Khamis, 30 Ogos 2012

4,000 KAMPUNG TANPA WAYAR (KTW) AKHIR TAHUN 2012

 
         KUALA LUMPUR 22 Nov 2011. - Kira-kira 4,000 Kampung Tanpa Wayar (KTW) akan diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun 2012.
          Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini terdapat 1,400 KTW di Perlis, Sabah dan Sarawak.
        "Bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan Internet, kita sedang dalam proses untuk membina menara elektronik di Sabah dan Sarawak.
        "Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan kemudahan teknologi kepada semua rakyat.

ARKIB 22/11/2011
Utusan Malaysia

 
The others link yang bersangku paut:
 
 
Created by
Panglima Hitam
TMTL
TABUAN MELAYU THE LEGEND
KHAMIS(4.00 am)/30/08/2012

Isnin, 27 Ogos 2012

KIBAR JALUR GEMILANG BUKTI IDENTITI SEBENAR MASYARAKAT MAJMUK

 
 
KUCHING: Rakyat khususnya di negeri ini digesa mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.
      Perkara itu ditegaskan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri yang memberitahu ia penting bagi menunjukkan identiti sebenar keutuhan perpaduan rakyat Malaysia walaupun hidup dalam masyarakat majmuk.
     Jelasnya, untuk itu ia memerlukan kerjasama semua pihak untuk memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan dengan mengibarkan bendera Malaysia di setiap kediaman dan kawasan masing-masing.
     “Kita perlu mengibar Jalur Gemilang bagi menunjukkan identiti kita sebagai orang Malaysia yang hidup dalam perpaduan rakyatnya walaupun berbilang kaum.
“Jadi peranan ini perlu dilakukan oleh semua peringkat masyarakat terutama pemimpin-pemimpin di peringkat kampung, badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin politik dan juga wakil-wakil jabatan untuk memberi kesedaran terutamanya dalam kalangan generasi muda,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di kediamannya di Jalan Matang Baru di sini semalam.
     Nancy berkata, amalan ziarah-menziarahi pada musim Hari Raya Aidilfitri harus dimanfaatkan untuk mengukuhkan lagi perpaduan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama bagi mengekalkan keharmonian rakyatnya.
   “Sambil kita meraikan Hari Raya Aidilfitri, kita juga menyambut Hari Kemerdekaan dan ini satu peluang terbaik untuk kita menunjukkan perpaduan kita dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya di Sarawak ini,” kata Nancy lagi.
Pada masa sama, beliau memberitahu dengan mengibarkan Jalur Gemilang ia dapat menunjukkan kesetiaan terhadap negara Malaysia.
   “Pada zaman dahulu kita meraikan kemerdekaan negara dari penjajahan dan sekarang kita sudah tidak dijajah jadi apa yang perlu lakukan sebagai rakyat Malaysia yang menyayangi negara, kita perlu menunjukkan perpaduan supaya tidak berlaku perpecahan dalam kalangan kaum atau bangsa yang ada di negara ini.
   “Bagi menunjukkan kesetiaan, kita perlu mengibarkan Jalur Gemilang dan ini juga satu peluang kita menunjukkan kesamaan kita tanpa mengira kefahaman politik atau apa sahaja,” tegasnya.
Justeru, beliau berharap rakyat di negera ini khususnya di Sarawak terus mempertahankan perpaduan dan keharmonian bagi mengekalkan toleransi masyarakatnya yang berbilang kaum.




Ahad, 26 Ogos 2012

MOK TAUK APA NOK DIKATE 'MERDEKA TOK'?

                Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
                Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
                Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.
Fail:Yang depertuan agong.jpg
                         Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
                                   dibawa menyaksikan perbarisan ketika Hari Kebangsaan Tanah Melayu 1958
 
TEMA
Nok tok adalah tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kinek tok.
Tahun Tema
Muhibah dan Perpaduan
Masyarakat Progresif
Masyarakat Adil
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Masyarakat Berdikari
Ketahanan Rakyat
20 Tahun Bersatu Maju
Kebudayaan Seni Perpaduan
Bersatu Berdisiplin
Berdisiplin Berbakti
Berdisiplin Berharmoni
Berdisiplin Giat Maju
Bersama ke Arah Kemajuan
Amanah Asas Kejayaan
Nasionalisme Teras Perpaduan
Bangsa Tegas Negara Teguh
Setia Bersatu Berusaha Maju
Bersatu
Berjaya
Wawasan Asas Kejayaan
Bersatu Menuju Wawasan
Nilai Murni Jayakan Wawasan
Jatidiri Penggerak Wawasan
Budaya Penentu Kecapaian
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
Negara Kita Tanggungjawab Kita
Bersatu Ke Alaf Baru
Malaysiaku Gemilang
Perpaduan Teras Kejayaan
1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
1Malaysia Menjana Tranformasi
1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
1Malaysia. Janji Ditepati.
 
 
 
MERDEKA..!!! MERDEKA..!!! MERDEKA..!!!
 
 
Created by,
Panglima Hitam
TMTL
1135mlm/26 Ogos 2012


Sabtu, 25 Ogos 2012

SEBAHAGIAN PERMASALAHAN DLM KPG TMTL YANG SUDAH DAN BELUM DISELESAIKAN


         Sila tambah/komen/cadangkan mengenai permasalahan dalam Kpg TMTL.Sebarang komen/cadangan/penambahan amatlah dialu2kan dan jutaan terima kasih diucapkan di atas kesudian anda tersebut utk berbuat demikian.
 
TMTL BOLEH!
 
Created by,
Panglima Hitam
TMTL Blogpun Admin
4.30am(25/08/2012)

TABUAN DAPAT PERUNTUKAN LEBIH RM400 RIBU..TAHNIAH!!!

 

*JANJI DITEPATI..  APA KOMEN ANDA WAHAI WARGA TMTL SEKALIAN..-SALAM-



Created by,
Panglima Hitam
TMTL Blogpun Admin
3.25 am(25/08/2012)

Rabu, 22 Ogos 2012

Isnin, 20 Ogos 2012

BORANGPENDAFTARAN AHLI TMTL


PENDAFTARAN TERBUKA KEPADA SELURUH KAMPUNG TABUAN MELAYU THE LEGEND.SESIAPA YANG BERMINAT SILA PRINT & ISI BORANG PENDAFTARAN TERSEBUTATAUPUN BORANG PERMOHONAN TERSEBUT JUGA BOLEH DIPEROLEHI DI LAMAN FACEBOOK. UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA INFORM KEPADA ADMIN BLOG INI @PUN ADMIN2 DI FACEBOOK.

ATAU EMAILKAN BORANG PENDAFTARAN TERSEBUT YG TELAH DIISI DI tabuanmelayuthelagend@gmail.com

CEPAT2..JANGAN TUNGGU LAMAK2..DAFTAR SEKARANG UTK AKTIVITI2 & PROGRAM YG MENARIK YANG AKAN DILAKSANAKAN KELAK OLEH TMTL..INSYA ALLAH..




CREATED BY,

Panglima Hitam
@TMTL
TABUAN MELAYU THE LEGEND



Sabtu, 18 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA WARGA TMTL

Bila ada kata terselip dusta,bila ada duga membalut duka dan bila ada sikap menoreh luka semoga masih ada maaf yang tersisa.Minal aidin wal faizin,mohon maaf zahir & batin.

Hanya ini yang bisa menyambung tali silaturohim serta memohonkan maaf. Minal Aidin Wal Faizin 1433H, Mohon maaf Zahir & Batin.

Minal aidin wal faizin 1433H mohon maaf atas segala dosa & kesalahan.

Tiada hadiah yg dpt dibingkiskan,tiada bingkisan yg dpt dikirimkan,tiada kata indah yg dpt dirangkaikan selain ucapan minal aidin wal faizin 1433H.Mohon maaf zahir & batin…

Bila ada lisan yg tak terjaga,ada janji yg terabaikan,ada hati yg berprasangka & ada tingkah yg menoreh luka, SELAMAT HARI RAYA IDHUL FITRI 1433H.Minal aidhin wal faidzin,mohon maaf zahir & batin.

Saat berkata mungkin pernah berdusta,saat berjanji mungkin pernah mengingkari,saat bercanda mungkin pernah menyakiti.Tiada manusia yg suci seperti Nabi.Kesempurnaan hanya milik Illahi…kekurangan & kekhilafan milik insani dan hanya ingin meminta maaf dgn setulus hati atas khilaf & salah yg mungkin menoreh luka dihati.Semoga dihari yg fitri ini kita semua menjadi insan yg kembali suci.Minal aidhin wal faidzin.mohon maaf zahir & batin.

Bulan suci telah berlalu ,Hari kemenangan yg fitri telah tiba .Walau wajah tak menatap,tangan tak menjabat,bibir tak terucap,Setulus hati memohon maaf zahir & batin atas segala sikap yg cela lisan yg tak terjaga,janji yg terabaikan & segala khilaf baik sengaja/tdk, bagi mengucapkan minal aidin wal faizin.mohon maaf zahir & batin.

Tak selamanya hati seputih awan dan tak selamanya jiwa sebening embun bila mulut selalu berucap & tangan selalu berbuat terimalah maaf walau tak sempat berjabat tangan.Minal aidin wal faizin,mohon maaf zahir & batin.

Matahari berdzikir, angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir & Batin.

Setelah puasa digenapkan seiring takbir dikumandangkan & ketupat dihidangkan,dengan ucapan Selamat Idul fitri 1433H.Mohon maaf zahir & batin.Semoga ibadah kita diterima Allah swt.Aminnn..

Allahu Akbar….3X Allahu Akbar Wa Lillahilham.Selamat Idul Fitri 1433H. Mohon Maaf Zahir & Batin.

Ikhlas Daripada
TMTL
TABUAN MELAYU THE LEGEND

Khamis, 16 Ogos 2012

PARLIMEN SANTUBONG BAKAL MEMILIKI 3 KLINIK KESIHATAN 1MALAYSIA

KUCHING: Parlimen Santubong bakal memiliki tiga Klinik Kesihatan 1Malaysia dengan melibatkan lokaliti di ketiga-tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kampung Tabuan Melayu (DUN Demak Laut), Kampung Bintawa Melayu (DUN Pantai Damai) dan di kawasan Sebat (DUN Tanjung Datu).

Ahli Parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pembinaan ketiga-tiga klinik tersebut telah diluluskan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai baru-baru ini.
“Beliau (Liow) telah mengadakan perjumpaan dengan saya pada 9 April lepas dan memberitahu bahawa cadangan saya untuk pembinaan tiga Klinik Kesihatan 1Malaysia di Parlimen Santubong telah diluluskan.

“Ini adalah berita gembira untuk semua rakyat di konstituensi Santubong dan saya berharap kemudahan ini akan memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai bangsa dan agama di kawasan terlibat sekali gus mengelakkan kesesakan di klinik kerajaan yang lain,” katanya.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Wan Junaidi ketika berucap pada majlis ‘Lan Minum Petang Ngan Datuk Wan Junaidi’ bersama penduduk Kampung Tabuan Lot, di sini semalam.

Wan Junaidi yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata, tapak untuk Klinik 1Malaysia di Tabuan Melayu dan Bintawa Melayu sudah pun dikenal pasti.

“Bagi Kampung Tabuan Melayu, saya mencadangkan supaya ia (Klinik 1Malaysia) dibina bersama dengan Klinik Ibu dan Anak memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi di kawasan tersebut dan juga kedudukan tapak klinik yang luas serta selesa.

“Klinik 1Malaysia untuk Tabuan Melayu dan Bintawa Melayu dijangka akan mula beroperasi pada bulan Jun 2012,” katanya.

Bagaimanapun, bagi kawasan Tanjung Datu, Wan Junaidi berkata ia dijangka bermula agak lewat kerana masih dalam proses mengenal pasti tapak yang sesuai.

Klinik 1Malaysia baharu diusahakan oleh Wan Junaidi pada April ini namun bertuah kerana mendapat kelulusan segera adalah susulan daripada kejayaan beliau membangunkan konstituensinya.

Sejak awal 2011 hingga Mac 2012, Wan Junaidi hanya memfokuskan untuk mendapatkan peruntukan bagi pembinaan 121 projek infrastruktur asas seperti pembinaan jeti pejalan kaki, jalan premix kampung, parit dan saliran air serta banyak lagi dengan nilai hampir RM16 juta.

Selain itu, beliau juga berjaya mendapatkan peruntukan untuk bina baharu dan naik taraf sebanyak 30 masjid dan surau yang bernilai RM10 juta.

Sementara, pada majlis santai anjuran JKKK, PBB dan Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot yang diadakan di Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot, Wan Junaidi turut menyampaikan peruntukan sebanyak RM150,000 untuk membekal lampu, bekalan air dan elektrik serta kerja naik taraf di dewan Kampung Tabuan Lot.

Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM83,000 untuk menaik taraf dan pendawaian elektrik baharu bagi Surau Darussalam Kampung Tabuan Lot.
 
Sumber:namaberita.com
23 APRIL 2012

Selasa, 14 Ogos 2012

MUN TOK POSA TERAKHIR

WAHAI DIRIK.. RENUNGLAH KAWU NGAN NASIB KAWU..
WAHAI QALBU.. SEDARLAH KAWU AKAN GERAK HATI..
WAHAI AKAL.. TERPIKIR SIK KAWU AKAN APA YANG BAKAL TERJADI

ANDAI TOK POSA YANG TERAKHIR KALI
BUAT KAWU SEKUJUR JASAD YANG BAKAL BERLALU PEGI..
TATKALA USIA BERNOKTAH RAH UJUNG KEHIDUPAN DUNIAWI
BILA TIBA SAAT TEPAT SEPERTI YANG DI JANJI ILAHI
KEMATIAN.. ADALAH SIGEK YG PASTI.

ANDAI KAWU TAUK TOK POSA TERAKHIR
TENTU SIANGNYA KAWU SIBOK BERJIKIR
BIARPUN ANAK TEKAK KERING KEHAUSAN AIK..
TENTU KAWU SIK AKAN JEMU MELAGUKAN
SYAIR RINDU MENDAYU..MERAYU.. KEPADANYA TUHAN YANG SATU..

ANDAI KAWU TAUK TOK POSA TERAKHIR
TENTU SOLAT KAWU KERJAKAN DI AWAL WAKTU
SOLAT NOK DIKERJA KO..
SUNGGUH KHUSYUK LAGIK TAWADHU'
TUBUH, UTAK NGAN QALBU
BERSATU MEMPERHAMBA DIRI
MENGHADAP RABBUL JALIL, MENANGIS KECURANGAN JANJI..
'INNASOLATI WANUSUKI WAMAHYAYA WAMAMATI LILLAHIRABBIL ALAMIN'
(SESUNGGUNYA SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU DAN MATIKU..KUSERAHKAN
HANYA KEPADA ALLAH TUHAN SERU SEKALIAN ALAM)

ANDAI KAWU TAUK TOK POSA TERAKHIR
SIK AKAN KAWU PERSIAKAN WALAU SESAAT YANG BERLALU
SETIAP MASA SIK AKAN DIPERSIAKAN KEDAK YA AJAK
DI SETIAP KESEMPATAN JUAK MASA YANG TERLUANG
ALUNAN AL-QURAN BAKAL KAWU DENDANG..
BAKAL KAWU SYAIRKAN..

ANDAI KAWU TAUK INI POSA TERAKHIR
TENTU MALAMMU ENGKAU SIBUKKAN DENGAN PESTA-PESTAAN
BERTERAWIH.. BERQIAMULAIL..BERTAHAJUD..
MENGADU.. MERINTIH..MEMINTA BELAS KASIH..

SESUNGGUHNYA AKU SIK LAYAK UNTUK KE SYURGA MU
TAPI AKU JUGA SIK SANGGUP UTK KE NERAKAMU
OLEH ITU DUHAI ILAHI KASIHANILAH DAKU HAMBAMU INI

ANDAI KAWU TAUK TOK POSA TERAKHIR
TENTU DIRI KAWU SIKKAN LUPAK MEREKA YANG TERSYANG
JOMMM.. KE SITOK KITA MERIAHKAN POSA
KITA BURU.. KITA CARIK.. SIGEK MALAM IDAMAN
YANG LEBIH BERKAT DARI SERIBU BULAN

ANDAILAH TOK POSA TERAKHIRR...


Isnin, 13 Ogos 2012

JERAYA OH! JERAYA..BANGGANYA AKU DENGANMU!!!


           ASSALAMUALAIKUM... WBT.. PENAT LELAH ENCARIK NOK K SUNGKEY TADIK EH NGAN MYWIFE.. PAS GI UMAH FAMILY DI TEBUAN DARAT YA TADIK LALU SINGGAH BAZAAR RAMADHAN KAT AREA SURO LAMAK SIK JAUH NGAN KPG SELIPAR PUTUS, SAMBIL NUNGGU   MY WIFE CARIK JUADAH K SUNGKEY PETANG TOK,SAMBIL YA ENDIAT SEKITAR JERAYA KITA SIA... MEMANG LAJU2LA KETA LIMPAS NGAN LORINYA BESAR2.. ADUHAI!!!!.. NGAN SIK SEMENA-MENA,AKU NDIAT 2 ORG NEMBIAK.. ANAK2 TMTL YA.. KUANG2 KUIT SIA SITOK.. BEREKOT2.. NISIK DULI KETA LALU LALANG SIA.. NEY TUJU MAKBAPAK SIDAKNYA OW? EE.. GELIK NYAWA AKU EH..
           JERAYA OH! JERAYA... MAKIN BESAR KAWU TOK MAKIN DANGERRRRR!!!! AKU RASE, PIHAK BERWAJIB PATUT POLAH SIGEK INISIATIF UTK JALAN SIMPANG SELIPAR PUTUS YAAA!!! POLAH JEJANTASKAH ATAU LAMPU ISYARAT. BUKANNYA APA, UTK KEPENTINGAN WARGA TMTL BAGI MEMUDAHKAN NYEBERANG JALAN TERUTAMANYA ANAK2 TMTL & JEMAAH2 SURO YG DARI SURO LAMAK NOK GI SURO BARU KAT SELIPAR PUTUS YAa...
           AKHIR KALAM.. HARAP CATATAN KALI TOK DI AMBIK KIRA OLEH PIHAK YG BERWAJIB UTK TINDAKAN SEWAJARNYA UTK KEPENTINGAN BERSAMA. JUGA KEPADA WARGA TMTL YANG INGIN NYEBERANG JALAN SAMA JUAK NGAN TRAFIK LIGHT RAH DEPAN SIMPANG MASUK TMTL NUN,BERHATI2LAH KITA OWG SEMENTARA SIDAK2 BERWAJIB TOK NYELESEY HAL2 BERBANGKIT DI TMTL TOK..SAPA2 YG ADA ANAK YA, TANGGA2KAN,PANTAUKAN SUPAYA JGN BERMAIN DIJERAYA.. HOPE SABARLA WARGA TMTL YANG DISAYANGI... SALAM

<<TABUAN MELAYU THE LEGEND>>



Ahad, 12 Ogos 2012

KASIHI DAN SAYANGILAH IBUBAPA DENGAN SEPENUH HATI

 
          'SYURGA DEBAH TELAPAK KAKI IBU', nok yalah ungkapan yang kita owg sering nengar sejak kita kecil dan sejauh mana kita dah menghargai jasa seorang wanita yang telah menjaga dan mendidik kita dari kecil itu? Kita mungkin kenal diriknya sejak dari kita lagi, namun apakah kita dah mena-mena paham hatinya, mena-mena paham kehendaknya? Kita mungkin mampu beriknya hadiah setiap tahun dan juga mungkin beriknya apa saja, namun apakah nok ya dah cukup ngan kehendak hatinya? Apakah kita dah nengar segala keluhan hatinya? Kerinduannya? Kesunyiannya? Pernahkah kita ngambil tauk semua ya? Kita sebagai anak-anak kadang-kadang sik pernah ngambik endah tentang apa yang dimaok dan diperlukan oleh Ibu kita, kadang - kadang kita terlupak bahawa kini nya(mak) sunyik dan mengharapkan kita untuk bersama ngannya. Namun pernahkah kita tauk semua ya??????? Jawapannya ada pada dirik kita sebagai anak-anak.
           Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tauk akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. Tapi kenak setelah dia pergi baru kita sedari semua ya? Kenak sik semasa dia masih ada kita sik merasakan kehilangan itu. TMTL cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagik ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka sik sanggup untuk njaga ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah sigek alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk nyaga sorang ibu tua. sikkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak-anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu sik pernah untuk mengeluh memelihara seberapa rami pun anak-anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak-anak dah sik bersamanya lagik, kesemua anak merik berbagai alasan untuk sik maok nyaga seorang ibu.  Siney kesilapan ow? Kepada mereka yang tika ini masih ada ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan kita owg jika sigek masa anak-anak kitak owg juga akan melakukan sepertimana yang kitak owg lakukan pada ibu kitak owg kinek tok? Apa yang kita owg rasakan? Jawapanya ada pada dirik kitak owgpun untuk njawabnya......
           Buat mereka yang masih lagik ada orang tua, peliharalah ibu kalian sebaiknya, kasihi mereka dengan kasih yang sejati, kita sik akan rugi bila kita hidup dan tinggal bersama mereka, namun kita akan kerugian apabila kita menyisihkan mereka, kerana setelah mereka sikda gik, ada sesuatu yang amat besar akan kita rasakan kehilangannya setelah mereka sikda, malah begitu juga dengan kerinduan setelah mereka sikda pastinya kerinduan itu akan sering bertandang, tapi sikda guna lagik kerana kerinduan itu hanya sesuatu yang menjadikan sebuah kesakitan kerana sikda agik insan yang ingin kita ziarahi untuk kita cium pipi lembutnya dan juga kita kucupi dahinya untuk kita lepaskan kerinduan ya. Jadi semasa mereka masih ada, hulurkan kasih sayang kita org kepada mereka sepenuhnya, ceriakan hidup mereka, biarkan mereka terus tersenyum riang, dan sekurangnya isikanlah kesunyian mereka dengan kedatangan kita untuk menjenguk mereka selalu, seorang ibu sik pernah mengharapkan yang lain melainkan kasih anaknya, dan adalah sigek hadiah yang berharga kepada mereka dengan kehadiran anak-anak untuk menjenguk mereka selalu dan mengisikan kesunyian mereka, kerana kita sik pernah tauk kesunyian dan kerinduan siibu pada kita org. Jadi kasihi dan sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati........ Salam utk ibu-ibu TMTL.

Rabu, 8 Ogos 2012

DOA-DOA DI MALAM 10 TERAKHIR BULAN RAMADHAN




Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:
“Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatul-Qadar (malam al-Qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan?’ Jawab Rasulullah; ‘Kamu bacalah doa (yg bermaksud); “Ya Allah, ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan yang maha pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku (yakni ampunkanlah dosa-dosaku).” (Riwayat Imam at-Tirmizi)

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
“Permulaan Ramadan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka”

Kita kinek tok berada di fasa terakhir Ramadan dan 10 malam akhir Ramadan tok adalah fasa pembebasan daripada api neraka dan “posa itu adalah perisai” yang menghalang pelakunya daripada memasuki neraka. Seperti yang kita tauk, di 10 malam terakhir tok juak terdapat sigek malam yang sangat istimewa iaitu malam Lailatul Qadar.

Hanya ibadah posa Ramadan yang dipecahkan kepada 3 bahagian iaitu fasa rahmat, keampunan dan kemerdekaan daripada neraka semata-mata kerana Allah s.w.t. ingin membesarkan pahala Ramadan. Subhanallah. Semoga kita semua tok dapat memanfaatkan setiap fasa yang telah kita lalui sepanjang Ramadan tahun tok.

“Sesungguhnya amalan-amalan itu terletak pada penghabisannya”
(Hadis Riwayat Bukhari)

Oleh kerana ya, marilah kita tingkatkan dan tambahkan ibadat di 10 akhir Ramadan. Bersamalah kita mengisik  10 hari terakhir tok dengan melebihkan ketakwaan dan menjaga ibadat posa Ramadan. Mari perkemaskan ibadah puasa di 10 hari terakhir tok dan tutuplah kecuaian yang berlaku dalam puasa 20 hari yang lepas dengan menambahkan amalan-amalan sunat selain amalan fardu seperti solat, bersedekah dan membaca Al-quran. Bersamalah kita mencarik Lailatul Qadar.

Bagi mencarik malam Lailatul Qadar, ada baitnya kita membaca Doa lailatul-Qadar tok pd setiap malam di 10 malam terakhir Ramadan kerana dengan membacanya pada setiap malam, pastinya salah sigek doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya.

Sabda Rasulullah,

“Sesungguhnya bagi orang berpuasa -ketika berbukanya- doa yang tidak akan ditolak.” (Riwayat Ibnu Majah dari Abdullah bin 'Amru bin al-'As)

Di samping ya, kita perbanyakkan berdoa dengan doa-doa 10 malam terakhir Ramadan. Bersama entri kali tok, TMTL blog berkongsi juga doa-doa 10 malam terakhir untuk kita sama-sama membacanya dan mendapat syafaat daripada Allah SWT .

Doa hari ke-21
Ya Allah! Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaanMu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, wahai pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.

Doa hari ke-22
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurniaMu, turunkan untukku berkah-berkah Mu. Berilah kemampuan untuk ku kepada penyebab-penyebab keredhaanMu, dan tempatkanlah aku di dalam syurgaMu yang luas, wahai penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.

Doa hari ke-23
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, wahai penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.

Doa hari ke-24
Ya Allah! Aku memohon kepadaMu hal-hal yang mendatangkan keredhaanMu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahanMu, dan aku memohon kepadaMu kemampuan untuk mentaatiMu serta menghindari kemaksiatan terhadapMu, wahai pemberi para peminta.

Doa hari ke-25
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai auliyaMu dan memusuhi musuh-musuhMu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup nabiMu, wahai penjaga hati para nabi.

Doa hari ke-26
Ya Allah! Jadikanlah usaha ku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosa ku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aib ku ditutupi, wahai maha pendengar dan semua yang mendengar.

Doa hari ke-27
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan lailatul qadar, dan ubahlah perkara-perkara ku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, wahai yang maha penyayang terhadap hamba- hambaNya yang soleh.

Doa hari ke-28
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepadaMu di antara semua perantara, wahai yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.

Doa hari ke-29
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hambaNya yang mukmin.

Doa hari ke-30
Ya Allah! Jadikanlah puasa ku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaanMu dan keredhaan rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,

Akhir sekali terimaklah hakikat kefarduan ibadat posa Ramadan dan ikhlaskan hati dalam melakukannya semata-mata kerana Allah s.w.t. Semoga perkongsian tok dapat menambah kekuatan warga TMTL dalam menjalani ibadah dengan penuh keinsafan. InsyaAllah..
Wasallam. Salam tok ku tujukan special 4 Warga TMTL..

Selasa, 7 Ogos 2012

BICARA RAMADHAN-TIADA SIAPA YANG TAHU

RENUNGAN RAMADHAN

Satu hari, si anak mengajak si ayah membawanya ke Putrajaya untuk melihat konsert K Pop di Hari Belia.
Anak: Ayah, jom gi Putrajaya malam ni. Saya nak tengok K Pop live n ambil gambar diorang.
Ayah: Ok. Tapi sebelum tu, kita makan malam dulu ye.
Anak: Orait.
Sebelum makan, si ayah memberitahu sesuatu yang sangat mengejutkan sang anak.
Ayah: Makanlah tomyam ni. Sedapkan bau dia. Tapi tadi, ayah ...
campur sikit tahi kucing. Tapi, tak berubah pun rasa, bau dan warna dia.
Anak: Eeeii.. Ape ni ayah? Kotor la. Tahi kucing tu kan najis. Macam mana kita nak makan.
Ayah: Cuba la sikit, ok je rasa dia.
Anak: Ayah, kita kan orang Islam. Lagipun, tak logik akal nak makan benda yang bercampur dengan najis.
Ayah: Hmm.. Kalau kita ni manusia biasa pun bijak untuk menilai, makanan ni kotor sebab bercampur dengan najis. Allah mesti lagi bijaksana untuk menilai program malam ni baik atau buruk sebab ia da bercampur perkara maksiat. Apatah lagi melihat orang yang terkinja-kinja menari, dedah aurat sana sini, duduk pula bercampur laki perempuan, semua tu melebihi batas yang Islam dah gariskan.
Anak: Gulpp.. Hebatnya perumpamaan ayah ni. Saya dah tak selera nak makan tomyam lagi dan yang lebih penting, saya tak selera nak minat K Pop lagi ^_^
Ayah: Alhamdulillah kalau anak ayah faham. Islam tak pernah larang umatnya berhibur. Asalkan jangan melampau. Hiburan ni macam garam dalam makanan la. Kalau terkurang, tawar. Kalau terlebih, masin. Jadi, letaklah secukup yang perlu saja. Biarlah hiburan yang kita cari itu mendidik jiwa, dan lagi cantik kalau hiburan tu dapat bawa kita ingat Allah.
Anak: Asal tadi nak tengok K Pop, tapi sekarang dapat dengar tazkirah daripada ayah pulak. Betullah, Allah beri apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita NAK. Terima kasih ayah..♥

LAMPU ISYARAT SIMPANG MASUK TMTL,Bila Gik Nak Berfungsi?

APA KATA ANDA? GINEY NAK SELESAI KES TOK?

Ahad, 5 Ogos 2012

LAW KANA BAINANA MUNIF HIJJAZ Tazkirah Ramadhan

PENYERTAAN AHLI TMTL DI FACEBOOK SEMAKIN BERTAMBAH


       Pejam celik-pejam celik tup2 dah setahun lebih dah Tabuan Melayu The Lagend (TMTL) di laman sosial Facebook. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan tahun bertukar.. dah 2012.
Kini TMTL di laman sosial dah semakin ramai yang mengetahui kewujudannya..
      Untuk pengetahuan semua, setakat jam 11.26pm tek bertarikh 4/8/2012 ahli TMTL dah bertambah sebanyak 721 ahli dimana ada 3 ahli baru yang menyertai TMTL.
       Alhamdulillah, admins berharap, TMTL semakin dikenali oleh orang kampung khususnya dan Insya Allah akan dikenali oleh ramai sehingga di mata dunia umumnya.. Aminn..
      Akhir kata, Jomlah ramai2 sertai TMTL bagi memartabatkan & membantu org kampung kita disamping mengetengahkan betapa muafakatnya umat TMTL sekarang dgn tertubuhnya NGO seperti TMTL ini.


Rabu, 1 Ogos 2012

TMTL mahu jadikan pengagihan bubur lambuk program tahunan


Posted on July 31, 2012, Tuesday
KUCHING: Tabuan Me-layu The Legend (TMTL) mahu menjadikan pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadan sebagai program tahunan.
Penaungnya Datuk Paruwadi Musa memberitahu, TMTL merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baharu ditubuhkan dengan melaksanakan program-program kebajikan untuk penduduk sekitar Tabuan.
Katanya pengagihan bubur lambuk adalah sebahagian daripada program yang dilakukan oleh ahli-ahlinya secara bergotong-royong.
“Memandangkan TMTL masih baharu, pengagihan bubuk lambuk merupakan program yang julung kali kami adakan,” katanya pada majlis pengagihan bubur lambuk di flat perumahan Tabuan Park, di sini semalam.
Paruwadi berkata agihan itu melibatkan penduduk bagi kawasan flat perumahan Tabuan Park dan sekitar Tabuan Melayu.
Beliau menarik perhatian bahawa program itu merupakan amalan bersedekah pada bulan Ramadan.
“Kami berbangga dapat mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di kawasan ini dan berharap akan terus mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka,” katanya.
Paruwadi memberitahu, TMTL ditubuhkan bagi membantu kerajaan dalam apa sahaja urusan dan kebajikan dengan penduduk kampung.
Beliau berkata setakat ini mereka telah mempunyai lebih kurang 700 ahli daripada pelbagai peringkat umur terutama kalangan belia.
“Kami mengalu-alukan penduduk Tabuan Melayu menyertai pertubuhan ini dengan yuran keahlian RM1 setahun dan RM10 seumur hidup.
“Mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook Tabuan Melayu The Legend atau menghubungi presiden protem, Jolly Marikan dan timbalannya, Rudy Leman,” katanya.

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT