Khamis, 23 November 2017

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari tuk admin nak maok share pasal Rahsia Bulan Kelahiran yang dikaji oleh Yang Berbahagia Dato Dr Fadzillah Kamsah, Pakar Motivasi yang terkenal di Malaysia selama 25 tahun.

Tanpa berlengah agik, jom kita usha-usha ney tauk ada persamaan yang hampir semua atau serba sedikit sama Rahsia Bulan Kelahiran kita ya nak ow.. Juhhh...













Mungkin ada yang dalam senarai kajian berkenaan ngan Rahsia Bulan Kelahiran yang dipolah oleh Dato Fadzillah Kamsah tuk sama dengan apa yang kitak urang rasa. maybe sama 100% ataupun sedikit sama. Ya coma kebetulan jak sama sebenarnya... hihihi...

Apa yang penting...

Yang penting.. segala-gala apa yang ada dalam dunia tuk, semuanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Akhir sekali... semoga segala urusan kitak urang semua mujor joros... jiwa dan perasaan kitak urang semuanya senang dan tenang.. In Shaa Allah... Aaamiin...

Isnin, 20 November 2017

Landas Berjaya Takluk Gelaran Raja Sungai Sarawak 2017


KUCHING - Pasukan Landas yang sinonim dengan lumba perahu bukan sahaja berjaya merampas kembali gelaran Raja Sungai Regata Sarawak yang pernah dimenanginya pada kali terakhir tahun 2010, bahkan berjaya menakluki Sungai Sarawak selepas memenangi tempat pertama dan ketiga dalam satu perlumbaan sengit Regata Sarawak 2017 di sini, petang semalam.

Landas yang berazam merampas kembali kejuaraan Raja Sungai selepas tewas pada perlumbaan tahun lepas kepada Cahaya Zen 2, berjaya melakukannya pada perlumbaan kali ini menerusi Landas 11 dan Landas 31  dengan mempamerkan aksi bertenaga sejak dari garisan permulaan lagi.

Landas 11 yang memulakan perlumbaan di barisan ke 4 memulakan perlumbaan dengan bertenaga sambil diberikan saingan Yayasan Sarawak yang bermula di barisan 12.

Selepas memasuki jarak 100 meter, kedua-dua perahu telah rapat antara satu sama lain hingga menuju ke garisan penamat.

Sampai di garisan penamat, Landas 11 yang berjaya mengekalkan momentum akhirnya berjaya menjadi perahu pertama melepasi garisan penamat.  

Tempat kedua dimenangi perahu Yayasan Sarawak yang telah memberi saingan yang cukup sengit kepada Landas 11.

Perlumbaan sejauh 1,500 meter itu disertai 12 perahu dan merupakan acara yang ditunggu-tunggu orang ramai pada setiap kali Regata Sarawak berlangsung.

Sementara itu, dalam kategori VIP perahu yang dimiliki Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Di Pertua Negara Brunei Darulsalam Sultan Hasanal Bolkiah menepati ramalan apabila perahu baginda berjaya muncul juara.

Lebih menarik lagi, baginda Sultan Hasanal Bolkiah sendiri mengetuai pasukannya dalam perlumbaan ini suatu yang tidak pernah disaksikan di mana-mana kejohanan perlumbaan perahu panjang sebelum ini.

Manakala, perahu yang dimiliki Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak muncul naib juara dan tempat ketiga disandang perahu Timbalan Ketua Menteri Sarawak 3.

Selain baginda sultan, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg juga turut serta berkayuh menerusi perahu Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak.

Regata Sarawak yang dirasmikan pada 11 November lepas dan kemuncaknya pada Sabtu (semalam) dan hari ini berjaya mengamit lebih 10,000 orang pengunjung dan merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan yang menjadi tarikan di seluruh negeri Sarawak termasuk negara-negara jiran yang turut sama mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan.

Selain lumba perahu, turut diadakan di sepanjang Regata Sarawak itu ialah perlumbaan ‘Dragon Boat Eye-Dotting’, Festival Kraft dan ‘Sarawak Kitchen’ berenang di Sungai Sarawak, menangkap itik dan  banyak lagi.

Kredit: KLXpress Sarawak

Polis Berjaya Menangkap Pelajar Sekolah Kerana Memuat Naik Komen Ugutan Bunuh Terhadap Ketua Menteri Sarawak


KUCHING - Polis berjaya menangkap seorang pelajar sekolah yang berumur 14 tahun kerana disyaki telah memuat naik komen ugutan bunuh terhadap Ketua Menteri Sarawak di sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata suspek telah dibawa oleh ayahnya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPD) Kuching jam 2.30 petang Ahad (semalam) setelah mendapat tahu polis sedang mengesan anaknya.

"Polis telah merampas seunit telefon bimbit milik suspek yang dipercayai digunakan untuk memuat naik komen ugutan itu.

"Remaja itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil darinya," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, tujuh laporan polis telah diterima daripada individu dan pertubuhan yang berbeza selepas komen berunsur ugutan jenayah ke atas Ketua Menteri Sarawak telah dimuat naik seorang pemilik akaun facebook.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Kredit: KLXpress Sarawak

Jumaat, 17 November 2017

Jutawan Muntah Paus


SEORANG nelayan di Bengkulu, Indonesia, menjadi jutawan segera selepas menemui ketulan seperti lilin yang disangkanya sampah namun sebenarnya muntah ikan paus yang berharga ribuan ringgit satu kilogram.
Banjarmasin Post melaporkan, nelayan itu, Sukardi, dari Kabupaten Kaur, dikatakan sudah menjual 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkannya mendapat 3.3 bilion rupiah (kira-kira RM927,000).
Dia masih mempunyai 200 kilogram yang mahu dijualnya dengan harga 30 juta rupiah sekilogram yang akan memberinya enam bilion rupiah (RM1.85 juta).
Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.
Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta nilai sekarang) Pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623 niai sekarang).
Menurut laporan Kompas, Sukardi menemui muntah paus atau juga dikenali sebagai ambergis itu terapung di laut antara antara Pulau Dua dan Pulau Enggano pada 2 November lalu.
Menurutnya, dia menemui muntah paus berwarna putih itu berselerak di lautan ketika sedang menangkap ikan.
“Saya sangka objek putih ini sampah dan mengutip memasukkannya ke dalam bot kerana mahu membersihkan laut.
“Sampai di rumah, saya melayari Internet dan baru sedar ia adalah muntah paus yang mahal harganya,” katanya.
Menurutnya, ketika dipegang muntah paus itu terasa seperti lilin dan apabila dibakar, ia menyala dan cair seperti lilin.
Sejak berita penemuan muntah ikan paus itu tersebar, dia menerima banyak panggilan telefon daripada beberapa individu yang mahu membelinya.
“Saya masih simpan 200 kilogram di rumah dan bersedia menjual sekiranya ada yang menawarkan harga yang berpatutan,” jelasnya.

Info by AGENSI
Kredit: Harian Metro

Isnin, 13 November 2017

Laluan Sibu-Kapit Siap Pada Tahun 2019

Gambar sekadar hiasan
KUCHING: Laluan darat yang menghubungkan Sibu-Kapit akan siap sepenuhnya pada tahun 2019, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, laluan itu telah lebih separuh siap, dan jalan dari Kapit ke Kanowit telah pun siap sepenuhnya.

“Masih ada lagi beberapa kawasan tertentu yang belum siap pembinaannya, namun ia tidak menjejaskan kelancaran projek untuk siap mengikut jadual,” Datuk Seri Fadillah Yusof.

Info by Sarawak Voice

Jumaat, 10 November 2017

INFO KEKELUARGAAN: Pentingnya Hubungan Kekeluargaan Dipelihara

Gambar sekadar hiasan

SESUNGGUHNYA keimanan itu tidak boleh diwarisi dari seorang bapa kepada anaknya. Begitu juga kepada kaum kerabat serta mereka yang mempunyai tali persaudaraan dengannya.
Keimanan dan ketaqwaan merupakan hak individu dan ia akan dinilai oleh Allah SWT mengikut tahap pencapaian masing-masing. Orang yang beriman akan mendapat ganjaran pahala dan syurga sementara orang yang kufur akan mendapat azab siksaan Allah.
Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan amat penting dalam hidup kita. Walau bagaimanapun, hubungan ini akan terputus di akhirat sekiranya terputus hubungan akidah di antara mereka.
Pada ketika ini kaum kerabat dan anak-anak mereka tidak akan berguna kepadanya kerana tali hubungan yang mengikat mereka telah terputus.Hanya tali akidah sahaja boleh mengikat mereka di sisi Allah.
Realitinya ketika di dunia lagi kita boleh perhatikan kerenggangan hubungan kekeluargaan ini sekiranya salah seorang mereka memutuskan hubungan akidah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala tindakan mereka dan niat yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka.
Kesimpulan
Hubungan kekeluargaan dan tali persaudaraan yang teguh amat penting dalam kehidupan kita seharian. Walau bagaimanapun, hubungan ini boleh terputus sekiranya salah seorang daripadanya memutuskan hubungan akidah di antara mereka.
Sekiranya perkara ini terjadi,maka terpisahlah hubungan ibu, bapa, anak-anak serta kaum keluarga yang lain. Ini bermakna mereka tidak dapat mendatangkan apa-apa faedah yang boleh membantu antara satu sama lain ketika di akhirat kelak.
Justeru itu marilah kita bersama-sama saling bantu membantu dalam usaha memelihara akidah di kalangan anggota keluarga khususnya dan keseluruhan umat Islam amnya.

Khamis, 2 November 2017

Menurut Kajian, Hidu Kentut Suami Boleh Panjangkan Umur Isteri


Kentut adalah suatu lumrah kehidupan untuk semua manusia. Malah ada sesetengah orang yang kentut lebih daripada sepuluh kali sehari.
Anda akan merasakan satu nikmat yang susah untuk dibayangkan setelah anda melepaskan kentut yang sangat kuat. Isunya sekarang ialah, situasi selepas kentut anda dilepaskan – apabila kentut anda menghasilkan bau yang busuk dan dibiarkan “terapung” di udara untuk di bau.
Menurut satu kajian, menghidu kentut suami akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia.
Selain itu, kajian baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria. 
Kesimpulannya, biarlah kentut anda keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan sesekali anda takut dan malu di samping isteri kerana pada hakikatnya, ia dapat membantu menjaga kesihatan isteri anda.
Sumber: khalifahmedia.com

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT