Rabu, 8 Jun 2016

TOK NAN Dahului 82 ADUN Angkat Sumpah

ANGKAT SUMPAH: Adenan mengangkat sumpah sebagai ADUN Tanjung Datu di DUN semalam.
KUCHING: Semua 82 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menang pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11) 7 Mei lalu mengangkat sumpah di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.
Majlis angkat sumpah bermula jam 9 pagi didahului oleh Ketua Menteri yang juga ADUN Tanjung Datu, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem disusuli tiga timbalannya iaitu ADUN Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas, ADUN Baleh Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing dan ADUN Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg di hadapan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar.
Turut mengangkat sumpah ialah seramai 68 wakil rakyat dari Barisan Nasional (BN) termasuk 10 pembangkang iaitu tujuh dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan tiga (PKR).
Majlis angkat sumpah 82 ADUN terlibat diadakan bagi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual berlangsung pada 7 hingga 15 Jun depan.
Mesyuarat pertama bagi penggal pertama DUN Ke-18 itu juga menyaksikan seramai 29 ADUN membuat penampilan sulung.
Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan merasmikan pembukaan Persidangan DUN hari ini.

Kredit: The Borneo Post

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT