Isnin, 19 September 2016

Permainan 'Nenek Si Bongkok Tiga'

Sedutan Filem Musang Berjanggut

Gambar sekadar hiasan

Pernahkah anda mendengar tentang permainan "NENEK SI BONGKOK TIGA"? Ini merupakan salah satu permainan Melayu yang popular di kalangan kanak-kanak. Permainan "NENEK NENEK SI BONGKOK TIGA" memerlukan bilangan orang yang ramai. Biasanya, permainan ini dimain di kawasan yang besar seperti gelanggang ataupun di luar rumah. Yang istimewanya, permainan ini memerlukan peralatan dan dua lagu yang amat merdu. Peralatannya adalah sebuah kain untuk menutup mata si "nenek" dan kedua, sebuah tongkat untuk diberi kepada nenek untuk dipegang.


Terdapat dua buah lagu yang dinyanyikan. Salah satu untuk si "cucu" dan yang lagi satu untuk si "nenek" itu.

-------------
Cara bermain:
-------------
Pertama, kita harus menentukan siapa yang akan bergelar "nenek". Ini dilakukan dengan pelbagai cara. Contohnya, undian ditentukan dengan "Osom". Setelah itu, si nenek akan menutup matanya dengan kain hitam dan akan memegang sebuah tongkat. Cucu-cucu harus membentuk satu bulatan dan si "nenek" akan berada di tengah bulatan itu. Setelah itu, si "cucu" akan mendendangkan sebuah lagu -

Nenek, nenek,si bongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucu di mana berada.
Nenek kahwin dengan anak raja.
(Anda mesti pernah mendengarnya, bukan?)

Ketika cucu-cucu sibuk menyanyi, mulalah perlakonan si "nenek" bekelakuan seperti seorang nenek tua seperti berbongkok-bongkok. Selesai itu, si nenek pula akan mendengdangkan nyanyiannya yang berbunyi seperti ini-

Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang neneknak cari ganti.
Siapa yang kena,dia menjadi.
(Lucu!) (:

Cucu-cucu akan duduk mencangkung dengan senyap setelah itu. Si "nenek" pula akan menggunakan tongkat untuk menangkap si "cucu" yang terpilih. Si "nenek" harus meneka siapakah cucu yang dipilih. Jikalau tekaannya benar, si "cucu" itu akan menjadi "nenek" pula. Permainan diteruskan jikalau tekaannya salah! ((:

Walaubagaimanapun... permainan ini memang legend sekali. Kenangan bermain permainan ini cukup untuk kita simpan dalam-dalam di lubuk hati kerana Kenangan Lalu Mengusik Jiwa kita semua. Semoga kenangan-kenangan kita yang lalu akan menjadi kenangan yang terindah... Aaamiin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT