Isnin, 11 Februari 2013

CAKAP BANYAK,MULUT CELUPAR TANDA AKHLAK BURUK

Salam Warga TMTL yang disayangi...
Ada lagi entry kali tok.. Ari panas.. Tajukpun panas juak.. mu panas wa panas.. sama2 panas..
Alah bisa tegal biasa.. Batu serpihan... Bab mengata dia yang lebih.. Apuhhhh...

Entry nektok "Cakap Banyak, Mulut Celupar Tanda Akhlak Buruk" Adakah ayat ya betul? Pikir2kan.. Renung2kan..
 
Dalam entri kali tok, ADMIN hendak berceloteh sedikit tentang sikap buruk dikalangan kita yang menjengkelkan, malangnya sikap buruk kita ya sik kita sedari.

Pernahkah anda ditegur rakan, "Amboi! Mulut sik ada insurans!" Jika ada rakan yang menegur akan sikap kita, maka hendaklah kita bersyukur kerana teguran seorang rakan selalunya ikhlas dari hati. Janganlah pula kita melenting, atau cuba mengelak, "ala... aku dah memang macam ya...", sebaliknya cobalah ambik sedikit masa dan renungkan kembali adakah wajar kita bersikap buruk, sedangkan agama menuntut kita berakhlak baik, tidak kiralah dengan sesiapapun.

Sama ada kita sedar atau tidak, cara kita bercakap sebenarnya mewakili tahap pendidikan, tahap IQ dan pengalaman kita. Jika tidak perlu, maka kurangkanlah mengeluarkan perkataan yang boleh mencacatkan peribadi diri sendiri dan perkataan yang boleh meninggalkan kesan yang tidak berapa cantik kepada orang yang kita cakapkan. Bolehkah seseorang yang mempunyai akhlak buruk berubah menjadi baik? Dan bagaimanakah yang dikatakan akhlak baik yang dikehendaki agama?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Perbaikilah akhlak (budi pekerti) kamu sekalian.”

Imam Ghazali menyebut dalam Ihya’ ulumiddin: “Bagaimana kita boleh menolak perubahan akhlak dan kelakuan pada manusia. Perubahan juga boleh berlaku pada binatang. Bukankah burung helang yang asal sifatnya liar itu boleh dijinakkan? Begitu juga dengan kuda yang degil dan menentang sifatnya, dapat dijinakkan menjadi patuh serta menurut. Semua itu adalah perubahan dalam akhlak dan sikap.”

Orang yang menyatakan akhlak atau sikap tidak mungkin boleh berubah, maka kita tanya kepadanya: “Sekiranya akhlak dan kelakuan itu tidak mungkin untuk berubah, maka sudah tentulah tidak ada gunanya peringatan yang kita dituntut untuk menyampaikannya, atau nasihat-menasihati antara satu sama lain, ataupun pendidikan.”

Hakikat budi pekerti itu adalah perilaku (hal dan keadaan) yang meresap dalam jiwa seseorang. Perilaku inilah yang menerbitkan perbuatan dengan perasaan senang dan mudah, tanpa perlu lagi kepada pemikiran dan pertimbangan.

Jika yang terbit daripada perilaku itu perbuatan elok dan terpuji menurut ukuran akal mahupun syarak, maka perilaku ini dinamakan budi pekerti yang baik. Sebaliknya, jika yang terbit adalah perbuatan jahat, maka perilaku yang menjadi sebab terbitnya segala perbuatan jahat itu dinamakan budi pekerti yang jahat.

Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis bermaksud: “Sesungguhnya orang yang terdekat kepadaku di hari kiamat ialah yang terbaik akhlaknya.”

Sudah sepatutnya orang yang beriman dengan Rasulullah SAW bersemangat untuk menghiasi dirinya dengan semua bentuk akhlak mulia. Sehingga Rasulullah SAW mencintainya dan dekat dengannya di akhirat kerana sikap dan kelakuannya mengikut apa yang Baginda perintah.

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara sekalian kamu dan paling dekat kedudukannya kepadaku di akhirat adalah mereka yang terbaik akhlaknya. Dan yang terburuk di antara kamu sekalian bagiku dan terjauh dariku di akhirat iaitu mereka yang terburuk akhlaknya. Mereka itulah ‘Tsarsarun’, ‘Mutafaihiqun’ dan ‘Mutasyaddiqun’.”

Maksud Tsarsarun ialah orang yang banyak cakap, mutafaihiqun ialah orang yang sombong dan mutasyaddiqun ialah mereka yang cakap tanpa berhati-hati. Justeru, sesiapa yang ingin dicintai Rasulullah SAW dan ingin dekat dengannya di akhirat, hendaklah ia memperbaiki perangainya dan bersungguh-sungguh hingga tercapai cita-citanya.

Mudah-mudahan kita berubah dari yang baik ke arah yang lebih baik Insya Allah.. Aminnn. Renung-renungkan....
 
Created by
ADMIN TMTL


 
 
 


AMAL MAKRUF NAHI MUNKAR

Assalamualaikum.. lamak dah sik created blog tok eh.. lamak dah sik naip tok, lain ditaip kelak.. salah ditafsir sidak yg arif kelak.. ermm.. sikpa.. berhati2 dijalan raya...

Saya tok bukan banyak gilak nok ditaip, sikda papa bah yg dipikir sidak yg arif ya bah.. paham sidaknya.. Apa yg saya riso.. sidak yg purak2 arif ya ajak...

Dipendekkan cerita jaklah.. cerita yang sama, mcm dolok2 cerita bergambar jak.. hihihi.. Tok kitak org.. diat benar2,prati bena2 nok nama gambar di debah yoo.. ado paham jang oi?


Tok sikit nok nama maksud gambar di atas yo.... "Setinggi-tinggi daun di pokok..bila tiba masanya..ia tua. Kecut.. Layu.. Suatu masa ia akan trpisah dari induknya.. Sendirian menyembah bumi..reput.."
Paham sik ngan maksud yo jang?

Apa yg dipaham oleh yg daif tok, gambar tok menceritakan kehidupan seharian manusia sejagat. Panjang ney usia kita, rupa kita tetap berkedut2.. uzur.. sehingga membawa kita berjumpa dengan yang Maha Pencipta dengan membawa bekalan yg ada seorang dirik. Betulkah nisik nok dipadah saya tokkah? Yang bijaksana yang arif sila betulkan apa yg tersirat didalam gambar yg di createdkan ya.. Hope mengerti segalanya.

Gambar ya ada utk hiasan ajak. Tiada kaitan yang idup mahupun yang mati...

Sekadar untuk renungan bersama. -amalmakrufnahimunkar-

Created by
ADMIN TMTL BLOG

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT