Rabu, 27 April 2016

SEJARAH TEBALOI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kesinambungan dari artikel tempoh hari iaitu Cara Membuat Linut.


Apa itu Tebaloi?

Ia merupakan makanan rutin harian atau boleh dikatakan sebagai ganti nasilah untuk masyarakat atau bangsa Melanau yang bermastautin di Sarawak. Tebaloi dibuat daripada pohon sagu, iaitu batang sagu diproses dengan beberapa peringkat sebelum ianya menjadi sebagai Tebaloi yang kebiasaannya berbentuk snek.



Dahulu Tebaloi merupakan kuih asli orang kampung yang dibuat secara kecil-kecilan dikalangan wanita-wanita Melanau di kawasan Mukah dan Dalat. Cara pembuatannya dulu semuanya secara manual dan menggunakan alat-alat tradisional. Oleh itu keluarannya terhad dan masa itu belum dikomersialkan dipasaran lagi.


Kini teknologi pembuatan tebaloi telah dipermodenkan. Kebiasaannya tembaloi dibuat dengan menggunakan belanga kini ditukar kepada oven dan pengering (dryer) yang berkapasiti tinggi dan lain-lain alat moden yang boleh mempercepatkan pemprosesan. Justeru pengeluaran dapat dipertingkatkan ke tahap komersial serta dipasarkan secara meluas bukan saja di pasaran tempatan malah Tebaloi juga dipasarkan sehingga diperingkat antarabangsa.

  

Sampai sini sahaja untuk artikel mengenai Tebaloi. Sampai jumpa lagi untuk artikel seterusnya. Sekian salam perjuangan admin untuk semua warga Sarawak. #OnlyInSarawak.

Wassalam.

 

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT