Selasa, 23 Ogos 2016

Mana Perikemanusiaan? Budak Terima 3 Jahitan Di Kepala, Alami Lebam, Calar Di Badan Akibat Didera Bapa Saudara

DERA: Bahagian kepala mangsa yang tercedera sehingga mendapat tiga jahitan.
SIBU: Seorang budak lelaki berusia lima tahun terpaksa menerima tiga jahitan di kepala selain turut mengalami kesan lebam dan calar di beberapa bahagian badan termasuk kaki dan tangan dipercayai akibat didera bapa saudaranya.
Kejadian dipercayai berlarutan sejak tahun lalu namun laporan polis dibuat pagi semalam oleh pihak sekolah. Semalam seperti biasa, mangsa dihantar ke sebuah taman didikan kanak-kanak (tadika) di sini.
Namun ketika sedang mengikuti pembelajaran, mangsa dilaporkan mengadu berasa pening sebelum guru bertugas mendapati terdapat kesan luka di kepalanya.
Selain itu, terdapat beberapa kesan calar turut ditemui pada bahagian badan mangsa.Difahamkan, mangsa mempunyai tiga orang adik beradik termasuk seorang daripadanya adalah perempuan.Kakak mangsa bagaimanapun tinggal bersama keluarga sebelah bapanya setelah kedua-dua orang tua mereka bercerai.
Mangsa dan ibunya tinggal di kediaman keluarga bapa saudara serta neneknya di Jalan Au Yong di sini.Difahamkan mangsa dan abangnya ditempatkan di pusat penjagaan di bawah pengawasan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
KESAN: Antara kesan lebam di bahagian kaki mangsa.
Namun, bapa saudaranya membuat permohonan kepada JKM supaya mangsa dijaga oleh mereka.Sementara itu, pihak sekolah mendakwa kejadian dera ke atas mangsa berlarutan sejak tahun lalu.Ini kerana mereka turut mengambil gambar kesan kecederaan dialami mangsa selain merekodkan tarikh pada setiap gambar tersebut.
Semalam, pihak sekolah mangsa tidak dapat menahan perasaan selepas melihat mangsa diperlakukan sebegitu sehingga laporan terpaksa dibuat.Dalam pada itu, pihak polis yang bertindak atas maklumat telah berkunjung ke kediaman mangsa dan menahan bapa saudaranya bagi membantu siasatan.
SAKIT: Bahagian tangan mangsa juga terdapat kesan calar.

Kredit: The Borneo Post Online

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT