KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan disumbat ke dalam penjara, menurut Pemantau Kerajaan Malaysia Baharu Datuk Lokman Noor Adam.
Dakwanya, ini berdasarkan senario semasa yang menunjukkan tanda-tanda bekas Perdana Menteri itu bakal menuju ke tirai besi.
“Saya begitu yakin Najib akan ke penjara kerana saya pernah melalui proses ini bagaimana zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dari 1998 hingga 2003,” katanya.
“Dulu saya pernah lapan kali di lokap pernah di tahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bukan sekali tapi dua kali,” katanya dalam program FB Live Sinar Harian yang turut disiarkan dalam Sinar Harian, hari ini.
Najib yang disiasat untuk kali kedua hadir ke Ibu Pejabat SPRM memberi keterangan kepada pasukan petugas siasatan SRC, Khamis.
Pertama kali beliau hadir ialah pada Selasa.
Untuk dua sesi siasatan berkenaan, Najib disiasat selama sekitar sepuluh jam.
Najib belum lagi ditahan SPRM ketika badan pencegah rasuah itu dijangka berbuat demikian Selasa lalu, oleh banyak pihak.
Pihak polis telah menggeledah kediaman beliau dan menemui wang tuai RM130 juta, beg dan jam tangan mewah.
Bekas Perdana Menteri itu semalam berkata, sesi memberi keterangan berhubung siasatan terhadap anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd selesai.
Menurut Lokman, berdasarkan sejarah lalu, tidak mustahil Tun Mahathir menggunakan pendekatan sama untuk memenjarakan Najib.
“Zaman Tun M dulu beliau kawal semua dan senjatanya adalah ISA, jadi lipatan dahulu mengingatkan kita kepada Mahathir,” katanya seperti dipetik Sinar Harian lagi.
Mengulas ‘tanda-tanda’ Najib bakal ke penjara, Lokman berkata, ini berdasarkan tiga perkara.
Pertama, ketika dilantiknnya Ketua Pengarah SPRM yang baharu, beliau secara jelas dilihat mempunyai dendam kesumat kepada Najib.
“Kedua, tentang Jabatan Pendaftar Negara (ROS) dan ketiga mengenai tindakan pertukaran Peguam Negara,” katanya lagi. –Sarawakvoice
Tiada ulasan:
Catat Ulasan