Jumaat, 30 Disember 2011

Ramalan Cuaca untuk 3 Hari bagi Kuching

Jumaat, 30/12/2011

 -Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
 -Petang : Ribut petir di satu dua tempat                               
 -Malam : Hujan di satu dua tempat                               
 -Minimum : 23 °C, Maksimum : 32 °C



Sabtu, 31/12/2011

-Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai                               
-Petang : Ribut petir di satu dua tempat                               
-Malam : Hujan di satu dua tempat                               
-Minimum : 23 °C, Maksimum : 32 °C



  Ahad, 01/01/2012

  -Pagi : Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai
  -Petang : Ribut petir di satu dua tempat
  -Malam : Tiada Hujan
  -Minimum : 23 °C, Maksimum : 32 °C


Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM)
 30 Disember 2011 (1.39 am)

SEKSYEN C: AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 10:42pm pada 29 Disember 2011
Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sarawak : Bahagian Sri Aman ( Daerah Sri Aman dan Lubok Antu), Betong (Daerah Betong dan Saratok), Sarikei (Daerah Sarikei, Bintangor, Pakan dan Julau), Sibu ( Daerah Sibu, Selangau dan Kanowit), Mukah (Daerah Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Daerah Tatau dan Bintulu) dijangka berterusan sehingga awal pagi, Jumaat 30 Disember 2011.

Keadaan ini berkemungkinan menyebabkan angin kencang serta banjir kilat.

Issued by
Malaysian Meteorological Department
Ministry of Science, Technology & Innovation
29 December 2011

Ahad, 25 Disember 2011

MAJLIS UJIAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH,BACAAN SURAH LAZIM |17 DISEMBER 2011/1433H


25 DISEMBER 2011

Majlis Ujian Membaca Surah Al-Fatihah,Bacaan Surah Lazim Anjuran Surau Darul Hajat Kpg Tabuan Hilir telah selesai dilaksanakan. 

Suasana majlis pada malam tersebut amat meriah lebih-lebih lagi kehadiran Yb2 yang dihormati.
Banyak penyertaan yang diterima dengan diwakili oleh setiap Zon dalam Kampung Tabuan Melayu.

Diharap dengan adanya Majlis seperti tersebut,dapat menjalinkan hubungan silaturrahim diantara penduduk kampung.

Admin juga berharap Unit Saberkas Tabuan Hilir dapat menjadi penganjur untuk aktiviti-aktiviti yang akan datang khusus untuk belia-belia di Kampung Tabuan Hilir.

TABUAN DI LANDA AIR BAH!! SUBHANALLAH! ALLAHU AKHBAR!!!

Tabuan Darat.. Oh.. Tabuan Darat.. 25/12/2011

Jam hampir Maghrib, Hujan lebat .Sekitar Kpg Tabuan Telah Di landa Air Bah..
Kesannya semua kenderaan penduduk terkandas.Sebab utama berkemungkinan Sistem Perparitan yang tidak bersistem..
Harapan penduduk kpg Tabuan,khususnya Tabuan Darat, mendapat perhatian drpd orang atasan ataupun pihak berwajib.
Berikut adalah suasana Air Bah Di Kampung Tabuan Darat..
Salam...
PAUTANNYA:
http://www.facebook.com/media/set/?set=oa.310667738967223&type=1

Khamis, 22 Disember 2011

CUEPACS: PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
NONEUtusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

Rabu, 21 Disember 2011

Pembangunan Belia ke Arah 2057: Isu dan Cabaran





Jurnal Pembangunan Belia Malaysia 1 (Disember) 2008: 1 – 13

TURIMAN SUANDI, NOBAYA AHMAD, EZHAR TAMAM & AZIMI HAMZAH

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan isu dan cabaran yang bakal dihadapi
oleh belia menjelang 2057, iaitu selepas 100 tahun negara Malaysia
mencapai kemerdekaan. Antara cabaran yang dijangka akan dihadapi
oleh belia ialah cabaran dalam pendidikan dan pembangunan modal
insan yang juga menjadi teras pembangunan negara dalam Rancangan
Malaysia Kesembilan (RMK-9). Makalah turut mencadangkan beberapa
langkah untuk memperkasakan belia dalam menghadapi cabaran semasa
dan masa depan

PENGENALAN

Kebelakangan ini kita sering didedahkan dengan pelbagai isu membabitkan
golongan belia yang dianggap sebagai aset terpenting sesebuah negara. Ini
seolah-olah memberikan tanggapan yang negatif terhadap golongan muda
ini. Belia sebenarnya mempunyai potensi tinggi untuk memberikan sumbangan
positif terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Walaubagaimanapun,
kebanyakkan mereka yang bermasalah adalah kerana tidak mendapat bimbingan
sewajarnya bagi menyerlahkan potensi sebenar mereka. Belia, melalui bimbingan
dan dorongan mampu menjadi rakan pembangunan negara. Sebaliknya, tanpa
bimbingan mereka boleh menimbulkan permasalahan. Pembangunan modal
insan yang komprehensif, holistik dan seimbang sangat diperlukan bagi
menghadapi pelbagai masalah sosial cabaran lain yang kebanyakannya
melibatkan golongan muda.

Dalam konteks belia sebagai modal insan dan rakan pembangunan masyarakat
dan negara, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK–9) memberikan fokus
terhadap pengupayaan belia dalam meningkatkan memberikan fokus terhadap
pengupayaan belia dalam meningkatkan peranan mereka dalam membangunkan
masyarakat, memupuk perpaduan dan membina negara dan bangsa. Justeru,
barisan pelapis atau modal insan yang berkualiti daripada segi fizikal, intelektual
dan spiritual perlu diwujudkan selaras dengan firman Allah S.W.T. di dalam
surah An-Nisa’ ayat 9 yang bermaksud:

“Dan mereka seharusnya takut kepada Allah, andainya meninggalkan
di belakang mereka zuriat (generasi) yang lemah”

Copyright © 2011 IPPBM. All Rights Reserved.
 

Selasa, 20 Disember 2011

KHIDMAT SOSIAL DIPERLUASKAN KE BANDARAYA DAN PEKAN DI SARAWAK

Berita Sarawak


December 19, 2011 19:09 PM


KUCHING, 19 Dis (Bernama) -- Padiberas Nasional Berhad (Bernas), yang memperuntukkan RM12 juta untuk kempen khidmat sosial korporat (CSR) akan meluaskan tanggungjawab itu ke pekan-pekan dan bandaraya utama di Sarawak dalam tempoh empat tahun akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Beras Corporation Sdn Bhd Sarawak, Mohd Kamaluddin Mohd Effendie berkata hari ini menerusi kerjasama anak-anak syarikat Bernas, pihaknya akan menghulurkan 'mangkuk kemanusiaan'nya itu ke rumah anak-anak yatim di Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.

"Secara demikian penghuni rumah anak-anak yatim akan mendapat manfaat daripada kempen unik yang sungguh berkesan ini," katanya.

"Pada suku penggal pertama tahun ini sahaja kami menyumbangkan beras bernilai RM35,000 kepada beberapa rumah anak yatim di sekitar bandaraya Kuching," katanya kepada pemberita pada majlis makan tengahari Bernas untuk wakil media di sini.

Menurutnya, semasa kempen berkenaan itu nanti, Bernas akan membekalkan 25 gram untuk dimakan anak yatim bagi setiap kampit beras seberat 10 kg yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada kedai runcit di seluruh negara.

Katanya, menerusi peranan pengguna membeli beras dikeluarkan oleh Bernas dapat menjayakan kempen syarikat itu menderma bagi keperluan makanan penghuni rumah anak-anak yatim di seluruh negara.

-- BERNAMA

Sabtu, 17 Disember 2011

BR1M DIBERI SECARA ADIL: WAN JUNAIDI

Terima Kasih: Wan Junaidi menyerah lesen, jaket keselamatan kepada salah seorang penerima pada
majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan kawasan PNK Sri Muara semalam. Turut kelihatan
(dari kiri) Jam dan Mohd Rizal.

KUCHING: Kerajaan jamin tiada diskriminasi dalam pengagihan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M.
    Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata,  rakyat Malaysia tidak mengira kaum atau agama boleh memohon BR1M yang telah diluluskan dalam Belanjawan 2012 iaitu sebanyak RM500 setiap ketua keluarga asalkan memenuhi syarat.
    “Rakyat di negeri ini tidak kira warna kulit, tinggal di bandar atau di luar bandar boleh memohon BR1M ini asalkan pendapatan kurang daripada RM3,000 (dan berumah tangga),” katanya.
    Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan elaun sara hidup nelayan di Dewan Perbadanan Produktiviti Malaysia, Demak Laut semalam.
Pada masa yang sama, beliau menyeru rakyat di negeri ini yang layak memohon agar segera mengisi borang BR1M itu.
    Jelasnya, ia bagi memastikan golongan sasar tidak tersisih daripada menerima bantuan daripada kerajaan.
    “Saya berharap semua pemimpin masyarakat seperti ketua kaum, ketua kampung, penghulu dan sebagainya memainkan peranan mereka dalam memastikan penduduk di kawasan masing-masing layak menerima bantuan ini dan mendapat apa yang sepatutnya,” tegasnya.
    Selain itu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menyarankan agar rakyat di negeri ini terus menyokong kerajaan sedia ada demi mencapai matlamat menjadi negara maju menjelang 2020.
    “Janganlah kita mudah percaya dengan kata-kata atau janji-janji pihak tertentu (pembangkang) yang belum ada pengalaman memimpin negara kerana kerajaan yang sedia ada sekarang (di bawah Barisan Nasional) sudah terbukti membangunkan rakyatnya,” ujarnya.
    Dalam majlis itu, sebanyak RM37,600 diagihkan kepada 188 nelayan bagi kawasan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sri Muara, Demak Laut.
Manakala seramai 146 nelayan menerima lesen sampan berserta jaket keselamatan.
Justeru, Wan Junaidi berharap PNK di negeri ini menetapkan hala tuju untuk kekal utuh bagi membangunkan ekonomi para nelayan dalam perubahan global yang kian mencabar pada masa kini.
    Hadir sama Pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Wilayah Satu Kuching Mohd Rizal Sahari, Pengerusi PNK Sri Muara Jam Hajimi dan tetamu kehormat lain.

Sumber: The Borneo Post
by Rusnan Mustafa. Posted on December 17, 2011, Saturday

CUEPACS MINTA 1.4 JUTA KAKITANGAN AWAM TIDAK TANDATANGAN SURAT TAWARAN JPA

Berita Harian
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my
2011/12/16

KANGAR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu. Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.

Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.

“Buat masa sekarang, kita membantah pelaksanaan beberapa opsyen SBPA dan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan.
“Kita akan tetapkan temu janji pada 19 Disember ini, yang mana semua 125 perwakilan kongres seluruh

negara dijangka menemui Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya bagi membincangkan secara terperinci permintaan serta desakan CUEPACS dalam SBPA,” katanya.

SBPA diumumkan Perdana Menteri pada 7 Oktober lalu dijangka membawa pelbagai faedah dan insentif kepada kakitangan awam yang dilaksanakan mulai tahun depan dengan beberapa perubahan seperti skim pencen, gaji dan elaun serta prospek perjawatan dengan tempoh perkhidmatan yang dilanjutkan sehingga usia 60 tahun.

Ditanya mengenai lima tuntutan terbabit, Omar berkata selain pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

“Kita juga nasihatkan pihak lain yang tiada kaitan dengan CUEPACS supaya tidak campur tangan dalam soal perjuangan kongres kerana ini hak kami untuk pertahankan kepentingan semua penjawat awam,” katanya.

Ahad, 13 November 2011

MAJLIS PERASMIAN BENGKEL KEJURULATIHAN TOT SEKATA 2011 DI ONE SANTUBONG RESORT

 Majlis Perasmian Oleh Yb.Dr.Hazland Bin Abang Hipni N.5 Demak Laut.
Para Peserta Bengkel Kejurulatihan TOT SEKATA mengambil peluang bergambar bersama Dr Hazland serta Pengarah Negeri LPPKN Puan Fizalini Kiprawi.

Ahad, 6 November 2011

MESYUARAT PROTEM 2011

 Mesyuarat Protem 2011 telah diketua Oleh Pengerusi Unit Saberkas Tabuan Hilir,Pengerusi PIBG SK Tabuan, Wakil Dari Pihak Saberkas Cawangan Demak Laut dan Wakil Dari Saberkas Daerah Kuching.
Mesyuarat Protem Unit Saberkas Tabuan Hilir 2011 ini juga dihadiri oleh AJK tertinggi yang mana jenteranya dikemudi oleh barisan-barisan pelapis belia yang berkalibar dan bersemangat.

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT