Aidilfitri seperti yang kita tauk akan disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara tuk khususnya negeri Sarawak tuk sik ngira ugama dan keturunan. Masyarakat Melayu
rata-rata akan mengadakan rumah terbukak bagi meraikan tetamu dan tunggal menunggal
serta rakan taulan, jauh dan dekat. Macam-macam juadah nok diidang
bagi menjamu tetamu yang dinanti kehadirannya. Kebiasaannya sidak akan molah seminggu lepas beraya, pertengahan syawal dan dekat-dekat nak habis raya.
Pada asasnya, kita endiat amalan rumah terbukak 'Open House' sekadar pakei meraikan
rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang bertapok di sebalik amalan rumah terbukak tuk iaitu nya dapat
memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Urang bandar misalnya, sidaknya sikda banyak gilak masa pakei ngenal dengan lebih rapat jiran sidak disebabkan 'bizi' ngeja masa ngan kerjaya sidak.
Justeru, tradisi rumah terbukak secara sik langsung merapatkan hubungan
antara jiran tetangga. Masa tuklah peluang pakei sidak ngambil tauk , kenal sapa dan apa kerja jiran serta keluarga sidak. Era
globalisasi kinektuk udah banyak menjarakkan hubungan antara manusia ngan
kehadiran gajet yang canggih sampei seorang manusia ya sik bergaul agik ngan urang di sekeliling. Situasi macam tuklah amat susah maok
dibendung apatah agik 'bizi' ngan kerjaya dirikpun.
Jadi, amalan rumah terbukak tuk, sedikit sebanyak memberik ruang dan peluang sidak kejiranan pakei atlease kenal jiran sidaknya.
Kepada yg molah 'Open House' mulai arituk dan kelak2, selamat ber 'Open House'. Semoga majlis kitak urang semua 'Open House' kelak dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Cuma sigek jak dipintak... sikboh membazir okey...
Apa-apapun, Salam Edul Fitri 2018 kepada semua followers KMT yang setia selamak tuk mengikut perkembangan sama di Fb Page KMT maokpun Blog KMT tuk... Sampai jumpa lagik pada bulan syawal yang mulia akan datang.
Sekian, wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan