Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Khamis, 11 Oktober 2012

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI

 
Assalamualaikum semua warga TMTL. Lamak dah sik molah entry. hampir sebulan dah sik memblogkan dirik. Sorila semuanya k. Entry kali tok admin nak berkongsi maklumat berkenaan ngan BAHAYANYA AIRCOND KETA.
 
Selamat membaca k.
 
PENGUMUMAN PENTING : PERLU DISEBARKAN!
SIKBOH! Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Nait Kereta!: Harap dapat berkongsi dengan sahabat kitak orang yang lain.
Bukaklah tingkap terlebih dolok sebaik memasuki kereta kitak orang dan jangan sesekali ngidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – nya dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam keta kitak orang). Disamping menyebabkan kanser, nya juak bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ya jika dibiar berlarutan akan nyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghidapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta mun difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Mun dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkat sampey 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan..dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara sik sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara tok daripada berterusan ialah dengan membukak tingkap ngan pintu terlebih dolok untok memberik udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…
P/s : jika kitak orang sayangkan keluarga & rakan-rakan kitak orang ,Jangan malu-malu Jangan Segan mau share,copy paste kerana info tok milik kita semua k.
 
Created by,
ADMIN TMTL

Selasa, 11 September 2012

PROGRAM SUNTIKAN VAKSIN HPV PERCUMA BAGI WANITA BERUMUR 18 TAHUN BERMULA

 
 
PUTRAJAYA, 16 JULAI 2012, Program suntikan vaksin HPV (Human Papilloma Virus) percuma kepada wanita berumur 18 tahun bermula hari ini dengan fasa pertama membabitkan penduduk di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala fasa kedua di negeri-negeri lain bermula bulan depan.
 
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman berkata, program itu adalah usaha mempromosi suntikan vaksin bagi mencegah kanser serviks (pangkal rahim).
 


"Suntikan untuk kumpulan wanita berumur 18 tahun ini sahaja dibuat selepas suntikan bagi kumpulan wanita berumur 13 tahun dimulakan tahun lalu selepas Belanjawan 2012 menyaksikan kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta bagi tujuan itu," katanya.

HPV adalah penyebab utama kanser serviks yang disebar menerusi hubungan seks dan Daftar Kanser Kebangsaan menganggarkan dua hingga tiga kes baharu kanser serviks dilaporkan setiap hari pada 2007.



Aminah berkata, semua wanita berumur 18 tahun digalakkan untuk mendapatkan suntikan percuma ini yang ditawarkan di 58 Klinik Nursejahtera serta Klinik-klinik kesihatan di semua institusi pengajian tinggi awam.
 
Beliau berkata demikian dalam persidangan media selepas majlis perasmian Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita di Dewan Perdana Nur Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di sini, yang disempurnakan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
 
Tengku Adnan dalam ucapannya pada majlis itu berkata peruntukan RM50 juta bagi program tersebut membuktikan komitmen kerajaan terhadap kesejahteraan wanita dari segenap lapisan masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

 


Bagi kitak orang Warga TMTL wanita yang lahir pada tahun 1993 sahaja boleh mendapatkan 3 suntikan HPV percuma ya di alamat yang tertera di bawah nun. Yang laki2 sikboh nak buang tabiat nak suntik juak k.
 
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi/pergi terus ke alamat di debah tok:
 
KLINIK NUR SEJAHTERA LPPKN NEGERI SARAWAK
Wisma Polarwood,Jalan Satok 94300 Kuching,Sarawak.
Tel: 082-411036/35 Sambungan100(Klinikal)
 
 
Kepada Warga TMTL yang lahir pada 1993 (Wanita Sahaja)pergilah untuk mendapatkan suntikan HPV yang percuma ya. Rugi sik pergi kitak orang,percuma gik ya.. Bukan apa untuk kesihatan. Apa yang penting sitok,JAGA KESIHATAN KITAK ORANG.
 
 
Salam dari,
 
TABUAN MELAYU THE LEGEND
 



 

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT