Selasa, 7 Februari 2017

Bekas Perogol Bersiri Sampai Pagi Ini

[InfoLuarSarawak]

Sepang: Seorang rakyat Malaysia bekas perogol bersiri yang baru dibebaskan dari penjara di Kanada dijangka tiba di tanah air 7.45 pagi ini.
Difahamkan, Selva Kumar Subbiah berangkat dari Toronto, Kanada serta transit di Doha dan seterusnya menaiki pesawat dan berlepas pulang ke Malaysia.
Sementara itu, kira-kira 50 petugas media berkumpul di aras tiga terminal ketibaan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malah, ada juga yang menunggu di aras lima laluan VVIP selepas mendapat maklumat mengatakan Selva tiba pada malam ini. 
Bagaimanapun, ada dalam kalangan petugas media menunggu di terminal ketibaan itu seawal jam 12 tengah hari.
Mengikut laporan, Selva menjalani hukuman penjara 24 tahun di Kanada selepas didapati bersalah melakukan jenayah seksual termasuk 19 serangan seks dan 24 membabitkan dadah.
Dia dikatakan dibebaskan pada 29 Januari lalu.
Mangsa serangan seksual Selva mencecah 1,000 wanita termasuk bawah umur, namun yang tampil menjadi saksi ialah seramai 120.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 12:10 AM
Kredit: Harian Metro

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT