YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih orang
yang sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri dahulu, tetapi
beliau sangat berhati-hati ketika menangani media baru-baru ini dalam
temu bual bersamanya sempena sambutan ulang tahun rasmi beliau yang
jatuh pada hari ini (10 September).
Seperti dahulu, beliau
menyuarakan apa yang terkandung dalam fikirannya tetapi kita dapat
merasai sikap waspada untuk tidak melampaui batas, sebagai tanda
menghormati pengganti yang beliau telah pilih – Datuk Patinggi Tan Sri
Adenan Satem.
Walaupun beliau berhati-hati untuk tidak menyentuh
politik, Taib tidak dapat tidak kembali kepada topik yang dekat di hati
beliau–pembangunan Sarawak di mana tumpuannya adalah kepada
pembangunan ekonomi dan infrastruktur.
Sayang beliau kepada
Sarawak adalah jelas. Malah sebagai Yang di-Pertua Negeri, beliau enggan
berpuas hati dengan pencapaian beliau selama ini tetapi sentiasa
mengambil berat tentang kemajuan Sarawak dari segi ekonomi.
Kredit: Borneo Post Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan