'SYURGA DEBAH TELAPAK KAKI IBU', nok yalah ungkapan yang kita owg sering nengar sejak kita kecil dan sejauh mana kita dah menghargai jasa seorang wanita yang telah menjaga dan mendidik kita dari kecil itu? Kita mungkin kenal diriknya sejak dari kita lagi, namun apakah kita dah mena-mena paham hatinya, mena-mena paham kehendaknya? Kita mungkin mampu beriknya hadiah setiap tahun dan juga mungkin beriknya apa saja, namun apakah nok ya dah cukup ngan kehendak hatinya? Apakah kita dah nengar segala keluhan hatinya? Kerinduannya? Kesunyiannya? Pernahkah kita ngambil tauk semua ya? Kita sebagai anak-anak kadang-kadang sik pernah ngambik endah tentang apa yang dimaok dan diperlukan oleh Ibu kita, kadang - kadang kita terlupak bahawa kini nya(mak) sunyik dan mengharapkan kita untuk bersama ngannya. Namun pernahkah kita tauk semua ya??????? Jawapannya ada pada dirik kita sebagai anak-anak.
Kita akan rasa kehilangan apabila dia sudah tiada dan pergi meninggalkan kita untuk selamanya, disaat itulah kita akan merasakan bahawa kita kehilangan seseorang yang amat kita kasihi, orang begitu memahami kita selama ini, orang yang tauk akan keperluan kita, orang yang tahu apakah yang ingin kita makan apabila kita bersamanya, kerana kini tiada lagi insan yang mengambil berat tentang kita. Kehilangan itulah yang akan memberikan keinsafan kita kepada apa yang telah kita lakukan kepadanya selama ini. Tapi kenak setelah dia pergi baru kita sedari semua ya? Kenak sik semasa dia masih ada kita sik merasakan kehilangan itu. TMTL cuba berfikir tentang sebilangan umat manusia dimuka bumi ini, yang mana mereka kerap mengabaikan ibu mereka, apa yang amat menyedihkan lagik ialah mereka sanggup menghantar ibu mereka kerumah orang tua, dengan alasan mereka sik sanggup untuk njaga ibu mereka, dengan berbagai alasan diberikan asal dia dapat duduk disana, pada hal seribu alasan yang diberikan itu kadangnya hanyalah sigek alasan kosong, hanya kerana mereka malas untuk nyaga sorang ibu tua. sikkah mereka mempunyai perasaan bagaimanakah perasaan si Ibu apabila anak-anak menyisihkan dirinya terlalu jauh dari mereka, pada hal seorang ibu sik pernah untuk mengeluh memelihara seberapa rami pun anak-anaknya, diterima dengan tangan yang terbuka, berusaha dengan lebih gigih untuk memelihara dan membesarkan anak-anaknya, tapi apa yang terjadi, bila dirinya sudah tua, dan anak-anak dah sik bersamanya lagik, kesemua anak merik berbagai alasan untuk sik maok nyaga seorang ibu. Siney kesilapan ow? Kepada mereka yang tika ini masih ada ibu, tetapi mereka menempatkannya dirumah orang tua, fikirkanlah sebaiknya, apakah perasaan kita owg jika sigek masa anak-anak kitak owg juga akan melakukan sepertimana yang kitak owg lakukan pada ibu kitak owg kinek tok? Apa yang kita owg rasakan? Jawapanya ada pada dirik kitak owgpun untuk njawabnya......
Buat mereka yang masih lagik ada orang tua, peliharalah ibu kalian sebaiknya, kasihi mereka dengan kasih yang sejati, kita sik akan rugi bila kita hidup dan tinggal bersama mereka, namun kita akan kerugian apabila kita menyisihkan mereka, kerana setelah mereka sikda gik, ada sesuatu yang amat besar akan kita rasakan kehilangannya setelah mereka sikda, malah begitu juga dengan kerinduan setelah mereka sikda pastinya kerinduan itu akan sering bertandang, tapi sikda guna lagik kerana kerinduan itu hanya sesuatu yang menjadikan sebuah kesakitan kerana sikda agik insan yang ingin kita ziarahi untuk kita cium pipi lembutnya dan juga kita kucupi dahinya untuk kita lepaskan kerinduan ya. Jadi semasa mereka masih ada, hulurkan kasih sayang kita org kepada mereka sepenuhnya, ceriakan hidup mereka, biarkan mereka terus tersenyum riang, dan sekurangnya isikanlah kesunyian mereka dengan kedatangan kita untuk menjenguk mereka selalu, seorang ibu sik pernah mengharapkan yang lain melainkan kasih anaknya, dan adalah sigek hadiah yang berharga kepada mereka dengan kehadiran anak-anak untuk menjenguk mereka selalu dan mengisikan kesunyian mereka, kerana kita sik pernah tauk kesunyian dan kerinduan siibu pada kita org. Jadi kasihi dan sayangilah ibu anda dengan sepenuh hati........ Salam utk ibu-ibu TMTL.
SESIAPA YANG MEMBACA ARTIKEL TOK DGN MENGHAYATINYA DGN PENUH PERASAAN,INSYA ALLAH DGN SIK SEMENA2 RASE PILUK DALAM HATI ANDA... BUKAN SETAKAT YA,MUNGKIN SETENGAH2 SIK TAHAN,AKAN GUGUR AIRMATA TANPA KITA TAUK.. MUN PERASAAN YA DISEBALIKNYAAAA... PESAN SAYA,AWAL2LAH BERTAUBAT..KERANA SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU.. SALAH SATU ADALAH DOA ANAKYG SOLEH/SOLEHAH..
BalasPadam