Selasa, 26 Disember 2017

Kalau Cuma ‘Sakit Pinggang’ Itu Tak Memerlukan Ubat, Cukup Lakukan ‘4 Gerakan’ Ini Tiap Hari, Tak Disangka Efeknya Sangat Dahsyat!

Kalau Cuma ‘Sakit Pinggang’ Itu Tak Memerlukan Ubat, Cukup Lakukan ‘4 Gerakan’ Ini Tiap Hari, Tak Disangka Efeknya Sangat Dahsyat!

Sekitar sepuluh tahun lalu, pertama kalinya aku senam aerobik, melakukan gerakan regangan bahagian pinggang, perut, tangan dan kaki. Saat itu aku mengalami masalah sakit pinggang yang sangat serius. Sakit ini akan berulang bila-bila masa saja, sama ada bergerak cepat untuk mengambil benda-benda berat, boleh sakit secara tiba-tiba, jadi sejak itu aku tidak berani terlalu sering bersukan.

Satu kali aku sakit punggung yang sangat serius, lalu aku beristirahat seharian di rumah, tapi rasa sakit itu tak kunjung hilang. Hal ini juga membuat aku kecewa, dalam waktu paling putus asa, aku ingat bahwa pernah melihat sebuah buku yang menulis tentang kesihatan, penulis tersebut berasal dari Jepun. Dalam buku itu tertulis latihan peregangan yang efektif untuk pengubatan sakit pingggang.

Jadi, aku pun mulai mencubanya. Anehnya, dua, tiga hari kemudian sakit punggung dan pinggang benar-benar berkurang! Mungkin takut sakit lagi maka hampir setiap pagi aku berusaha untuk melakukan latihan itu untuk mendapatkan hasil yang maksimum, kemudian bahkan jika aku melakukan senaman yang sedikit berat, saya juga tidak sakit pinggang seperti dulu lagi!
 .
Nah, mau tahu caranya?
.
.
A. Latihan Peregangan Otot Kaki Belakang

1. Pergelangan kaki dan kaki bahagian bawah membentuk sudut setegak mungkin.
 .
2. Posisi tubuh tegak lurus, saat bernafas secara perlahan, kemudian tubuh didadakan ke depan perlahan-lahan.
.

3. Lutut tidak dibengkokkan.
.
.
B. Latihan Peregangan Kaki Terbuka

1. Posisi duduk lurus, kedua tumit kaki ditemukan


2 . Tubuh bahagian atas lurus, dengan kedua tumit ditempelkan, posisi badan maju ke depan secara perlahan.
.
.
C. Perengangan Otot Kaki Bahagian Dalam


1. Kaki dibuka selebar mungkin (lebih 150 darjah, jika sulit, mungkin mulai dari awal 90 darjah), lutut harus lurus.
.
2. Tubuh tetap lurus, atur pernapasan, lalu tubuh dimajukan ke depan secara perlahan-lahan.
.
.
D. Latihan Peregangan Paha Depan

1. Posisi awal kedua kaki dilipat seperti bertutut, jaga posisi badan tetap tegak lurus;
.
2. Tangan diatas paha, tubuh perlahan-lahan berbaring ke belakang;
.
3. Tangan lurus, posisi ini dipertahankan selama 1 minit sambil bernafas dalam-dalam.
.
.
Ya Rabbi!!!! Sikboh encoba 4 cara regangan otot k ... Sikboh lupak SHARE juak!!!

Peringatan Mesra:
Catatan tuk hanyalah bersifat informasi dan bukan sama sekali untuk menggantikan pendapat ahli perubatan, doktor, atau profesional. Sila buat rujuk pada ahli dan pakarnya sebelum anda mempraktikkannya.  Semoga bermanfaat...

Sumber: Makin Heboh 

PAKEJ BAHARU UMRAH RABBANI TRAVEL & TOURS TAHUN 2018... 'JOM UMRAH BERSAMA RTT SARAWAK'

"SILA SHARE"



'PAKEJ BAHARU UMRAH RABBANI TRAVEL & TOURS TAHUN 2018... 'JOM UMRAH BERSAMA RTT SARAWAK'
________________________________________________________________________________

Semua orang memasang impian untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah. Pengalaman menjejakkan kaki di tanah haram sangat berharga bagi seorang insan dan pastinya menjadi kenangan yang terindah sepanjang hayat. Semoga kita semua dipermudahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti, In Shaa Allah...
.
Aaamiin Ya Rabb...💕
.
Perkara-perkara yang sering menjadi kebimbangan bagi orang ramai yang ingin menunaikan ibadah umrah adalah:-
.
💠Harga
💠Penerbangan
💠Jarak Hotel dgn Masjid
💠Makanan
💠Bimbingan
.
Rabbani Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pelbagai kelebihan untuk kemudahan dan keselesaan para tetamu Allah, antaranya:-
.
Pakej-Pakej Umrah RABBANI TRAVEL & TOURS (RTT) bagi tahun 2018 adalah seperti didebah tuk:


PAKEJ RTT 'DIAMOND'
PAKEJ RTT 'GOLD'
PAKEJ RTT 'SILVER'
PAKEJ RTT 'ZUHUD TAQWA'
PAKEJ RTT  'ZAMRUD'
Penerbangan (Saudi Airlines, Emirates, Etihad Airways, Malaysia Airlines & Qatar Airways) @ setaraf;

Jarak hotel yang berdekatan dengan masjid :-
🔰Hotel Makkah (Malak At-Taqwa 180 meter)
🔰Hotel Madinah (Mubarak Al-Masi 100@120 meter).'
    (Berjalan kaki sekitar 4@5 minit sahaja ke masjid. Bergantung pada harga pakej.)
.
Makanan citarasa Malaysia;
.
Bimbingan Mutawwif Terlatih dan berpengalaman sepanjang masa. Andainya ada sebarang kemusykilan mengenai ibadah dan perkara-perkara lain, jemaah boleh bertanya terus pada Mutawwif yang dilantik pada bila-bila masa;
.
Kuliah Agama Berjadual sepanjang berada di Haramain contohnya Kuliah Dhuha dan Kuliah Selepas Isya'. Hal ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan para tetamu Allah mengenai bumi Makkah dan Madinah serta tempat-tempat mustajab doa yang terdapat di bumi Haramain;
.
Kursus Umrah PERCUMA!!!
Kursus akan diadakan sebelum berangkat ke Haramain sebagai persediaan para tetamu Allah untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna dan juga mendapat gambaran serba sedikit mengenai Kota Makkah & Madinah.
 .
Ziarah Haramain:-
📍Madinah:
Raudhah, Makam Rasulullah SAW & Para Sahabat, Perkuburan Baqi', Thaqifah Bani Sa'adah, Bukit Uhud, Makam Shuhada' Uhud, Pasar Kurma@Ladang Kurma, Kilang Al-Quran, Masjid Quba', Masjid Tujuh dan Masjid Qiblatain.
📍Makkah:
Jabal Thur, Jabal Nur@Gua Hira', Jabal Rahmah, Arafah, Mina, Muzdalifah, Ladang Unta, Muzium Haramain, Masjid Ja'ranah dan Masjid Hudaibiyyah.
.
Kami bersedia menawarkan perkhidmatan untuk merealisasikan impian anda. Sebarang tempahan dan pertanyaan sila hubungi Wakil Perunding RTT Sarawak, Encik Saifuddin bin Madli di talian 012-8975082📱☎️ (Call/WhatsApp)...
.
Ataupun boleh terus email ke: kamekmiaktebuan13@gmail.com.
 .
"Memburu Maghfirah, Meraih Mardhatillah " 💕🕋🕌💚

#JomUmrahBersamaRTTSarawak
#SemogaKitaSemuaMenjadiTetamuAllah
#MemburuMaghfirahMeraihMardhatillah
#KepuasanPelangganKeutamaanKami

Rabu, 13 Disember 2017

Wajar Penjawat Awam Dapat Kenaikan Gaji Berganda Sebelum 2020 — Ceupacs S’wak

SIBU: Setiap kakitangan awam wajar diberi kadar kenaikan gaji khas berganda, dua tahun sebelum 2020 sesuai dengan peningkatan kos sara hidup yang meningkat.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Sarawak Ahmad Malie menggesa kerajaan mempertimbang permintaan Presiden Cuepacs Malaysia Datuk Azih Muda itu.
Menurut Ahmad memetik laporan Utusan Borneo, kebanyakan kerajaan negeri mampu memberi bantuan kewangan khas berkenaan.
Dengan kenaikan tersebut, pada masa yang sama kerajaan dapat menggambarkan situasi ekonomi negara sememangnya kukuh.
Cuepacs menjangkakan lebih 1.6 juta penjawat awam berdepan cabaran menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Cuepacs mencadangkan kerajaan memberi kenaikan tahunan sambil meneruskan kenaikan gaji tahunan.
Kredit: Sarawakvoice

Khamis, 23 November 2017

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari tuk admin nak maok share pasal Rahsia Bulan Kelahiran yang dikaji oleh Yang Berbahagia Dato Dr Fadzillah Kamsah, Pakar Motivasi yang terkenal di Malaysia selama 25 tahun.

Tanpa berlengah agik, jom kita usha-usha ney tauk ada persamaan yang hampir semua atau serba sedikit sama Rahsia Bulan Kelahiran kita ya nak ow.. Juhhh...













Mungkin ada yang dalam senarai kajian berkenaan ngan Rahsia Bulan Kelahiran yang dipolah oleh Dato Fadzillah Kamsah tuk sama dengan apa yang kitak urang rasa. maybe sama 100% ataupun sedikit sama. Ya coma kebetulan jak sama sebenarnya... hihihi...

Apa yang penting...

Yang penting.. segala-gala apa yang ada dalam dunia tuk, semuanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Akhir sekali... semoga segala urusan kitak urang semua mujor joros... jiwa dan perasaan kitak urang semuanya senang dan tenang.. In Shaa Allah... Aaamiin...

Isnin, 20 November 2017

Landas Berjaya Takluk Gelaran Raja Sungai Sarawak 2017


KUCHING - Pasukan Landas yang sinonim dengan lumba perahu bukan sahaja berjaya merampas kembali gelaran Raja Sungai Regata Sarawak yang pernah dimenanginya pada kali terakhir tahun 2010, bahkan berjaya menakluki Sungai Sarawak selepas memenangi tempat pertama dan ketiga dalam satu perlumbaan sengit Regata Sarawak 2017 di sini, petang semalam.

Landas yang berazam merampas kembali kejuaraan Raja Sungai selepas tewas pada perlumbaan tahun lepas kepada Cahaya Zen 2, berjaya melakukannya pada perlumbaan kali ini menerusi Landas 11 dan Landas 31  dengan mempamerkan aksi bertenaga sejak dari garisan permulaan lagi.

Landas 11 yang memulakan perlumbaan di barisan ke 4 memulakan perlumbaan dengan bertenaga sambil diberikan saingan Yayasan Sarawak yang bermula di barisan 12.

Selepas memasuki jarak 100 meter, kedua-dua perahu telah rapat antara satu sama lain hingga menuju ke garisan penamat.

Sampai di garisan penamat, Landas 11 yang berjaya mengekalkan momentum akhirnya berjaya menjadi perahu pertama melepasi garisan penamat.  

Tempat kedua dimenangi perahu Yayasan Sarawak yang telah memberi saingan yang cukup sengit kepada Landas 11.

Perlumbaan sejauh 1,500 meter itu disertai 12 perahu dan merupakan acara yang ditunggu-tunggu orang ramai pada setiap kali Regata Sarawak berlangsung.

Sementara itu, dalam kategori VIP perahu yang dimiliki Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darulsalam Sultan Hasanal Bolkiah menepati ramalan apabila perahu baginda berjaya muncul juara.

Lebih menarik lagi, baginda Sultan Hasanal Bolkiah sendiri mengetuai pasukannya dalam perlumbaan ini suatu yang tidak pernah disaksikan di mana-mana kejohanan perlumbaan perahu panjang sebelum ini.

Manakala, perahu yang dimiliki Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak muncul naib juara dan tempat ketiga disandang perahu Timbalan Ketua Menteri Sarawak 3.

Selain baginda sultan, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg juga turut serta berkayuh menerusi perahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.

Regata Sarawak yang dirasmikan pada 11 November lepas dan kemuncaknya pada Sabtu (semalam) dan hari ini berjaya mengamit lebih 10,000 orang pengunjung dan merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan yang menjadi tarikan di seluruh negeri Sarawak termasuk negara-negara jiran yang turut sama mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Selain lumba perahu, turut diadakan di sepanjang Regata Sarawak itu ialah perlumbaan ‘Dragon Boat Eye-Dotting’, Festival Kraft dan ‘Sarawak Kitchen’ berenang di Sungai Sarawak, menangkap itik dan  banyak lagi.

Kredit: KLXpress Sarawak

Polis Berjaya Menangkap Pelajar Sekolah Kerana Memuat Naik Komen Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Menteri Sarawak


KUCHING - Polis berjaya menangkap seorang pelajar sekolah yang berumur 14 tahun kerana disyaki telah memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang Ahad (semalam) setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

"Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

"Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu dan pertubuhan yang berbeza selepas komen berunsur ugutan jenayah ke atas Ketua Menteri Sarawak telah dimuat naik seorang pemilik akaun facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit: KLXpress Sarawak

Jumaat, 17 November 2017

Jutawan Muntah Paus


SEORANG nelayan di Bengkulu, Indonesia, menjadi jutawan segera selepas menemui ketulan seperti lilin yang disangkanya sampah namun sebenarnya muntah ikan paus yang berharga ribuan ringgit satu kilogram.
Banjarmasin Post melaporkan, nelayan itu, Sukardi, dari Kabupaten Kaur, dikatakan sudah menjual 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkannya mendapat 3.3 bilion rupiah (kira-kira RM927,000).
Dia masih mempunyai 200 kilogram yang mahu dijualnya dengan harga 30 juta rupiah sekilogram yang akan memberinya enam bilion rupiah (RM1.85 juta).
Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.
Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang) Pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623 niai sekarang).
Menurut laporan Kompas, Sukardi menemui muntah paus atau juga dikenali sebagai ambergis itu terapung di laut antara antara Pulau Dua dan Pulau Enggano pada 2 November lalu.
Menurutnya, dia menemui muntah paus berwarna putih itu berselerak di lautan ketika sedang menangkap ikan.
“Saya sangka objek putih ini sampah dan mengutip memasukkannya ke dalam bot kerana mahu membersihkan laut.
“Sampai di rumah, saya melayari Internet dan baru sedar ia adalah muntah paus yang mahal harganya,” katanya.
Menurutnya, ketika dipegang muntah paus itu terasa seperti lilin dan apabila dibakar, ia menyala dan cair seperti lilin.
Sejak berita penemuan muntah ikan paus itu tersebar, dia menerima banyak panggilan telefon daripada beberapa individu yang mahu membelinya.
“Saya masih simpan 200 kilogram di rumah dan bersedia menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” jelasnya.

Info by AGENSI
Kredit: Harian Metro

Isnin, 13 November 2017

Laluan Sibu-Kapit Siap Pada Tahun 2019

Gambar sekadar hiasan
KUCHING: Laluan darat yang menghubungkan Sibu-Kapit akan siap sepenuhnya pada tahun 2019, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, laluan itu telah lebih separuh siap, dan jalan dari Kapit ke Kanowit telah pun siap sepenuhnya.

“Masih ada lagi beberapa kawasan tertentu yang belum siap pembinaannya, namun ia tidak menjejaskan kelancaran projek untuk siap mengikut jadual,” Datuk Seri Fadillah Yusof.

Info by Sarawak Voice

Jumaat, 10 November 2017

INFO KEKELUARGAAN: Pentingnya Hubungan Kekeluargaan Dipelihara

Gambar sekadar hiasan

SESUNGGUHNYA keimanan itu tidak boleh diwarisi dari seorang bapa kepada anaknya. Begitu juga kepada kaum kerabat serta mereka yang mempunyai tali persaudaraan dengannya.
Keimanan dan ketaqwaan merupakan hak individu dan ia akan dinilai oleh Allah SWT mengikut tahap pencapaian masing-masing. Orang yang beriman akan mendapat ganjaran pahala dan syurga sementara orang yang kufur akan mendapat azab siksaan Allah.
Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan amat penting dalam hidup kita. Walau bagaimanapun, hubungan ini akan terputus di akhirat sekiranya terputus hubungan akidah di antara mereka.
Pada ketika ini kaum kerabat dan anak-anak mereka tidak akan berguna kepadanya kerana tali hubungan yang mengikat mereka telah terputus.Hanya tali akidah sahaja boleh mengikat mereka di sisi Allah.
Realitinya ketika di dunia lagi kita boleh perhatikan kerenggangan hubungan kekeluargaan ini sekiranya salah seorang mereka memutuskan hubungan akidah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala tindakan mereka dan niat yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka.
Kesimpulan
Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan yang teguh amat penting dalam kehidupan kita seharian. Walau bagaimanapun, hubungan ini boleh terputus sekiranya salah seorang daripadanya memutuskan hubungan akidah di antara mereka.
Sekiranya perkara ini terjadi,maka terpisahlah hubungan ibu, bapa, anak-anak serta kaum keluarga yang lain. Ini bermakna mereka tidak dapat mendatangkan apa-apa faedah yang boleh membantu antara satu sama lain ketika di akhirat kelak.
Justeru itu marilah kita bersama-sama saling bantu membantu dalam usaha memelihara akidah di kalangan anggota keluarga khususnya dan keseluruhan umat Islam amnya.

Khamis, 2 November 2017

Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri


Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.
Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.
Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.
Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria. 
Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.
Sumber: khalifahmedia.com

Jumaat, 13 Oktober 2017

Bandar Baharu Sebuyau Dirasmi 2 Nov, Trasformasi Pekan Nelayan Jadi Bandar Maju


SEBUYAU: Sebuyau bakal mempunyai bandar baharu dan bakal dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg 2 November ini.
Antara projek yang terdapat dalam bandar baharu Sebuyau ialah klinik bernilai RM12.4 juta, masjid berharga lebih RM4 juta.
Menurut Utusan Sarawak pada Jumaat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi semasa meninjau tapak tapak pelancaran tersebut berkata, bandar baharu Sebuyau mampu mentrasformasi Sebuyau dari kawasan nelayan menjadi bandar maju.
Sebelum itu, Julaihi ketika merasmikan Sukan Sekolah Tahunan Sekolah Kebangsaan Raba berkata kerajaan menyediakan rangkaian jalan pesisir termasuk jambatan seperti jambatan Batang Sadong memenuhi keperluan masyarakat luar bandar di negeri ini.
Menteri Muda Jalan Pesisir itu berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Abang Johari terus mentrasformasikan kawasan luar bandar dan pesisir.
Pada majlis tersebut, Julaihi mengumumkan peruntukan RM10,000 kepada PIBG SK Raba 2018.
Beliau memuji prestasi akademik dan sukan sekolah terlama di Sebuyau itu yang berjaya menjadi antara 20 sekolah terbaik di Sarawak 2016 dan terbaik UPSR di Samarahan. – Sarawakvoice

Jumaat, 4 Ogos 2017

10 Kereta Terlibat Kemalangan Berantai Jln Miri-Bintulu, Jalan Sesak 1 km

MIRI: Berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer di Jalan Miri-Bintulu apabila 10 kenderaan terlibat kemalangan dengan saling berlanggar.

Memetik laporan Utusan Sarawak pada Jumaat, kejadian 9 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kehilangan jiwa atau kecederaan.

Laporan menyebut, kejadian berpunca daripada pemandu kenderaan pacuan empat roda hilang kawalan ketika memandu di atas jalan yang licin dalam hujan lebat.

Kesilapan tersebut menyebabkan sembilan kenderaan lain di belakang terdiri daripada itu Perodua Viva, Perodua Myvi, Proton Saga, Toyota tidak sempat mengelak.

Sebelum ini, Jalan Miri-Bintulu kerap merekodkan kemalangan berantai melibatkan banyak kenderaan dalam satu kemalangan.

Memetik laporan INFO Sarawak di Facebook (4 Oktober 2016) berlaku kemalangan berantai di Kilometer 170, Jalan Miri-Bintulu yang turut mengakibatkan 10 kenderaan rosak teruk. Kemalangan turut berpunca daripada kesilapan pemandu akibat jalan raya licin.

Gambar hiasan – Kemalangan berantai Miri-Bintulu Oktober 2016

Kemalangan menyebabkan jalan sesak dan pengguna jalan raya dari kedua-dua arah terpaksa bergilir-gilir melepasi kawasan kemalangan.

Kredit: Sarawakvoice

Rabu, 12 Julai 2017

9 PERKARA, BAPAK SIK PERNAH MADAH NGAN KITA

#InfoNostalgia 


"Bapak tuk, semuanya sik boleh. Nya pikir aku tuk kecik agikkah. Susah gilak nak paham bapak tuk eh..."
.
Pernah sik kita terfikir kedak ya? Sebagey anak, mungkin ada yang cepat merajuk dengan bapak kerna secara semulajadinya sidaknya (bapak) sorang yang tegas, lebih banyak diam dan jarang nak mujuk.
.
Tapi, ya sik bermakna sidaknya sik duli kita, malah bukan ya bermksud sidaknya sikda perasaan sayang ngan kita. Sebagey ketua keluarga, terlalu banyak nok dikorban sidaknya yang mungkin kita sik tauk selamk tuk, termasuk perasaan sidak.

Foto Kredit: canadianfamily.org

9 PERKARA SEORANG BAPAK SIK PERNAH MADAH NGAN KITA
Berikut adalah beberapa perkara yang sik pernah bapak madah ngan kita, walaupun sidaknya dalam keadaan susah sekalipun.

1. BAPAK SIK CUKUP DUIT
Setiap bulan, sidaknya akan mikir apa nok perlu dirumah, barang dapur, anak-anak, bini, lekaknya baruk sidak mikir hal dirikpun. Kita mungkin sik tauk, dalam poket bapak coma ada RM10 jak waktu kita talipon minta duit ngan sidak.
.
Bila awal bulan, nang seronoklah dapat gaji. Tapi, bila tulak ya, tulak tuk, tulak nun, nakpa nok dihajat alu terpaksa ditundak maok melinye. Sampei sidaknya melupakkan terus hajat ya tek sampei ke hari tuk.

Foto Kredit: sbs.com

2. BAPAK KECEWA BILA SIK DAPAT MELI MAINAN YANG KITA MAOK
Bapak maok ngappy kita. Mun boleh, sigek kedei mainan ya maok diberik ngan kita. Tapi tentulah ada masanya sidak perlu ngaja kita.
.
Ada masanya juak, kewangan sik mengizinkan. Bapak rasa bersalah gilak bila sik dapat ngembak balit mainan yang dimaok oleh kita beradik. Mun dapat duit lebih, benda yalah yang pertama kali bapak maok meli. Nisik barang nok lain.

3. BAPAK MAOK RAPAT NGAN KITA
Bapak mun ditangga kedak kekok bila berkelakar ngan kita. Tapi sebenarnya sidak maok hadir dalam ati kita. Mun boleh, sidaknya maok ngenti masa supaya sidak dapat selalu ada ngan anak-anak dan dapat endiat semua seperti apa yang didiat oleh mata mak-langkah pertama kita, nakpa dipadah kita yg 1st sekali, ngan berkongsi detik gembira dengan kita.

Foto Kredit: tazkirah.net

4. BAPAK DAH COBA SEHABIS BAIT NGAN KELUARGA
Kita mungkin sik perasan, bapak molah 'overtime' sebab maok cukupkan belanja rumah atau beli barang yang kita selalu nyebut. Walopun sidaknya gago kerja, percayaklah dalam ati sidaknya kerja ya adalah diniatkan untuk mencukupkan keperluan keluarga, termasuk kita.
.
Tapi sebagey manusia, bapak juak sik lari dari kesilapan. Mungkin ya nyebab kita berdendam, exspecially nok dijanji sidak sikpat ditunaikan. Tapi kenak, kita rasa bapak tuk sik patut molah salah. Sedangkan sidaknya dah molah apa yang patut, tapi segalanya ketentuan bukanlah nak dimaok sidaknya. Mun kita sedih, sidaknya apa agik.

5. BAPAK KEPAK
Bapak kepak. Kadang-kadang bapak gago ngambik dan nganta anak ke sekolah sampei lupak makan tengahari. Bapak jamah jak apa yangnya sempat. Masalah bapak, kita jarang nanyak. Sebab mun ditanyakpun, kompom sidak madah sikda papa. Lamak-lamak, kitapun lupak nak nanyak ngan sidak agik.
.
Nokpa nak dipolah bapak selalu ya, ya rahsianya empun. Nok perangey giyalah bapak mesa kita sampei ke arituk. Aok... sampei ke arituk! Walopun kita udah berbini/belaki dan dah berkeluarga, bapak masih nanyak sama ada kita cukup sik nok pakei makan.

Foto Kredit: rd.com

6. BAPAK MAOK KITA JADI LEBIH BAGUS DARI SIDAKNYA
Bila dah besar dan bekerja, baruk ita tauk tekanan ya datang dari siney. Tapi seingat kita, bapak selalu ditangga rilek jak dan bapak sik pernah mengeluh. Bapak nang HEBAT!
.
Tapi, nya sik maok kita jadi macamnya. Nya maok kita jadi lebih bagus dari sidaknya.

7. BAPAK MAOK KITA BOLEH NGIDUP KEDIRIKPUN TANPA SIDAKNYA DUDI ARI KELAK
Apa yang bapak larang selamak tuk ada sebabnya dirikpun. Apa yang bapak suruh polahpun sama juak. Pokok pangkalnya, nya maok kita boleh beridup dirikpun. Sidaknya tauk kita perlu idup tanpa sidaknya dudi ari kelak.
.
Jadi, diharapkan ilmu dan didikan yang diberik ngan kita dapat pakei kita berpikir. Mungkin kita sik paham masa ya, tapi dudi hari kita akan paham. Apa yang kita nak padah, padah jak. Bapak sik lalek, nya sikkan nganok walopun ada part nya kecik ati.
.
Sebenarnya, bukannya sik duli kita, Tapi bapak mikir jauh ngan coba nunai tanggungjawab sidaknya sebait mungkin.

Foto Kredit: entrepreneur.com

8. BAPAK SIK NYESAL KORBANKAN SEMUANYA PAKEI KITA'
Bila bapak makin tua, bapak lega nangga anak-anak berjaya. Tapi sebenarnya, anak-anak yang sik berapapun, bapak sayang juak. Sik ada lebih, sik ada kurang. Kita jak yang nuduh bapak tuk nok bukan-bukan.
.
Apapun, bapak sik pernah lupak mendoakan kita, arum bulaknya setiap ari untuk menampong mana nok kurang oleh sidaknya terhadap kita. Bapak sik pernah nyesal berabis pakei kita walopun ada masanya kita sik jadi seperti apa yang dimaok dan diharapkan oleh sidaknya.
.
9. BAPAK SAYANG NGAN KITA
Sikda kata, giney maok madah giney bapak nyayang kita. Sidaknya sik pandei nak nyusun ayat, sidak sik pandei nak yakinkan kita makei kata-kata. Hanya Allah jak mampu nilai semua ya giney bapak berabis dan berkorban apa jak ngan kita.

Foto Kredit: abcnews.com

YALAH PENGORBANAN SEORANG INSAN YANG BERGELAR BAPAK!
Kadang-kadang kita nang sik ndiat semua perkara ya sampeilah kita dah besar panjang dah beranak pinak giney rasa jadi bapak.
Nang banyak beban ngan pengorbanan bapak yang sikpat terucap ngan kata-kata kerna apa, kerna cintanya sidak ngan kita. Hargailah bapak kita walo gineypun sejarah kita ngannya...
.
SELAMAT HARI BAPAK... BAPAKKKK!!!
.
Kredit by:
Nazurah Hassan
SIRAPLIMAU.COM

Isnin, 19 Jun 2017

Terima Kasih Abang Bomba

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka subang. FOTO ehsan bomba
BUDAK perempuan berusia lapan tahun dikejarkan ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya selepas subang pada telinga kirinya tidak dapat dibuka semalam 18 Jun 2017 (Ahad).
Dia dibawa ibu bapanya ke BBP Petra Jaya kira-kira 2.00 petang selepas mereka buntu untuk membuka subang berkenaan selain bimbang mendatangkan kecederaan pada telinga anak.
Ketua BBP Petra Jaya Muhd Mirza Dzalmira Miraj berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk membuka subang pada telinga kiri kanak-kanak itu.
Menurutnya, operasi membuka subang mengambil masa kira-kira 10 minit kerana anggota bomba perlu mengelak daripada berlakunya sebarang kecederaan.
"Subang berjaya dibuka dari telinga kanak-kanak itu tanpa sebarang kecederaan," katanya.

Kredit: Ekhwan Haque Fazlul Haque
HMetro

Rabu, 7 Jun 2017

Cara Mudah Bersihkan Oven Tanpa Menyental, Semua Kerak Tanggal



“Aduhh..lupa nak bersihkan over lepas bakar ayam semalam. Dahla berbau rempah dengan pes ayam semua. Ingat kejap lagi nak buat kuih raya. Macam mana cara nak bersihkan oven yang dah berkerak mcm ni yer?”

Menjelang perayaan inila biasanya oven atau ketuhar masing-masing akan menjadi semakin aktif dengan pelbagai resipi pencuci mulut mahupun hidangan utama. Sedar tak sedar, oven pun dah makin kotor dan berkerak.

Jangan risau, sebenarnya ada cara mudah dan berkesan untuk menanggalkan semua kotoran tersebut dengan mudah dan pantas.

CARA BERSIHKAN OVEN TANPA MENYENTAL. TERNYATA MUDAH, SEMUA KERAK TANGGAL!

Berikut ada beberapa cara membersihkan oven atau microwave yang boleh anda cuba di rumah.


#1. GUNAKAN AIR













Pertama sekali, letakkan mangkuk tahan panas yang berisi air ke dalam oven. Pasangkan oven pada suhu tinggi untuk selama 20 minit. Proses ini dapat membantu menanggalkan gris dan kerak pada permukaan oven.

Apabila ia menyejuk/suam, lapkan permukaan dalaman dengan tisu dapur @ kain pengelap yang bersih. Lakukan langkah ini setiap kali anda selesai menggunakan oven supayan ia mudah untuk dibersihkan.


#2. CUKA













Campurkan 1 Liter air bersama 8 sudu cuka. Celup kain dalam air cuka dan lapkan oven. Biarkan selama 15 minit & bilaskan dengan air bersih. kesan kehitaman akan segera menghilang.

Cara sebegini paling sesuai jikan anda mencuci oven dalam masa terdekat selepas ia digunakan. Cuka bukan sahaja bertindak menghilangkan kotoran, tetapi sifat keasidannya turut menjadi pelindung anti-kulat.


#3. SODA BIKARBONAT















Boleh juga menggunakan soda bikarbonat bersama sedikit cuka. Campurkan kedua-dua bahan ini dan biarkan ia menjadi pes. Sapukan pes ini pada permukaan oven yang terdapat kesan degil.

Biarkan pes ini selama 1 sehingga 12 jam. Lagi lama lagi berkesan, bergantung kepada tahap kotoran yang terdapat pada oven. Kemudian, lapkan semula dan bilas.


#4. LEMON/LIMAU NIPIS














Kalau tak ada cuka, gunakan perahan lemon atau limau nipis (jangan dibuang kulit selepas memerah) untuk menggantikan cara ke-3 di atas. Sifat keasidan lemon bukan sahaja bertindak sebagai pencuci semula jadi tetapi turut memberi bauan segar pada oven. Campurkan bersama soda bikarbonat/baking powder dan sapukan pes ini pada permukaan oven.

Selepas dibiarkan 1 jam atau lebih, gunakan kulit lemon atau limau nipis tadi untuk menggosok kesan kehitaman atau kerak di dalam oven. Kotoran degil akan tanggal dengan mudah & berkesan.


#5. SPRAY CUKA














Jika masih tertinggal sedikit kesan kotoran, masukkan cuka (bersama sedikit titisan lemon jika ada) ke dalam botol spray dan semburkan pada permukaan tersebut.

Biarkan seketika dan lap. Ulangi langkah ini beberapa kali.

MUDAH DAN BERKESAN

Demikian tadi cara bersihkan oven yang boleh anda lakukan sendiri. Rujuk video di bawah untuk lebih paham.

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT