli." Jelasnya piya.
 
Malah katanya sidak koperasi masjid @ suro ya boleh juak mukak Kedey Rakyat 1Malaysia dimana enjual barang2 runcit ngan harga yang berbaloi di setiap kampung di kawasan DUN Demak Laut.
 
Sidak Kampung yang di bawah DUN Demak Laut disarankan untuk menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi memantapkan perpaduan masyarakat dalam kampung."KRT amat penting dan ia perlu ditubuhkan setiap kampung justeru saya amat menggalakkan setiap kampung dalam DUN Demak Laut mempunyai KRT"Ujarnya.
 
Harapan Admin agar segala perancangan dan saranan oleh YB kita Dr Hasland Hipni berjalan dengan lancar dan dimakbulkan oleh Allah SWT.
 
Created by
TABUAN MELAYU THE LEGEND

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT