Malam tuk adalah Malam Tujuh Likur yg dinantik gilak oleh semua urang dan boleh dikatakan ia udah menjadi kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia umumnya dan khususnya di Sarawak mengistimewakannya. Yang seronok sik terkata udah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil, berpesta bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum Raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam harinya.
Berbalik kepada cerita Malam Tujuh Likur, kinektuk udah semakin rami umat Islam terutamanya orang Melayu yang melupakan tradisi menyambut Malam Tujuh Likur. Rata-ratanya dah mula busy bersiap-siap nak balit kampung masing-masing ataupun maok balit beraya di kampung mertua. Sik ketinggalan, ada juak yang ngambik kesempatan maok melancong sakan ke luar negara apabila dapat cuti panjang sempena Hari Raya (urang kayo jak u!)
Selain jadi budaya tradisi yang masih kukuh dipertahankan di penghujung Ramadhan, Malam Tujuh Likur yang disambut pada malam 27 Ramadhan (malam tuk) setiap tahun juak merupakan acara ambang kemuncak atau pre-sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana ianya sinonim bagi memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan dan mengembalikan nostalgia hari raya tanpa melibatkan unsur-unsur khurafat. Selagi segala tuntutan ibadat sudah dikerjakan oleh masyarakat Melayu, sidaknya sik berdosa menyambut Malam Tujuh Likur dengan meneruskan tradisi orang-orang kampong seperti bertuntong, bermain meriam dan sebagainya selagik sik menyalahi hukum syarak! 10 malam terakhir tuk juga sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar iaitu satu detik keemasan untuk setiap Muslim merebut syurga apabila sekalian malaikat beserta penghulunya, Jibril turun ke bumi untuk mengaminkan dan mengangkat doa orang-orang yang melakukan ibadah seperti bersembahyang, bertasbih, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, bertahmid, bertadarus dan bertakbir kepada Allah SWT.
Keunikan sambutan Malam Tujuh Likur zaman dolok marek bukan ajak terletak pada kemeriahan bermain bunga api dan meriam buluh sambil diterangi cahaya pelita semata-mata, ianya juak menandakan sebagei bermulanya hari orang-orang kampung untuk molah persiapan sebelum 1 Syawal. Ada yang dah start masang tabir rumah, ada yang dah masang kapet baru dan sik ketinggalan juak sidak surirumah yang membuat kuih-muih serta biskut2.
Tradisi bertuntong tuk kebiasaannya dipolah makei batang buluh panjang yang menjadi amalan sejak zaman dolok marek, ianya bertujuan untuk nulong orang-orang yang berjalan kaki ke suro atau semejid untuk menunaikan solat terawih kerna suasana pada waktu malam yang terlalu gelap. Urang kampong masang pelita sepanjang Ramadhan sebenarnya sebagei simbol meraikan kedatangan bulan paling mulia ya dan menjadi penyeri setiap rumah kerna pada zaman dolok marek sik ada langsung kemudahan api letrik maokpun lampu spotlight lagikan pula api kelap-kelip seperti kinektuk. Bezanya kinektuk, budaya bertuntong lebih kepada simbolik pakei ngingat balit kesusahan urang dolok-dolok maok pergi ke suro dan semejid pada waktu malam dalam keadaan gelap gelita dan pelita menjadi lambang tradisi serta ikon kemeriahan sambutan Hari Raya sejak dari dolok agik.
Disamping ya, ada sesetengah kampung molah program iaitu bertanding molah pintu gerbang. Pintu Gerbang ya, urang kpg akan ngiasnya kacak-kacak, ada yang masang api kelik2, ada yang engkah pelita serta tulisan2 yang unik juga design yang unik di Pintu Gerbang yang sidaknya reka. Pintu Gerbang yang unik dan menarik perhatian juri pertandingan akan dinobatkan sebagei juara.
Apa-apapun, seronok bila tibanya Malam Tujuh Likur kerna disamping dapat melihat suasana api yang terang benderang dan meriah, keakraban diantara sanak-saudara, urang kampung sekeliling dapat diutuhkan.
Salam 7 Likur!
Selamat Memburu Al-Qadr...
Founder KMT,
26 Ramadhan 1439H