Jumaat, 25 Mei 2018

Kedudukan Parti Komponen Sarawak Dalam BN Dijangka Diketahui Selepas Aidilfitri — Abd Yakub


MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi nekad bekerja keras, khusus memperjuangkan isu menuntut hak Sarawak seperti termeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bagi Yakub, 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada 82 kerusi DUN, yang masih membentuk kerajaan di Sarawak bertanggungjawab menentukan hala tuju serta masa depan rakyat di negeri ini.
Bercakap pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Mukah, Yakub berkata kerajaan Sarawak mesti memastikan hak rakyat negeri ini terus dibela.
Kerajaan Sarawak masih dikuasai suara majoriti komponen Parti Pesaka Bumiputera Berdatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerajaan Persekutuan kini dikuasai Pakatan Harapan dengan kebanyakan negeri di Semanjung turut berubah kepemimpinan.
Yakub turut mengulas berkaitan pertimbangan semula kedudukan parti komponen ini dalam ikatan Barisan Nasional (BN).
Beliau menjangkakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Sarawak akan mengumumkan kedudukan parti komponen Sarawak ini selepas Aidilfitri. –Sarawakvoice

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT