December 19, 2011 19:09 PM |
KUCHING, 19 Dis (Bernama) --
Padiberas Nasional Berhad (Bernas), yang memperuntukkan RM12 juta untuk
kempen khidmat sosial korporat (CSR) akan meluaskan tanggungjawab itu ke
pekan-pekan dan bandaraya utama di Sarawak dalam tempoh empat tahun
akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif Beras Corporation Sdn Bhd Sarawak, Mohd Kamaluddin Mohd Effendie berkata hari ini menerusi kerjasama anak-anak syarikat Bernas, pihaknya akan menghulurkan 'mangkuk kemanusiaan'nya itu ke rumah anak-anak yatim di Miri, Bintulu, Sibu dan Kuching.
"Secara demikian penghuni rumah anak-anak yatim akan mendapat manfaat daripada kempen unik yang sungguh berkesan ini," katanya.
"Pada suku penggal pertama tahun ini sahaja kami menyumbangkan beras bernilai RM35,000 kepada beberapa rumah anak yatim di sekitar bandaraya Kuching," katanya kepada pemberita pada majlis makan tengahari Bernas untuk wakil media di sini.
Menurutnya, semasa kempen berkenaan itu nanti, Bernas akan membekalkan 25 gram untuk dimakan anak yatim bagi setiap kampit beras seberat 10 kg yang dibeli oleh rakyat Malaysia daripada kedai runcit di seluruh negara.
Katanya, menerusi peranan pengguna membeli beras dikeluarkan oleh Bernas dapat menjayakan kempen syarikat itu menderma bagi keperluan makanan penghuni rumah anak-anak yatim di seluruh negara.
-- BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan