Jumaat, 30 September 2016

PERINGATAN! Jangan Benarkan Individu Dakwa Pegawai Farmasi Masuk Rumah

PERINGATAN!
PALSU: Kad pengenalan yang dikatakan digunakan oleh individu menyamar tertera ‘Pegawai Farmasi Malaysia’ di bahagian atas kad dan jawatan ‘Pegawai Perhubungan Awam’ adalah palsu.

KUCHING: Orang ramai disaran membuat laporan dan tidak membenarkan individu datang ke kawasan atau dalam rumah yang mendakwa sebagai pegawai Jabatan Kesihatan, jika kad pengenalannya meragukan.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, mereka boleh memastikan kesahihan kad dibawa individu misalnya jabatan tidak pernah sama sekali meletakkan nama jawatan ‘Pegawai Farmasi Malaysia’ atau mana-mana jawatan atas kad berkenaan.
“Pegawai farmasi tidak boleh ada satu lagi jawatan tertera di kad berkenaan selain pegawai farmasi juga tidak diarah untuk ke lapangan bagi tujuan memeriksa nyamuk.
“Sekiranya ada individu yang membawa kad sebegitu, kita mohon mereka melaporkan dan jangan membenarkan memasuki kawasan rumah atau ke dalam rumah,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.
Sebelum ini viral dalam laman sosial mendakwa terdapat beberapa individu iaitu dalam tiga hingga empat orang pergi ke rumah mendakwa mereka memeriksa pembiakan nyamuk aedes dengan menggunakan kad pengenalan Kementerian Kesihatan yang palsu.
Menurutnya, sebelum ini isu sama berlaku beberapa tahun lepas yang dikatakan di negeri lain di Semenanjung Malaysia.
“Saya juga pernah melihat sebaran sebegini beberapa tahun lalu yang dikatakan berlaku di Semenanjung.
“Diingatkan kementerian atau jabatan tidak akan meletakkan nama jawatan di bahagian atas kad pengenalan pegawainya selain pegawai tidak mempunyai dua jawatan dalam satu kad berkenaan,” katanya.
Portal Sabah Insider Online turut dipetik sebagai berkata, orang ramai harus berhati-hati kerana terdapat dua lelaki dan dua wanita menyamar sebagai Pegawai Perhubungan Awam Farmasi Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk datang ke rumah memeriksa nyamuk aedes.
Keempat-empat individu itu didakwa menyamar sama ada melakukan penipuan suri rumah atau mahu menyamun.

Kredit: UB

Jumaat, 23 September 2016

Edisi Ke-8 Sibu International Base Jump 2016 Telah Bermula



SIBU: Aksi pemanas badan penerjun Edisi Ke-8 Sibu International Base Jump 2016 telah bermula di Wisma Sanyan di sini, semalam.
Seramai 52 penerjun dari 15 buah negara masing-masing melakukan cubaan untuk terjunan sebelum bermulanya terjunan rasmi acara tersebut hari ini (23 September) hingga 25 September.
Acara tahunan itu diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa I bersebelahan Wisma Sanyan dianjur Jawatankuasa Petugas Pelancongan Bahagian Sibu (DTTG) dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Warisan.
AKSI LASAK: Dua penerjun sedang melakukan terjunan dari puncak Wisma Sanyan di Sibu, semalam.
Sibu International Base Jump pada kali ini disertai 47 peserta lelaki dan lima penerjun wanita sekali gus jumlah terbesar dengan jumlah 52 penerjun sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2009.
Penerjun paling muda berusia 22 tahun dari Belgium iaitu Corentin Parmentier, sementara paling tua berusia 60 tahun dari Malaysia iaitu Kapten Abdul Aziz Ahmad.
Penerjun-penerjun adalah dari Australia, Belgium, Kanada, Denmark, Perancis, Jerman, Ireland, Itali, Belanda, New Zealand, Rusia, Switzerland, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Malaysia.
LEGA: Aksi salah seorang penerjun yang sedang menuju ke kawasan pendaratan.

Edisi kelapan Sibu Base Jump catat jumlah penyertaan terbesar dengan 52 penerjun
Seperti tahun sebelumnya, mereka juga melakukan terjunan pada waktu malam pada malam ini (23 September) dan malam esok (24 September) dari jam 7 malam hingga jam 9 malam.
Penasihat Teknikal Sibu Base Jump 2016 Gary Cunningham dari Australia dan Presiden Persatuan Base Jump Malaysia Kapten Abdul Aziz Ahmad telah berada di sini untuk membantu pihak penganjur dalam memastikan acara tersebut berjalan lancar dan selamat seperti yang dirancang.
Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi kawasan Dataran Bandar Sibu Fasa 1 iaitu kawasan pendaratan penerjun untuk keselamatan mereka dan juga para penerjun.
Majlis perasmian Sibu International Base Jump 2016 dijadual berlangsung pada 24 September (esok) pada jam 8 pagi dengan upacara ‘miring’ di pentas utama Dataran Bandar Sibu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King dijangka merasmikan majlis tersebut.
Terjunan oleh peserta pada hari pertama (23 September) dan hari kedua (24 September) akan bermula pada jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari dan disambung pada jam 2 petang hingga jam 5 petang, manakala terjunan malam dijadual bermula pada jam 7 petang hingga jam 9 malam.
Pada 25 September, para penerjun akan dibawa ke Rumah Mathew Chuat di Skim Penempatan Semula Nanga Tada, Kanowit selepas melakukan terjunan terakhir mereka pada jam 5 petang.
Seperti pada edisi yang lepas, terjunan malam berjaya menarik perhatian orang ramai memenuhi Dataran Bandar Sibu Fasa 1, khususnya di hadapan pentas utama.
Sibu BASE Jump bermula pada 2009 memperlihat peserta melakukan terjunan dari atas bangunan Wisma Sanyan setinggi 126 meter, sebelum mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa I.
RAKAM: Seorang wanita sedang merakamkan detik terjunan yang dibuat oleh dua penerjun.
RAIKAN: Salah seorang penerjun dipeluk oleh temannya sebaik selamat mendarat di Dataran Bandar Sibu Fasa I, semalam.

KEJAYAAN BERSAMA: Para penerjun meraikan kejayaan mereka selepas masing-masing berjaya melakukan pendaratan.

Kredit: Utusan Borneo

Rabu, 21 September 2016

Kerajaan Negeri Rancang Bangunkan Semula Tabuan Melayu Dan Tabuan Dayak




KUCHING: Kerajaan negeri merancang membangunkan semula kawasan perkampungan Tabuan Melayu dan Tabuan Dayak termasuk kawasan baharu di Tanjung Bako dekat sini.
 
Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata cadangan projek pembangunan semula itu akan dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA) menerusi Kementerian Perumahan dan Urbanisasi.
 
“Kita akan membangunkan satu kawasan perumahan baharu di situ yang akan dilaksanakan oleh kementerian saya dan PELITA.
 
“Bermakna, generasi kedua penduduk Kampung Tabuan, boleh membeli rumah mampu milik di kawasan yang bakal dibangunkan,” katanya sambil menambah, usaha itu amat memerlukan kerjasama daripada Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan ahli Majlis MBKS, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Wisma Sultan Tengah dekat sini semalam.
 
Abang Johari yang juga timbalan presiden PBB berkata sementara itu kawasan kampung-kampung tersebut hendaklah dibersihkan bagi memastikan bandar raya Kuching khususnya di bawah bidang kuasa MBKS menjadi kawasan yang bersih dan ‘vibrant’.
 
“Maknanya ahli majlis MBKS daripada PBB harus memainkan peranan penting kerana majoriti penduduk tinggal di kawasan-kawasan berkenaan adalah Bumiputera.
 
“Ahli majlis PBB boleh membawa ahli majlis yang lain, yang bukan Bumiputera bersama-sama menjalankan tugas membangunkan kawasan-kawasan ini,” katanya.
 
Mengenai mesyuarat itu, Abang Johari berkata beberapa perkara dibangkitkan ialah peranan harus dimainkan ahli majlis daripada PBB untuk membantu dari sudut pelaksanaan beberapa portfolio diberikan kepada mereka dalam MBKS, DBKU dan MPP.
 
Dalam mesyuarat itu juga katanya, ahli majlis daripada PBB dinasihati agar melaksanakan tugas masing-masing dalam lingkungan Barisan Barisan Nasional (BN) dan keutamaan diberikan kepada bidang kerja dari sudut organisasi serta masalah sosial di kawasan masing-masing.
 
“Saya juga memaklumkan kepada mereka, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan masing-masing juga memainkan peranan dan kerja antara mereka sangat penting.
 
“ADUN dan ahli majlis hendaklah menyelesaikan masalah serta membangunkan kawasan masing-masing dengan peruntukan sedia ada daripada kerajaan iaitu peruntukan di bawah pihak berkuasa tempatan dan dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP),” jelasnya.
 
Hadir sama Timbalan Pengerusi MPP Datuk Ahmad Ibrahim, Timbalan Datuk Bandar MBKS Hilmy Othman dan Ahli Majlis DBKU Irwan Zulkarnain Muhammad Hasbie serta semua ahli majlis daripada PBB di MBKS, DBKU dan MPP.
 
Kredit: Utusan Borneo

Selasa, 20 September 2016

Penyelia Dera Anak Saudara Ditangkap

Gambar sekadar hiasan
KUCHING: Seorang penyelia kilang berusia 27 tahun yang disyaki memukul anak saudaranya sehingga cedera anggota badan berjaya ditangkap awal pagi semalam.
Kanak-kanak berusia tujuh tahun itu dikatakan dipukul menggunakan objek dipercayai penyangkut baju di sebuah kediaman di Bandar Baharu Semariang, Jalan Sultan Tengah, di sini.
Ibu mangsa yang mendapati anak lelakinya cedera dipercayai dipukul oleh abangnya, memaklumkan perkara itu kepada suaminya kira-kira jam 5 petang Ahad lalu.
Bapa mangsa yang mendapati kanak-kanak tersebut mengalami kesan lebam dan kesan sebatan membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.
Difahamkan, mangsa mengalami lebam di kedua-dua belah telinga, selain terdapat beberapa kesan sebatan di bahagian belakang badan dan di kedua-dua belah tangan dan pahanya.
Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata, bertindak atas maklumat, pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching berjaya mengesan dan menangkap suspek beberapa jam kemudian sekitar jam 2 pagi semalam.
“Mangsa telah ditahan di Wad Kanak-Kanak Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut dan Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan untuk tindakan kaunseling,” katanya ketika mengesahkan insiden itu semalam.
Suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Kredit: The Borneo Post

Isnin, 19 September 2016

Permainan 'Nenek Si Bongkok Tiga'

Sedutan Filem Musang Berjanggut

Gambar sekadar hiasan

Pernahkah anda mendengar tentang permainan "NENEK SI BONGKOK TIGA"? Ini merupakan salah satu permainan Melayu yang popular di kalangan kanak-kanak. Permainan "NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA" memerlukan bilangan orang yang ramai. Biasanya, permainan ini dimain di kawasan yang besar seperti gelanggang ataupun di luar rumah. Yang istimewanya, permainan ini memerlukan peralatan dan dua lagu yang amat merdu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si "nenek" dan kedua, sebuah tongkat untuk diberi kepada nenek untuk dipegang.


Terdapat dua buah lagu yang dinyanyikan. Salah satu untuk si "cucu" dan yang lagi satu untuk si "nenek" itu.

-------------
Cara bermain:
-------------
Pertama, kita harus menentukan siapa yang akan bergelar "nenek". Ini dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya, undian ditentukan dengan "Osom". Setelah itu, si nenek akan menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek" akan berada di tengah bulatan itu. Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu -

Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucu di mana berada.
Nenek kahwin dengan anak raja.
(Anda mesti pernah mendengarnya, bukan?)

Ketika cucu-cucu sibuk menyanyi, mulalah perlakonan si "nenek" bekelakuan seperti seorang nenek tua seperti berbongkok-bongkok. Selesai itu, si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya yang berbunyi seperti ini-

Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.
(Lucu!) (:

Cucu-cucu akan duduk mencangkung dengan senyap setelah itu. Si "nenek" pula akan menggunakan tongkat untuk menangkap si "cucu" yang terpilih. Si "nenek" harus meneka siapakah cucu yang dipilih. Jikalau tekaannya benar, si "cucu" itu akan menjadi "nenek" pula. Permainan diteruskan jikalau tekaannya salah! ((:

Walaubagaimanapun... permainan ini memang legend sekali. Kenangan bermain permainan ini cukup untuk kita simpan dalam-dalam di lubuk hati kerana Kenangan Lalu Mengusik Jiwa kita semua. Semoga kenangan-kenangan kita yang lalu akan menjadi kenangan yang terindah... Aaamiin...

Ahad, 18 September 2016

Bulu ketiak Cepat panjang kerap mengganggu..? Berikut cara membersihkan nya dengan cara yang sehat dan alami..!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera... Admin nak kongsi cara macam mana nak bersihkan bulu ketiak dengan sihat dan bersih... Jommm....

1. Lobak


Lobak adalah sayuran seperti umbi-umbian, biasa kita konsumsi dan dapat dengan mudah kita temukan di sekitar kita. Lobak ini ternyata bisa dimanfaatkan untuk menghilangkan bulu ketiak anda, dan proses pengggunaannya pun cukup gampang. Anda tinggal menghaluskan lobak tersebut, bisa diblender kemudian jika sudah halus seperti jus, oleskan pada ketiak anda dan diamkan selama beberapa menit kemudian bilas dengan air bersih.


2. Kunyit


Kunyit sering saya bahas manfaat kesehatannya, ternyata setelah saya telusuri kunyit juga mempunyai manfaat lainnya, ya dapat menghilangkan bulu ketiak juga. Bagaimana bisa? Didalam kunyit terkandung anti inflamasi yang berfungsi menghambat pertumbuhan rambut atau bulu pada ketiak anda. Cara menggunakannya pun seperti menggunakan lobak diatas. kunyit dihaluskan dan dibuat seperti masker kemudian oleskan pada bagian kulit ketiak anda, agar bulu ketiak tidak tumbuh lagi. (dengan catatan bulu ketiak masih belum lebat, karena jika sudah lebat mungkin harus menambah ramuan tambahan lainnya seperti tepung terigu, gandum dan susu.)


3. Pepaya/Betik


Siapa yang tidak tau dengan buah pepaya/betik ini, buah ini terkenal dengan khasiatnya melancarkan pencernaan ternyata dapat menghilangkan bulu ketiak juga, kerana pepaya/betik mempunyai enzim aktif bernama papain yang berfungsi mencegah pertumbuhan rambut serta mematahkan folikel rambut. Untuk penggunaannya lebih-lebih lagi sama seperti diatas, iaitu dihaluskan dan buat seperti masker kemudian sapukan pada ketiak anda. Untuk mendapatkan hasil maksimum, anda boleh menambahkan kunyit bubuk, tepung terigu, lidah buaya, minyak sawi serta lavender. Campurkan semua bahan diatas dan jadilah krim penghilang bulu ketiak yang berkesan. Lakukan secara kerap minimum 3 kali seminggu selama 3 bulan dan lihat hasilnya.

4. Bengkoang/Sengkuang



Bengkoang bisa dikatakan cukup sama dengan lobak dan fungsinya pun sama dalam menghilangkan bulu ketiak. Biasanya selain menghilankan bulu ketiak, bengkoang juga dapat memutihkan kulit ketiak anda. Cara penggunaannya gampang, sama seperti menggunakan lobak. haluskan, sehingga menjadi cream kemudian oleskan pada ketiak.


5. Lada, Kapur Barus dan Minyak Tanah.


Ketiga bahan diatas ampuh untuk menghilangkan bulu ketiak secara permanen. Cara penggunaannya adalah campurkan ketiga bahan tersebut dengan komposisi 10:3:1 yaitu 10 biji merica, 3 butir kapur barus serta 1 sendok makan minyak tanah. Setelah tercampur semua, kemudian haluskan semua bahan lalu oleskan pada ketiak anda.

Selamat Mencoba...

Sumber : Google, Breaking News564

Tips Sehat
Copyright © 2016 Redaksi One Z

Selasa, 13 September 2016

Jambatan Tertinggi Di Dunia Beroperasi Hujung Tahun

#InfoDunia

BEIJING – Jambatan Beipanjiang yang terletak di kawasan pergunungan di barat daya China, bakal menjadi jambatan tertinggi di dunia.

Menurut jabatan pengangkutan wilayah Guizhou dalam satu kenyataan, dengan ketinggian 565 meter di atas sebatang sungai, ia akan merampas gelaran Jambatan Sungai Si Du di tengah wilayah Hubei sebagai jambatan tertinggi di dunia.

Projek pembinaan jambatan yang dimulakan pada tahun 2013 ini dijangka dibuka kepada pengguna jalan raya pada akhir tahun dengan kelajuan kenderaan boleh mencecah 80 kilometer sejam.

Pasukan jurutera China telah menyelesaikan pembinaan struktur pada Sabtu lalu dan ini sekali gus memendekkan perjalanan dari Liupanshui di Guizhou ke Xuanwei dekat wilayah Yunnan, daripada kira-kira lima jam kepada kurang dua jam.

China Daily melaporkan, jambatan yang dibina di kawasan pergunungan di atas sungai Nizhu ini dipengaruhi oleh angin dan memerlukan ketepatan yang tinggi selain kesukaran mengangkat bahan binaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

Sabtu, 10 September 2016

Pembangunan Sarawak Masih Dekat Di Jiwa Tun Taib


YANG di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud masih orang yang sama seperti ketika beliau menjadi Ketua Menteri dahulu, tetapi beliau sangat berhati-hati ketika menangani media baru-baru ini dalam temu bual bersamanya sempena sambutan ulang tahun rasmi beliau yang jatuh pada hari ini (10 September).

Seperti dahulu, beliau menyuarakan apa yang terkandung dalam fikirannya tetapi kita dapat merasai sikap waspada untuk tidak melampaui batas, sebagai tanda menghormati pengganti yang beliau telah pilih – Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Walaupun beliau berhati-hati untuk tidak menyentuh politik, Taib tidak dapat tidak kembali kepada topik yang dekat di hati beliau–pembangunan Sarawak di mana tumpuannya adalah kepada pembangunan ekonomi dan infrastruktur.

Sayang beliau kepada Sarawak adalah jelas. Malah sebagai Yang di-Pertua Negeri, beliau enggan berpuas hati dengan pencapaian beliau selama ini tetapi sentiasa mengambil berat tentang kemajuan Sarawak dari segi ekonomi.

Kredit: Borneo Post Online

Isnin, 5 September 2016

10 Doa Sewaktu Mengambil Peperiksaan


Dalam menghadapi musim peperiksaan ini, berikut disediakan doa-doa khusus di dewan peperiksaan bagi para pelajar terutamanya yang akan menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, STAM, MUET, MATRIKULASI, IPT dan peperiksaan jabatan serta pekerjaan.

Doa Sewaktu Berada Kelas / Dewan Peperiksaan


Disarankan supaya doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1)  Doa Sebelum Masuk Kelas / Dewan Peperiksaan



2)  Doa Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan



3)  Ketika Menerima Kertas Soalan I


Atau:
4)  Ketika Menerima Kertas Soalan II


5)  Doa Sebelum Menjawab Soalan Peperiksaan
Sebelum mula menjawab soalan peperiksaan dan sebagainya, bolehlah dimulakan dengan membaca potongan doa dari ayat Al-Quran berikut. Insyallah, segala yang dilakukan akan mudah diingat dan mendapat keberkatan Allah SWT.


6)  Doa Apabila Terlupa Ketika Menjawab Soalan


Atau:
7)  Doa Jika Terlupa Jawapan


8)  Doa Ketika Buntu Menjawab Soalan



9)  Doa Ketika Sukar Menjawab Soalan



10)  Setelah selesai menjawab bacalah doa mohon agar beroleh kejayaan;


Kepada semua calon yang berjuang di dalam kelas dan dewan peperiksaan… Semoga Allah SWT memberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan dan proses mengingat, dapat menjawab dengan baik dan menepati kehendak soalan seterusnya diberikan kejayaan cemerlang di dunia dan akhirat. InsyaAllah…


والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

                                                                                   ÙˆَالسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒَÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهُ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ 

KreditShafiqolbu

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua... Salam Kekeluargaan... Hari nie bermula lah Peperiksaan UPSR di seluruh negara ... So kamek urang panel admin KMT mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar...


Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 

2. Siapkan peralatan alat tulis

3. Tidur rehat secukupnya

4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....

5. Berdoa dan bertawakal


Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.


Insyaallah... Allah tu kan Maha Mengasihani...


Apa-apapun... mudah-mudahan semoga semuanya mujor joros... Aaamiin... Aaamiin... Ya Rabbal Alaaamiin... Wassalam...

Jumaat, 2 September 2016

Rakaman Pemandangan Kampung Tabuan Melayu Dari Udara

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Hai urang kampung semua... Apa khabar semua? Admin harap semua sihat walfiat hoo...

Di hari yang mulia tuk dan juak dikesempatan tuk, admin nak belanja sikit gambar-gambar yang cantik Kampung Tabuan Melayu yang dirakam dari udara.

Jom layan gambar-gambar. Ney tauk nampak rumah atau lokasi-lokasi yang nostalgia buat kitak urang... hihihihi...











Giney, puas hati sik kitak urang nangga view kawasan Kampung Tabuan Melayu melalui gambar-gambar yang diambik dari udara oleh admin tuk? Sik puaskah? Mun sik puas... kelak diposting yang lain, In Shaa Allah... Admin akan molah rakaman video dari udara k di kampung kita ow... kelak k... tungguuu...

Oklah setakat tuk jaklah posting untuk tatapan kitak urang semua khususnya untuk orang tebuan yang jauh diperantauan.. yang rindu ngan suasana kampung yang terkini...

Sekian... Wassalamualaikum... warahmatullahi wabarakatuh...

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT