KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau 'perigee', iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi pada Isnin depan.Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan di sini berkata, fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas."Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. Orang ramai perlu mengambil kesempatan menyaksikannya kerana ia dijangka berlaku 18 tahun akan datang," demikian menurut Angkasa.Kenyataan itu turut menyebut bahawa fenomena Supermoon pada Isnin ini akan berlaku pukul 7.24 malam dan seterusnya berada pada fasa penuh atau purnama pada 9.54 malam. "Keadaan bulan di kedudukan perigee ketika fasa purnama menyebabkan bulan kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan biasa. Bagaimanapun, saiz fizikal bulan sebenarnya tidak berubah sama sekali," menurut kenyataan itu.Orang ramai boleh melayari laman sesawang, Facebook dan Twitter Angkasa untuk mendapatkan maklumat lanjut serta berkongsi koleksi imej berkaitan Supermoon. -Bernama
Sabtu, 12 November 2016
Fenomena Supermoon Terbesar Isnin Ini

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan