Rabu, 13 Disember 2017

Wajar Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Berganda Sebelum 2020 — Ceupacs S’wak

SIBU: Setiap kakitangan awam wajar diberi kadar kenaikan gaji khas berganda, dua tahun sebelum 2020 sesuai dengan peningkatan kos sara hidup yang meningkat.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak Ahmad Malie menggesa kerajaan mempertimbang permintaan Presiden Cuepacs Malaysia Datuk Azih Muda itu.
Menurut Ahmad memetik laporan Utusan Borneo, kebanyakan kerajaan negeri mampu memberi bantuan kewangan khas berkenaan.
Dengan kenaikan tersebut, pada masa yang sama kerajaan dapat menggambarkan situasi ekonomi negara sememangnya kukuh.
Cuepacs menjangkakan lebih 1.6 juta penjawat awam berdepan cabaran menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Cuepacs mencadangkan kerajaan memberi kenaikan tahunan sambil meneruskan kenaikan gaji tahunan.
Kredit: Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT