KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menambah RM1 bilion lagi jika peruntukan RM1 bilion pertama yang sudah diluluskan tidak mencukupi untuk membangunkan kemudahan internet berkelajuan tinggi di seluruh Sarawak.
Katanya, ia untuk memastikan semua rakyat sama ada di bandar, luar bandar, pedalaman malah di kawasan tanah tinggi dapat menikmati liputan internet tersebut.
"Saya maksudkannya (menambah RM1 bilion)... saya mahu seluruh Sarawak mendapat liputan internet yang berkelajuan tinggi dan bukannya seperti sekarang, yang sangat perlahan terutama di luar bandar," katanya ketika merasmikan majlis makan malam Pesta Lunau Kayan 2017 anjuran Persatuan Wanita Kayan Sarawak (PWKS) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.
Abang Johari yang juga Menteri Kewangan menjelaskan internet berkelajuan tinggi sangat diperlukan di luar bandar kerana ia bukan sahaja boleh menghubungkan masyarakat di situ dengan dunia luar tetapi juga memberi manfaat dari segi sosio ekonomi.
Kredit: UB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan