"Tahukah Anda?"
[Lagenda Batu Buaya]
Batu Buaya |
Ianya terletak di Santubong dan diberi nama sedemikian kerana ia
kelihatan seperti kepala buaya. Menurut legenda, terdapat seekor buaya
gergasi telah mengganas di Sarawak. Dikatakan Datuk Merpati telah
memenggal kepala buaya tersebut dan menyumpah kepala buaya itu menjadi
batu. Batu Buaya ini penuh dengan kaitan sejarah dan juga legenda,
seperti ketibaan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Dua puteri itu
dikatakan tiba di Batu Buaya selepas berlayar keluar dari Brunei. Begitu
juga dengan kisah mangkatnya satu-satunya sultan di Sarawak iaitu
Sultan Tengah. Setelah kembali dari Matan, Sultan Tengah berhenti di
Batu Buaya dan di tempat itulah baginda dibunuh oleh pengikut yang
khianat.