Sabtu, 10 September 2016

Pembangunan Sarawak Masih Dekat Di Jiwa Tun Taib


YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih orang yang sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri dahulu, tetapi beliau sangat berhati-hati ketika menangani media baru-baru ini dalam temu bual bersamanya sempena sambutan ulang tahun rasmi beliau yang jatuh pada hari ini (10 September).

Seperti dahulu, beliau menyuarakan apa yang terkandung dalam fikirannya tetapi kita dapat merasai sikap waspada untuk tidak melampaui batas, sebagai tanda menghormati pengganti yang beliau telah pilih – Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Walaupun beliau berhati-hati untuk tidak menyentuh politik, Taib tidak dapat tidak kembali kepada topik yang dekat di hati beliau–pembangunan Sarawak di mana tumpuannya adalah kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Sayang beliau kepada Sarawak adalah jelas. Malah sebagai Yang di-Pertua Negeri, beliau enggan berpuas hati dengan pencapaian beliau selama ini tetapi sentiasa mengambil berat tentang kemajuan Sarawak dari segi ekonomi.

Kredit: Borneo Post Online

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT