Khamis, 22 Disember 2011

CUEPACS: PM SETUJU TANGGUH PELAKSANAAN SBPA

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam.
NONEUtusan Online melaporkan beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Putrajaya hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.
Manakala Bernama pula memetik Omar sebagai berkata perdana menteri meminta satu rundingan diadakan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs esok bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen.

Beliau memberitahu demikian mengenai hasil pertemuannya dengan Datuk Seri Najib hari ini.

2 ulasan:

  1. Kita diat esok ari,hasil keputusan rundingan antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Cuepacs bagi menentukan sama ada menangguhkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atau melanjutkan tarikh mengembalikan borang opsyen. Rasa2nya melanjutkan tarikh mengembalikan borang option yaa.. apa kata kitak orang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tahun 2012 dah tok.. sorry lambat reply.. pa2pun thanks ulas lam blog tok.. "SIK JADI SKIM TOK-->SBPA.. pa2pun dah terbaik yg di buat oleh cuepacs.. salam

      Padam

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT