Rabu, 1 Ogos 2012

TMTL mahu jadikan pengagihan bubur lambuk program tahunan


Posted on July 31, 2012, Tuesday
KUCHING: Tabuan Me-layu The Legend (TMTL) mahu menjadikan pengagihan bubur lambuk pada bulan Ramadan sebagai program tahunan.
Penaungnya Datuk Paruwadi Musa memberitahu, TMTL merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang baharu ditubuhkan dengan melaksanakan program-program kebajikan untuk penduduk sekitar Tabuan.
Katanya pengagihan bubur lambuk adalah sebahagian daripada program yang dilakukan oleh ahli-ahlinya secara bergotong-royong.
“Memandangkan TMTL masih baharu, pengagihan bubuk lambuk merupakan program yang julung kali kami adakan,” katanya pada majlis pengagihan bubur lambuk di flat perumahan Tabuan Park, di sini semalam.
Paruwadi berkata agihan itu melibatkan penduduk bagi kawasan flat perumahan Tabuan Park dan sekitar Tabuan Melayu.
Beliau menarik perhatian bahawa program itu merupakan amalan bersedekah pada bulan Ramadan.
“Kami berbangga dapat mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk di kawasan ini dan berharap akan terus mengukuhkan perpaduan di kalangan mereka,” katanya.
Paruwadi memberitahu, TMTL ditubuhkan bagi membantu kerajaan dalam apa sahaja urusan dan kebajikan dengan penduduk kampung.
Beliau berkata setakat ini mereka telah mempunyai lebih kurang 700 ahli daripada pelbagai peringkat umur terutama kalangan belia.
“Kami mengalu-alukan penduduk Tabuan Melayu menyertai pertubuhan ini dengan yuran keahlian RM1 setahun dan RM10 seumur hidup.
“Mereka yang berminat boleh melayari laman Facebook Tabuan Melayu The Legend atau menghubungi presiden protem, Jolly Marikan dan timbalannya, Rudy Leman,” katanya.

2 ulasan:

  1. Tahniah semua... aku hanya mampu ucapankan SYABAS!! ngan kitak owg yg bertungkus lumus molahn nyedia bubur lambok utk org TMTL yg tercinta.. harapan tahun depan umur panjang dapat joins sekali molah bubur ya.. nguar jadilahh.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah2an Termakbul doa utk program taun depan yg sama rupa..

      Padam

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT