Jumaat, 9 November 2018

Kampung Halaman Kita Yang Sebenar


Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada warga kampung tabuan, kampung halaman yangku cintai dan rindui. Salam Jumaat Penghulu Segala Hari... Sempena pagi jumaat yang mulia ni, admin nak cerita sedikit mengenai 'Kampung Halaman Kita Yang Sebenar'. Juhhh... sama-sama kita menelaah dan semoga bermanfaat untuk kita semua... Aaamiin..
Kampung halaman merupakan tempat yang menggembirakan kita apabila kita pulang. Di sana kita dapat berkumpul dan bertemu sanak saudara, ada dalam kalangan kita pulang untuk bertemu ibu dan ayah sebagai lambang kasih kita kepada mereka.
Setiap detik yang berlalu akan kita nikmati dengan rasa kegembiraan dan sebagai tanda tanggunjawab kita kepada mereka. Ia merupakan tempat yang menyimpan pelbagai kenangan lalu dan tentunya kita merindui tempat itu.
Namun, bagaimana pula kita sebagai hambaNya?
"Manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT adalah Nabi Adam dan beliau merupakan bapa kita semua".
Tempat pertama yang dihuninya adalah syurga yang mana tempat untuk menikmati segala nikmat. Tempat yang mana merupakan kampung halaman kita yang mana kita perlu bercita-cita dan berusaha untuk pergi ke sana.
Kata Dr Aidh al-Qarni: “Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini, dan mereka menganggap inilah ‘kampung halaman’ yang sebenar. Setiap hari mereka hanya sibuk dengan urusan-urusan dunia ini; sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka melupakan bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada ‘kampung halaman’ yang hakiki, iaitu syurga atau neraka.”

Sesungguhnya Hidup Ini Amat Singkat

Hidup kita ini kadang-kadang seperti sebuah mimpi, tidurnya sekejap tetapi mimpinya lama. Begitu juga hidup kita di sini yang mana kita anggap ia kehidupan yang panjang tetapi hakikatnya ia seperti hembusan angin lalu sahaja.
Dan waktu yang singkat itu amatlah rugi kita perjudikannya demi memenuhi kehendak dunia kita semata-mata bahkan kita lupa tempat kita dikembalikan.
Kelak di sana apa yang kita impikan itu tidak diperolehi malah bala menanti. Firman Allah SWT apabila menanyakan soalan kepada manusia:
“Allah bertanya, ‘Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab, ‘Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman, ‘Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.’ Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main, dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”(Surah al-Mu’minun: 112-15)
"Sangatlah malang bagi manusia apabila mereka beranggapan kehidupan di dunia ni merupakan matlamat utama walhal ada kehidupan yang lain menanti di sana".
Mereka lebih gemar untuk bersusah payah menggembleng tenaga mereka semata-mata untuk menikmati kehidupan yang sementara ini sedangkan sepatutnya kekuatan yang dikuniakan itu lebih menjadi keutamaan untuk menghadapi dan menikmati kehidupan di sana kelak.
Hakikat ini diungkapkan oleh Allah SWT dalam firmanNya di Surah al-Insan ayat 27:
“Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia yang sementara dan mereka tidak mempedulikan hari yang berat.”

Kampung Halaman Yang Indah

Tempat pulang yang terbaik adalah syurga dan ia merupakan kampung halaman yang sangat indah. Keindahan yang tidak pernah dilihat, didengar bahkan tidak boleh dibayang oleh fikiran kita.
Manakala tempat pulang yang membinasakan adalah neraka kerana keadaannya sangat menakutkan bahkan jika kita membaca keadaannya, pasti menimbulkan rasa takut untuk menjadi penghuninya apatah lagi melihat keadaan neraka itu sendiri.
"Kematian kita di dunia ini menandakan permulaan bagi kehidupan yang baru".
Bermula dari alam barzakh kemudian kita semua akan dihimpunkan di padang mahsyar dan akhirnya kita akan ditentukan sama ada menjadi penghuni syurga atau neraka.
Bagi penghuni syurga, detik kenikmatan mereka bermula apabila mereka akan disambut oleh para malaikat dengan ucapan:
“… Sejahteralah ke atas kamu, beruntunglah kamu, maka masuklah syurga ini, sedangkan kamu kekal di dalamnya.” (Surah Az-Zumaar: ayat 73)
Di syurga merupakan tempat yang terdapat teman yang baik akhlaknya lagi cantik rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat masing-masing.
Bidadari ini cantik berseri-seri seperti delima dan marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah mata pandangan tertumpu kepada mereka semata-mata.
Allah SWT merakamkan lebih lanjut dalam ayatNya tentang keadaan manusia di syurga:
“Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk; Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya. Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) – (Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.” (Al-Insaan:13-16)
Sesiapa yang memperolehi syurga sesungguhnya dia memperolehi kemenangan yang nyata.

Ujian Tuhan

Syurga yang di dalamnya itu terdapat pelbagai nikmat, tentu sahaja tidak mudah diperolehi. Barangsiapa yang menyangka syurga itu mudah diperolehi sesungguhnya mereka itu dengan terang dan nyata telah tertipu dengan muslihat dan perangkap iblis.
Hal ini telah diungkapkan oleh Ibnu Jauzi dalam kitabnya Talbis Iblis berkaitan sangkaan dan angan-angan manusia. Allah SWT dengan terang merungkaikan hal ini:
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah al-Baqarah: 214)
"Sesungguhnya mereka generasi pertama umat ini sangat memahami ayat ini sehinggakan segenap masa dan tenaga mereka itu digunakan untuk menempuh kepayahan bagi menegakkan agama Allah SWT bahkan segala musibah yang menimpa mereka itu dihadapi dengan redha dan sabar".
Kata Ibnu Kathir bila mana menerangkan ayat di atas:
“Apakah kamu sangka bahawa kamu layak masuk syurga tanpa sebarang ujian dan tribulasi sebagaimana yang telah berlaku kepada mereka yang terdahulu daripada kamu. Antara ujian tersebut seperti pelbagai penyakit, musibah, bencana dan kedukacitaan.”

Cita-cita dan Dasar Kehidupan Mukmin

Dalam hal dunia kita mempunyai cita-cita yang mana kita akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapainya. Lebih teruk lagi apabila kita melanggar sempadan yang dibolehkan oleh syarak.
Sedangkan segala usaha kita itu akan menjadi sia-sia apabila nyawa kita ini terputus dan pada ketika itu apa yang kita usahakan itu akan sibuk dibahagi-bahagikan oleh keluarga kita bahkan cita-cita itu kelak mungkin menjadi sebab kita dihumban ke dalam neraka.
"Penyesalan yang dahsyat akan mengambil tempat apabila malaikat maut sedang mencabut nyawa kita sedangkan segala yang kita usahakan itu adalah sia-sia".
Ketika Amirul Mukminin Khalifah Harun ar-Rasyid mengalami sakaratul maut, beliau dalam keadaan menangis meminta anaknya supaya meletakkan pipinya di atas tanah. Seraya berkata:
“Semoga Allah mengampuniku, wahai Tuhan Pemilik Kerajaan yang tidak hilang, kasihanilah orang yang kerajaannya hilang.”
Walaupun beliau telah membangunkan salah satu empayar terhebat dalam sejarah manusia tetapi di akhir hayatnya beliau meminta belas ehsan Tuhan penciptanya.
Cita-cita kita sepatutnya adalah menjadi penghuni syurga dan sedaya upaya untuk menjadi ahlinya. Ada beberapa hadis nabi yang menunjukkan keharusan untuk doa memohon syurga bahkan nabi menyuruh kita agar memohon Syurga Firdaus.
Dengan itu kunci untuk memperolehinya dengan memiliki iman yang benar dan perkara ini perlu menjadi tuntutan asas dalam kehidupan kita.
Sesungguhnya beriman dengan adanya syurga akan mendorong seseorang untuk terus taat dan rajin beramal kepada Allah. Ini dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran:
“Ini adalah sesuatu hari yang bermanfaat bagi orang-orang yang benar kebenaran mereka, bagi mereka syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redga terhadap Allah, maka itulah kejayaan yang besar.” (Al-Maaidah: 119)
Ala kulihal, Allah SWT apabila menceritakan tentang syurga pasti perihal neraka juga mengambil tempat. Ini supaya kita tidak hanya rindu akan kenikmatan syurga tetapi juga disertai dengan rasa takut akan musibah neraka.
Semoga kita menjadi insan yang berusaha menjadi ahli syurga dan bersungguh-sungguh menjauhi azab api neraka.
Sesungguhnya jika kita menyelusuri kisah bapa kita Nabi Adam, maka kita akan dapati syurga merupakan kampung halaman kita.
Wallahu'alam
Kredit: ilovislam

Rabu, 31 Oktober 2018

Sarawak Regatta 2018

Sarawak Regatta 2018
2 November 2018 @ 9:00 pagi - 4 November 2018 @ 11:00 petang





Tahun ini, terdapat 14 kategori perlumbaan bot yang melibatkan 24 perlumbaan dan 12 pusingan akhir. Regatta Sarawak menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM240,000 manakala River King Trophy dilengkapi dengan hadiah wang tunai RM10,000.

Acara tahunan ini meyajikan perlumbaan bot dengan penyertaan dari pelbagai agensi kerajaan, sektor swasta dan juga peserta dari negara jiran Indonesia dan Brunei. Pasukan-pasukan dari kampung-kampung di sekitar Sarawak menjadikannya satu perkara yang hebat dan juga merupakan peluang besar untuk keluarga dari luar Kuching untuk melawat bandar Kuching. Acara riben biru adalah Pemegang Kejuaraan 'Raja Sungai' yang diingini oleh peserta dalam kategori 'bidar'. Setiap perahu panjang membawa tiga puluh pengkayuh.


Kepentingan regatta di Sarawak bermula pada tahun 1872 semasa era James Brooke. Ia bermula dengan niat untuk menghentikan peperangan perkauman di kalangan puak-puak tempatan di mana menjadi amalan sebahagian kepala-kepala pembesar dipenggal. James Brooke kemudian mengarahkan semua puak untuk berlawan satu sama lain dengan mengadakan perlumbaan bot untuk membuktikan kekuatan mereka masing-masing. Puak-puak ini dipanggil untuk mencabar kekuatan antara satu sama lain melalui perlumbaan perahu dan aktiviti-aktiviti memburu kepala dapat dikurangkan seterusnya berjaya membawa keamanan di kawasan itu.

James Brooke memanggil semua puak untuk menentang satu sama lain bukan dengan cara melakukan keganasan, tetapi sebaliknya menyatukan mereka dalam bersukan, dengan mengadakan perlumbaan bot untuk membuktikan kekuasaan, kekuatan dan kelajuan mereka, maka sejak dari itu terus membawa persaingan damai dan harmoni di antara suku-suku di sepanjang Rajang.


Kampung-kampung di seluruh Sarawak akan menghantar wakil mereka untuk bersaing dalam regatta bagi merebut gelaran 'Raja Sungai', reggata ini dapat menyatukan kaum, menjadikan tempat untuk bertemu, dan juga kepada pasukan yang bertanding dapat mewujudkan kerja berpasukan dan persaingan yang sihat.


Setiap perahu panjang membawa tiga puluh pengkayuh dan kategori ini sentiasa menjadi persaingan yang rapat dan menjadi tarikan orang ramai, manakala program itu juga termasuk "Brooke Swim", Raft Tug-of-war, dan aktiviti menangkap itik serta pelbagai pameran dan pasar sepanjang dermaga menjual kraf budaya, barangan dan makanan sepanjang Reggata Sarawak 2018 berlangsung.


Regatta Sarawak akan diadakan di Kuching Waterfront sepanjang 1.3 km di Sungai Sarawak dimana tempat yang mempunyai sudut pandang yang cukup dan sesuai untuk penonton melihat aktiviti-aktiviti yang berlaku di tebingan sungai, Waterfront Kuching.


Justeru itu, kepada warga Kuching khususnya dan umumnya warga Sarawak, Juhhh... kita merami di perkarangan Waterfront Kuching bagi menyaksikan Reggata Sarawak 2018 dan juga pameran-pameran yang ada disia kelak k...

Sekian, terima kasih.

Kredit: sarawaktourism.com

Isnin, 1 Oktober 2018

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PT3

Kamek urang krew Kamek Miak Tebuan mengucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak tebuan yang sedang menduduki peperiksaan PT3 hari ini.
Lakukan yang terbaik, semoga mendapat keputusan yang cemerlang... Banggakan family kitak urang okey!

SIAPA YANG MENANAM, DIA AKAN MENUAI,
LAKUKAN YANG TERBAIK & SEMOGA MAJU JAYA!

Ikhlas daripada,
FOUNDER KMT

Rabu, 5 September 2018

SET PA SYSTEM MAMPU SEWA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
 
 

Berita baik kepada orang kampong yang tengah mencarik set karoke utk dipakei dalam pelbagai majlis, kamek orang MFire PA System Studio ada menyediakannya. Set karoke Mampu Sewa!!!
 
Set karoke kamek urg mempunyai system yang menyimpan 20 lebih ribu lagu. Kitak urang hanya pilih jak lagu apa yang diingini.
 
Berminat boleh booking awal, takut tarikh yang kitak urang maok pakei, udah dibooking oleh urang lain. Cepattttt... Booking Kinektuk!!!
 
Klik link tuk untuk yang maok sewa/ booking okey... SEWA SET PA SYSTEM MAMPU SEWA!
 
"Committed To Excellence"
 
Like Fb Page MFire PA System Studio

Jumaat, 17 Ogos 2018

AHLI SAINS TEMUI 'RAJA TEBUAN' DI SULAWESI

Admin belum lihat Raja Tebuan mau pun Ratu Tebuan sebab pernah kena kejar tebuan balik ngaji dulu pun da kira satu larian yang tak perlu toleh belakang lagi. Tebuan dikenali sebagai serangga yang mampu membunuh jika disengat oleh beberapa ekor tebuan sahaja.
Mari kita lihat saiz fizikal tebuan yang digelar Raja Tebuan di Sulawesi ni. (Tapi lagi dalam dan tebal sesuatu hutan tu, lagi pelik dan besar saiz serangganya).
 
 
Apa2pun... word paling rare khas utk orang kpg tebuan ialah... "Sarang Tebuan Jangan Dijulok".

Isnin, 9 Julai 2018

PAKEJ TERBAIK PENAPIS AIR CUCKOO

"PAKEJ TERBAIK PENAPIS AIR CUCKOO"



Servis PERCUMA sepanjang kontrak
Filter PERCUMA sepanjang kontrak
Servis dan tukar filter setiap 4 bulan
All in WARRANTY
Pemasangan PERCUMA seluruh Malaysia
3 suhu (Panas, Sejuk, Room)
5-7 hari siap pasang!
.
Nak register, tekan link di bawah👇

Khamis, 21 Jun 2018

OPEN HOUSE: RUMAH TERBUKAK SATU BUDAYA YANG UNIK

 
Aidilfitri seperti yang kita tauk akan disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara tuk khususnya negeri Sarawak tuk sik ngira ugama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbukak bagi meraikan tetamu dan tunggal menunggal serta rakan taulan, jauh dan dekat. Macam-macam juadah nok diidang bagi menjamu tetamu yang dinanti kehadirannya. Kebiasaannya sidak akan molah seminggu lepas beraya, pertengahan syawal dan dekat-dekat nak habis raya.
 
Pada asasnya, kita endiat amalan rumah terbukak 'Open House' sekadar pakei meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang bertapok di sebalik amalan rumah terbukak tuk iaitu nya dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Urang bandar misalnya, sidaknya sikda banyak gilak masa pakei ngenal dengan lebih rapat jiran sidak disebabkan 'bizi' ngeja masa ngan kerjaya sidak.
 
 
Justeru, tradisi rumah terbukak secara sik langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Masa tuklah peluang pakei sidak ngambil tauk , kenal sapa dan apa kerja jiran serta keluarga sidak. Era globalisasi kinektuk udah banyak menjarakkan hubungan antara manusia ngan kehadiran gajet yang canggih sampei seorang manusia ya sik bergaul agik ngan urang di sekeliling. Situasi macam tuklah amat susah maok dibendung apatah agik 'bizi' ngan kerjaya dirikpun.
 
Jadi, amalan rumah terbukak tuk, sedikit sebanyak memberik ruang dan peluang sidak kejiranan pakei atlease kenal jiran sidaknya.
 
 
 
Kepada yg molah 'Open House' mulai arituk dan kelak2, selamat ber 'Open House'. Semoga majlis kitak urang semua 'Open House' kelak dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Cuma sigek jak dipintak... sikboh membazir okey...
 
 
 
 
Apa-apapun, Salam Edul Fitri 2018 kepada semua followers KMT yang setia selamak tuk mengikut perkembangan sama di Fb Page KMT maokpun Blog KMT tuk... Sampai jumpa lagik pada bulan syawal yang mulia akan datang.
 
Sekian, wassalam...

Isnin, 11 Jun 2018

MALAM TUJUH LIKUR, TRADISI ZAMAN BERZAMAN



Malam tuk adalah Malam Tujuh Likur yg dinantik gilak oleh semua urang dan boleh dikatakan ia udah menjadi kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia umumnya dan khususnya di Sarawak mengistimewakannya. Yang seronok sik terkata udah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil, berpesta bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum Raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam harinya.


Berbalik kepada cerita Malam Tujuh Likur, kinektuk udah semakin rami umat Islam terutamanya orang Melayu yang melupakan tradisi menyambut Malam Tujuh Likur. Rata-ratanya dah mula busy bersiap-siap nak balit kampung masing-masing ataupun maok balit beraya di kampung mertua. Sik ketinggalan, ada juak yang ngambik kesempatan maok melancong sakan ke luar negara apabila dapat cuti panjang sempena Hari Raya (urang kayo jak u!)


Selain jadi budaya tradisi yang masih kukuh dipertahankan di penghujung Ramadhan, Malam Tujuh Likur yang disambut pada malam 27 Ramadhan (malam tuk) setiap tahun juak merupakan acara ambang kemuncak atau pre-sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana ianya sinonim bagi memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan dan mengembalikan nostalgia hari raya tanpa melibatkan unsur-unsur khurafat.  Selagi segala tuntutan ibadat sudah dikerjakan oleh masyarakat Melayu, sidaknya sik berdosa menyambut Malam Tujuh Likur dengan meneruskan tradisi orang-orang kampong seperti bertuntong, bermain meriam dan sebagainya selagik sik menyalahi hukum syarak! 10 malam terakhir tuk juga sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar iaitu satu detik keemasan untuk setiap Muslim merebut syurga apabila sekalian malaikat beserta penghulunya, Jibril turun ke bumi untuk mengaminkan dan mengangkat doa orang-orang yang melakukan ibadah seperti bersembahyang, bertasbih, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, bertahmid, bertadarus dan bertakbir kepada Allah SWT.


Keunikan sambutan Malam Tujuh Likur zaman dolok marek bukan ajak terletak pada kemeriahan bermain bunga api dan meriam buluh sambil diterangi cahaya pelita semata-mata, ianya juak menandakan sebagei bermulanya hari orang-orang kampung untuk molah persiapan sebelum 1 Syawal. Ada yang dah start masang tabir rumah, ada yang dah masang kapet baru dan sik ketinggalan juak sidak surirumah yang membuat kuih-muih serta biskut2.



Tradisi bertuntong tuk kebiasaannya dipolah makei batang buluh panjang yang menjadi amalan sejak zaman dolok marek, ianya bertujuan untuk nulong orang-orang yang berjalan kaki ke suro atau semejid untuk menunaikan solat terawih kerna suasana pada waktu malam yang terlalu gelap. Urang kampong masang pelita sepanjang Ramadhan sebenarnya sebagei simbol meraikan kedatangan bulan paling mulia ya dan menjadi penyeri setiap rumah kerna pada zaman dolok marek sik ada langsung kemudahan api letrik maokpun lampu spotlight lagikan pula api kelap-kelip seperti kinektuk. Bezanya kinektuk, budaya bertuntong lebih kepada simbolik pakei ngingat balit kesusahan urang dolok-dolok maok pergi ke suro dan semejid pada waktu malam dalam keadaan gelap gelita dan pelita menjadi lambang tradisi serta ikon kemeriahan sambutan Hari Raya sejak dari dolok agik.


Disamping ya, ada sesetengah kampung molah program iaitu bertanding molah pintu gerbang. Pintu Gerbang ya, urang kpg akan ngiasnya kacak-kacak, ada yang masang api kelik2, ada yang engkah pelita serta tulisan2 yang unik juga design yang unik di Pintu Gerbang yang sidaknya reka. Pintu Gerbang yang unik dan menarik perhatian juri pertandingan akan dinobatkan sebagei juara.


Apa-apapun, seronok bila tibanya Malam Tujuh Likur kerna disamping dapat melihat suasana api yang terang benderang dan meriah, keakraban diantara sanak-saudara, urang kampung sekeliling dapat diutuhkan.
Salam 7 Likur!
Selamat Memburu Al-Qadr...

Founder KMT,
26 Ramadhan 1439H

Rabu, 6 Jun 2018

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Petang 14 Jun


KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 14 Jun bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Tempat lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap Kusza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.

Kredit: Bernama

Selasa, 5 Jun 2018

Agong Perkenan Pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara

Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan Tommy Thomas (gambar)
sebagai Peguam Negara tetap memelihara hak keistimewaan orang
Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia," katanya.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oelh kerajaan Malaysia," katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia. "Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam," katanya. Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam termuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kredit: BERNAMA

Isnin, 4 Jun 2018

PBB Masih Relevan Dipertahankan, Membentuk Perikatan Sarawak Bukan Baharu Dalam Sejarah


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan kekal. Ia tidak akan berubah setiap kali pantai berubah. Sebab PBB dibangunkan atas ikatan perpaduan dan muafakat pimpinan terdahulu, yang percaya negeri ini hanya dapat dimajukan hanya dengan persefahaman.
Tiada parti tempatan sekukuh PBB. Malah PBB lebih kukuh daripada UMNO.
Dan lebih penting, PBB adalah perakam suara rakyat Sarawak.Lihat sahaja perjuangan dan keberanian PBB selama ini.
Siapakah yang menyuarakan hak Sarawak Perjanjian Malaysia 1963? Siapakah yang melaungkan keadilan untuk pembangunan Sarawak? Dan siapa yang menuntut royalti minyak dikembalikan, sebelum ditukar ganti dengan kaedah yang lebih menguntungkan!
Mungkin dalam pemilihan Perhimpunan Agung PBB yang lalu kebanyakan jawatan tidak dipertandingkan. Hanya Naib Presiden Bumiputera.
Namun ketika itu, ia berlaku disebabkan hasrat sesetengah pemimpin dalam parti yang berusia 45 tahun ini memperlihat solidariti.
Selepas ini, dengan perkembangan politik terkini, PBB pasti akan lebih terbuka. Pemimpin baharu dan segar akan mengambil alih, dan proses ‘talent scouting’ akan dirancakkan.
Justeru hasrat sesetengah individu yang mahu melihat PBB berkubur, atau ditukar, adalah sesuatu yang harus ditolak. Harus ditanya, siapa mengusul? Dan kenapa mereka mengusul? Adakah mereka ahli parti? Atau golongan kecewa dalam parti.
Dalam menangani tsunami politik negara pada PRU14, yang dikhuatiri turut melanda Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang, PBB harus mengukuh diri. Benteng perlu diperkemas.
PBB sebagai parti tempatan jenama Sarawak perlu mengubah diri dengan lebih merakyat. Ya jenama ini perlu ditukar secepat mungkin.
Perlu untuknya membebaskan diri daripada bayangan Barisan Nasional, kerana ia tidak lagi relevan dalam konteks hari ini. Ya, tiada lagi BN.
Barisan Nasional ditubuhkan pada 1970 selepas Perikatan lebur pada 1969.
Dan selepas 48 tahun, BN pula yang lebur. Inilah masanya PBB dan parti-parti sekutu membina kekuatan baharu. Tidak perlu fraksi, tetapi mengukuh dalam sempadan Sarawak. Kedudukan ini pasti dapat memberikan suara yang kukuh.
Ini adalah pilihan terbaik, dan tidak salah. Kerana yang penting, PBB dapat mewakili nurani rakyat. Membangunkan Sarawak semampu mungkin, dan menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan.
Abang Johari pasti melihat pelbagai sudut sebelum pertimbangan ini dibawa ke tengah. Justeru biarlah kita sebagai rakyat bersabar, kerana pemimpin yang bijak tidak akan membuat keputusan terburu-buru. Marilah kita menanam keyakinan terhadap Ketua Menteri untuk membuat keputusan sebijak mungkin.
Pengalaman politik beliau pasti membantu dalam memastikan keputusan itu kelak tidak menjejaskan masa depan Sarawak.
Keluar daripada BN bukan bermakna kita kacang lupakan kulit. Juga tidak bermakna kita melupai jasa parti itu. Tetapi ia adalah langkah survival, kerana rakyat sudah sedar diri, betapa negeri ini boleh berdiri sendiri. Dan memesrai siapa yang menjadi kerajaan hari ini. –Sarawakvoice

Jumaat, 25 Mei 2018

Kerajaan Pertimbang Bantuan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam

Kementerian Kewangan akan mengusulkan cadangan kepada Perdana Menteri berkenaan bantuan Aidifitri yang bakal menjelang, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata cadangan itu akan diutarakan bagi membantu penjawat awam yang bergaji rendah untuk menyediakan persiapan menyambut Hari Raya.
“Untuk Hari Raya ini, ada yang bertanya (tentang bantuan), tapi saya harap tuan-tuan dan puan-puan bertimbang rasa kerana keadaan ekonomi (negara) yang kurang baik,” katanya ketika menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian itu, perhimpunan pertamanya selepas memegang jawatan berkenaan.
Lim juga berkata bantuan tersebut ditujukan kepada golongan berjawatan rendah, dan jumlah bantuan itu akan diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Kita cuba menonjolkan imej kepimpinan melalui teladan, kita tidak memotong gaji penjawat awam, sebaliknya gaji menteri kabinet dipotong sebanyak 10 peratus... ini dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pertama Pakatan Harapan.
“Dan mesej yang hendak kita sampaikan ialah ekonomi Malaysia berdepan dengan masalah kerana ketirisan dan penyelewangan wang yang terjadi sebelum ini,” katanya.
Lim menjelaskan bahawa kerajaan berdepan isu fiskal dan hutang negara, di mana kedudukan kewangan negara tidak selari dengan apa yang sebarkan kepada rakyat.
“Bagaimana pun, janji hendaklah dipegang teguh walaupun ia bertembung dengan posisi fiskal negara,” katanya, sambil menambah bahawa beliau akan menyatukan sistem dan laporan kewangan negara dalam minggu pertama menjalankan tugas sebagai menteri kewangan.
Laporan tersebut dijangka dapat memberi gambaran jelas mengenai prinsip asas ekonomi, dan tiada maklumat yang akan dirahsiakan.
“Kita juga akan meminta syarikat penarafan terkemuka seperti Pricewaterhouse Copper membantu kita dalam melancarkan lagi proses ini,” katanya.
Ini penting dalam mengimbangkan kedudukan fiskal negara dan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya ke-14.
Lim juga berharap Malaysia akan menjadi negara yang menerapkan aspek keusahawanan dan pada masa yang sama, menjaga kebajikan rakyatnya.
“Keusahawanan dan kebajikan boleh b erjalan selari, dan Pulau Pinang merupakan contoh pelaksanaannya yang berjaya,” katanya.
-Bernama

Kedudukan Parti Komponen Sarawak Dalam BN Dijangka Diketahui Selepas Aidilfitri — Abd Yakub


MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi nekad bekerja keras, khusus memperjuangkan isu menuntut hak Sarawak seperti termeterai dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Bagi Yakub, 72 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada 82 kerusi DUN, yang masih membentuk kerajaan di Sarawak bertanggungjawab menentukan hala tuju serta masa depan rakyat di negeri ini.
Bercakap pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Pejabat Daerah Mukah, Yakub berkata kerajaan Sarawak mesti memastikan hak rakyat negeri ini terus dibela.
Kerajaan Sarawak masih dikuasai suara majoriti komponen Parti Pesaka Bumiputera Berdatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kerajaan Persekutuan kini dikuasai Pakatan Harapan dengan kebanyakan negeri di Semanjung turut berubah kepemimpinan.
Yakub turut mengulas berkaitan pertimbangan semula kedudukan parti komponen ini dalam ikatan Barisan Nasional (BN).
Beliau menjangkakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Sarawak akan mengumumkan kedudukan parti komponen Sarawak ini selepas Aidilfitri. –Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT