Isnin, 27 Jun 2016

Repost1: Lagenda Batu Buaya

"Tahukah Anda?"

[Lagenda Batu Buaya]

Batu Buaya

Ianya terletak di Santubong dan diberi nama sedemikian kerana ia kelihatan seperti kepala buaya. Menurut legenda, terdapat seekor buaya gergasi telah mengganas di Sarawak. Dikatakan Datuk Merpati telah memenggal kepala buaya tersebut dan menyumpah kepala buaya itu menjadi batu. Batu Buaya ini penuh dengan kaitan sejarah dan juga legenda, seperti ketibaan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Dua puteri itu dikatakan tiba di Batu Buaya selepas berlayar keluar dari Brunei. Begitu juga dengan kisah mangkatnya satu-satunya sultan di Sarawak iaitu Sultan Tengah. Setelah kembali dari Matan, Sultan Tengah berhenti di Batu Buaya dan di tempat itulah baginda dibunuh oleh pengikut yang khianat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT