EKSKLUSIF! Jenazah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang
meninggal dunia 26 April lalu digali semula pagi ini oleh pihak hospital
dengan kebenaran dari mahkamah serta bersaksikan polis bagi mencari
punca kematiannya. Sample yang diambil selepas kematiannya sebelum ini
tidak menemui apa-apa yang menjadi punca kepada kematiannya.
Ternyata, sekali lagi Allah SWT menunjukan kebesaranNya apabila kaki
yang dipotong dan tubuh pelajar tahfiz berkenaan yang bercita-cita
menjadi huffaz ketika memasuki Madrasah Tahfiz Al-Jauhar, Kota Tinggi,
Johor ini tidak mereput atau berbau busuk biarpun sudah hampir sebulan
jenazahnya dikebumikan saat kuburnya digali semula itu. Keadaannya,
seolah-olah masih baru ditanam semalam!.
Subhanallah, Maha Suci Allah yang menjadikan alam ini. Ternyata
terbukti kepada mereka yang mengutamakan al-Quran dalam kehidupannya,
dipelihara jenazahnya dari seksaan azab kubur. Menurut bapa saudara
arwah, Mas Arip dia bersama bapa mentuanya, Ahmad bin Motai menjadi
saksi bagi pihak keluarga menyaksikan kubur anak saudaranya itu digali
semula.
"Alhamdulillah keadaan jenazah sempurna dan masih utuh, sama seperti
baru ditanam. Pihak forensik yang mengambil sample dari kaki yang
dipotong itu turut mengagumi keadaan jenazah yang tidak mereput bahkan
cukup istimewa kerana Allah menunjukkan kebesaranNya di hadapan mereka
yang masih hidup. Kejadian ini turut disaksikan oleh pihak berkuasa.
"Allahuakabar!! Kakinya yang ditanam tempoh hari tidak hancur.
Bahkan badannya juga tidak hancur, sama seperti baru dikebumikan.
Betul-betul menginsafkan saya. Masya-Allah. Allah maha berkuasa,"kongsinya lagi.
Kisah adik Thaqif menjadi tular selepas dia didakwa menjadi mangsa
pukulan warden yang bertugas di pusat tahfiz berkenaan. Sehingga kini
kes tersebut masih dalam siasatan pihak berkuasa bahkan pembantu warden
berkenaan juga telah dibebaskan tanpa dilepaskan kerana kekurangan
bukti.
Semoga Ramadan yang bakal disambut oleh umat Islam tidak sampai 10 hari
ini benar-benar menjadikan kita umat Islam yang beramal soleh dan
memperoleh rahmat dan hidayah dari Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan