MIRI: Berlaku
kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer di Jalan Miri-Bintulu apabila
10 kenderaan terlibat kemalangan dengan saling berlanggar.
Memetik laporan Utusan Sarawak pada Jumaat, kejadian 9 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.
Laporan menyebut, kejadian berpunca
daripada pemandu kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan ketika
memandu di atas jalan yang licin dalam hujan lebat.
Kesilapan tersebut menyebabkan
sembilan kenderaan lain di belakang terdiri daripada itu Perodua Viva,
Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota tidak sempat mengelak.
Sebelum ini, Jalan Miri-Bintulu kerap merekodkan kemalangan berantai melibatkan banyak kenderaan dalam satu kemalangan.
Memetik laporan INFO Sarawak di
Facebook (4 Oktober 2016) berlaku kemalangan berantai di Kilometer 170,
Jalan Miri-Bintulu yang turut mengakibatkan 10 kenderaan rosak teruk. Kemalangan turut berpunca daripada kesilapan pemandu akibat jalan raya licin.
Gambar hiasan – Kemalangan berantai Miri-Bintulu Oktober 2016 |
Kemalangan menyebabkan jalan sesak
dan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir
melepasi kawasan kemalangan.
Kredit: Sarawakvoice
Tiada ulasan:
Catat Ulasan