Jumaat, 19 Ogos 2016

Isu Semasa: Seorang Suspek Kes Bunuh Bill Kayong Menyerah Diri


KUCHING: Seorang daripada tiga suspek yang dikehendaki polis berhubung kes pembunuhan Bill Kayong tampil menyerah diri di Balai Polis Miri semalam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak SAC Dev Kumar, suspek iaitu Chin Wui Chung berusia 50 tahun tiba bersama peguamnya sekitar jam 4.50 petang.
“Dia akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Miri esok (hari ini) untuk direman dan seterusnya didakwa berdasarkan kesalahan di dalam dokumen pertuduhan,” katanya dalam kenyataannya di sini semalam.
Selain itu, Dev menasihatkan dua lagi suspek yang masih dikehendaki agar tampil menyerah diri secepat yang mungkin.
“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan dua lagi suspek dan kami juga menasihatkan mereka untuk menyerah diri kerana kami akan terus berusaha gigih membawa mereka ke muka pengadilan,” katanya.
Kredit: BorneoPost Online

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT