Rabu, 29 Jun 2016

[KLASIK!] BEGINILAH KAD RAYA ZAMAN DAHULU YANG ANDA TAK PERNAH LIHAT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini nak kongsikan gambar-gambar kad hari raya zaman dahulu kala.

Rasanya ramai yang menyedari sudah beberapa tahun tradisi kad raya sudah semakin lenyap daripada dilakukan oleh masyarakat kita yang menyambut hari raya setiap tahun. Pernahkah anda melihat kad raya pada zaman dahulu? Jom tengok ni...

















Kalau dulu, kad raya adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu sampai dirumah oleh penghantar surat. Kini amalan ini telah dilupai...

Semuanya telah menjadi kenang-kenangan... Wallahu'alam...

Kredit: Tao Tau Jer

Isnin, 27 Jun 2016

Repost1: Lagenda Batu Buaya

"Tahukah Anda?"

[Lagenda Batu Buaya]

Batu Buaya

Ianya terletak di Santubong dan diberi nama sedemikian kerana ia kelihatan seperti kepala buaya. Menurut legenda, terdapat seekor buaya gergasi telah mengganas di Sarawak. Dikatakan Datuk Merpati telah memenggal kepala buaya tersebut dan menyumpah kepala buaya itu menjadi batu. Batu Buaya ini penuh dengan kaitan sejarah dan juga legenda, seperti ketibaan Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang. Dua puteri itu dikatakan tiba di Batu Buaya selepas berlayar keluar dari Brunei. Begitu juga dengan kisah mangkatnya satu-satunya sultan di Sarawak iaitu Sultan Tengah. Setelah kembali dari Matan, Sultan Tengah berhenti di Batu Buaya dan di tempat itulah baginda dibunuh oleh pengikut yang khianat.

Jumaat, 24 Jun 2016

Rampasan Gajet Tiruan Pertama Seumpamanya di Sarawak


MIRI: Sejumlah 37 unit telefon bimbit, tablet dan ‘power bank’ tiruan menggunakan jenama Samsung bernilai RM17,012 berjaya dirampas melalui serbuan yang diadakan di sini semalam.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Abdul Hafidz A. Rahim berkata, rampasan terbabit merupakan yang pertama di Sarawak tahun ini membabitkan tiga premis di sekitar Miri dalam serbuan berasingan yang dilakukan pada jam 11.50 pagi.
“Tiga pasukan disertai 10 pegawai membuat pemeriksaan di tiga premis masing-masing di kawasan Beautiful Jade Centre, Jalan Brooke dan China Street.
“Hasil serbuan tersebut mendapati penjual meletak harga tiruan terbabit sama dengan harga asli jenama Samsung termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi meyakinkan pembeli bahawa produk yang dijual asli,” katanya pada sidang media di sini, petang semalam.
Menurut Hafidz, pihak Samsung telah melakukan risikan sendiri sebelum memaklumkan kepada pihak KPDNKK.
Katanya melalui hasil risikan terbabit, KPDNKK telah mendapati produk yang dijual adalah tiruan seperti yang dilaporkan dan premis yang menjual dipercayai telah beroperasi lebih enam bulan.
“Kita kini sedang menyiasat dari mana mereka mendapatkan bekalan tiruan berkenaan dan dari mana bekalan terbabit dibawa masuk ke Sarawak,” ujarnya.
Jelas beliau, jika disabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya mengikut Akta Perihal Dagangan 2011, Seksyen (5) 1(b).
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pengguna agar berhati-hati ketika membeli telefon bimbit dan memastikan terlebih dahulu sama ada ianya asli atau tiruan.
“Pastikan juga anda sebagai pembeli diberikan tempoh jaminan (Warranty Card) oleh penjual untuk mendapatkan pengesahan produk dibeli adalah yang asli,” katanya.
Tambahnya, KPDNKK memandang serius terhadap kegiatan berkenaan dan akan terus membanterasnya bagi tujuan melindungi harta intelek.

Kredit: The Borneo Post Online

Khamis, 23 Jun 2016

Wanita OKU maut dipercayai jatuh dari tingkat dua

KUCHING: Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat dua sebuah bangunan kedai yang baharu siap dibina di Pending di sini, semalam.
Mangsa dikenali sebagai Jong berusia 52 tahun dan berasal dari Jalan Pending.
Menurut ahli keluarga mangsa yang ditemui di tempat kejadian, mangsa kali terakhir dilihat pada jam 11 pagi dan ketika itu mangsa masih berada di rumah mereka.
“Dia (mangsa) sudah lebih 20 tahun memegang kad OKU kerana mengalami masalah mental dan kali terakhir dia dilihat hari ini (semalam) pada jam 11 pagi sebelum saya keluar untuk bekerja,” katanya.
Difahamkan, mangsa ditemui oleh orang awam dalam keadaan tertiarap di tempat letak kereta bangunan kedai berkenaan yang terus menghubungi pihak polis.
“Sebelum ini kami sering melihat dia datang ke sini dan pernah dinasihatkan agar berhati-hati kerana dia mengalami masalah mental,” kata seorang pekerja di bangunan tersebut.
Beberapa pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dikerahkan ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuching DSP Lim Bhak Phai.
“Dipercayai mangsa terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan kerana didapati hanya di aras tersebut sahaja terdapat bahagian yang tidak bercermin.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut pihak polis di tempat kejadian masih dijalankan,” kata sumber.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Info by Borneo Post Online

Jumaat, 17 Jun 2016

Cartoon Legend: Wile E. Coyote dan Road Runner

 Assalamualaikum dan Salam Jumaat...

Hari tuk nak ngimbau kembali saat-saat remaja dolok marek yang suka nangga cite katon terutama sekali cite katon tuk 'Road Runner' dengan bunyi-bunyiannya yang 'rare'. Dolok-dolok nang selalu endiat cite karton tuk, tapi kinektuk dah jarang malah sikda gik keluar di kaca tv. Mun diingat balit, nang femes cite katon tuk dolok marek uuuu... Tapi kinektuk... kenangan hanyalah tinggal kenangan...
Apa-apapun, jom baca sedikit sebanyak artikel mengenai sejarah penciptaan cite karton tuk... Mun di diat artikel tuk, nang lejen la... coz lamak dah cite tuk di tayangkan sejak tahun 1952 lagik... #NangNostalgia... Jom mentelaah..


SEJARAHNYA BERMULA DISINI...



Wile E. Coyote (dikenali hanya sebagai "Coyote") dan Road Runner merupakan pasangan watak kartun dari siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies. Watak-watak ini dicipta oleh pengarah animasi Chuck Jones pada tahun 1948 untuk Warner Bros., sementara templat pengembaraan mereka adalah hasil kerja penulis Michael Maltese.

Dalam setiap episod, Coyote banyak bergantung kepada pendekatan yang keterlaluan tetapi teliti (selalunya banyak menggunakan senjata, bahan letupan serta perangkap) dan bukannya pancainderanya untuk menangkap mangsanya itu. Premis utama siri kartun yang melibatkan mereka ialah "senjata makan tuan", di mana senjata yang digunakan sering kali gagal dalam keadaan yang memalukan.

Walaupun Coyote secara amnya senyap dalam kebanyakan kartun pendek Coyote-Road Runner, dia ada kalanya bercakap dengan loghat peringkat tinggi, dengan memperkenalkan dirinya sebagai "Wile E. Coyote - super genius", suaranya dilakonkan oleh Mel Blanc.[1] Road Runner hanya mengeluarkan bunyi "Beep, Beep" (sebenarnya lebih kepada "Meep, Meep"), serta bunyi menjelir lidah. Bunyi "Beep, Beep" tersebut dilakonkan oleh Paul Julian.[2]

Setakat ini, sebanyak 48 episod kartun yang dihasilkan dengan menampilkan kedua-dua watak tersebut (termasuk tiga kartun CGI pendek); kebanyakannya dihasilkan oleh Chuck Jones.

  

CIPTAAN
Jones mereka watak Coyote berasaskan buku Mark Twain berjudul Roughing It,[3]. Jones berkata dia mencipta kartun Coyote-Road Runner sebagai parodi kepada kartun "kucing dan tikus" tradisional seperti Tom and Jerry, yang, ironinya, Jones sendiri turut menjadi pengarahnya lama kemudian.[4]

Nama "Wile E." Coyote sememangnya permainan kata bagi perkataan Inggeris "wily" yang bermaksud "licik". Huruf "E" dikatakan kependekan kepada Ethelbert dalam satu itu buku komik Looney Tunes; tetapi satu isu sahaja, di mana penulisnya tidak berniat untuk mencipta nama tengahnya.[5] Nama keluarga Coyote disebut dengan "e" panjang (/kaɪˈoʊtiː/ ky-OH-tee), tetapi dalam satu kartun pendek, To Hare Is Human, Wile menyebutnya dengan diftong (/kaɪˈoʊteɪ/ ky-OH-tay). Lembaran model terawal bagi watak tersebut sebelum penampilan sulung rasminya (dalam Fast and Furry-ous) memperkenalkan dirinya sebagai "Don Coyote", permainan nama Don Quixote.[6]

 Oklah... setakat ya jaklah artikel mengenai cite karton tuk k... Jumpa lagi dilain catatan... tungguuu...

Rabu, 15 Jun 2016

Tahukah Anda Sejarah Kasut Warrior?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apa khabar semua? Posa arituk tek? Alhamdulillah...

Dah seminggu sik updated blog KMT tuk gara-gara bizi ngan fb page.. hihihi.. Alangkah indahnya mun bila kita updated FB Page sistem terus auto updated di blog kita sama dengan kita updated di fb page. kan...kan... hihihih...

Okeylah ya intro ajak tek....

Maok cerita pasal kasut yang selalu dipakey sekolah dolok marek yang juak glemer dipakai sidak sukan main sepak takraw... hihihih masih ingat... Nang lejen kasut ya ndak giya?
Tahukah Anda Sejarah Kasut Warrior?

Jenama Warrior "Hui Li" didaftar pada tahun 1935 ketika Syarikat Shanghai Zhengtai memperluaskan perniagaan getah ke pasaran kasut sukan. "Hui Li" diterjemahkan, merujuk pada kekuatan untuk mengatasi kesulitan, jenama digunakan oleh Syarikat Shanghai Zhengtai untuk mengelakkan muflis pada zaman itu. Pada Awalnya Kasut Warrior dicipta khas untuk Atlet sukan China, menjelang tahun 60-an, 70-an dan awal 80-an. Kasut Warrior dipakai hampir seluruh rakyat jelata (semua golongan) di Negara China. Selepas Negara China membuka ekonominya kepada dunia barat, jenama Warrior menjadi terkenal di Eropah dan juga di Amerika Syarikat.

Nah, betapa lejennya jenam kasut tuk!!!


SAPA PERNAH MAKEY KASUT JENAMA "WARRIOR" TIME SEKOLAH DOLOK MAREK? HANYA YANG MINAT MAIN TAKRAW, JAK TAUK BETAPA BESTNYA MAKEY KASUT GETAH TUK!!!

Okeylah....

Setakat tuk jaklah informasi mengenai Kasut Warrior dulu pernah menjadi kegilaan ramai orang untuk memilikinya...

Sekian, wassalam... 

Rabu, 8 Jun 2016

TOK NAN Dahului 82 ADUN Angkat Sumpah

ANGKAT SUMPAH: Adenan mengangkat sumpah sebagai ADUN Tanjung Datu di DUN semalam.
KUCHING: Semua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) 7 Mei lalu mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Majlis angkat sumpah bermula jam 9 pagi didahului oleh Ketua Menteri yang juga ADUN Tanjung Datu, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem disusuli tiga timbalannya iaitu ADUN Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Baleh Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di hadapan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Turut mengangkat sumpah ialah seramai 68 wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) termasuk 10 pembangkang iaitu tujuh dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan tiga (PKR).
Majlis angkat sumpah 82 ADUN terlibat diadakan bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 15 Jun depan.
Mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Ke-18 itu juga menyaksikan seramai 29 ADUN membuat penampilan sulung.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan merasmikan pembukaan Persidangan DUN hari ini.

Kredit: The Borneo Post

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT