Isnin, 20 November 2017

Polis Berjaya Menangkap Pelajar Sekolah Kerana Memuat Naik Komen Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Menteri Sarawak


KUCHING - Polis berjaya menangkap seorang pelajar sekolah yang berumur 14 tahun kerana disyaki telah memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang Ahad (semalam) setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

"Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

"Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu dan pertubuhan yang berbeza selepas komen berunsur ugutan jenayah ke atas Ketua Menteri Sarawak telah dimuat naik seorang pemilik akaun facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit: KLXpress Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT