Khamis, 21 Jun 2018

OPEN HOUSE: RUMAH TERBUKAK SATU BUDAYA YANG UNIK

 
Aidilfitri seperti yang kita tauk akan disambut meriah setiap tahun oleh semua kaum di negara tuk khususnya negeri Sarawak tuk sik ngira ugama dan keturunan. Masyarakat Melayu rata-rata akan mengadakan rumah terbukak bagi meraikan tetamu dan tunggal menunggal serta rakan taulan, jauh dan dekat. Macam-macam juadah nok diidang bagi menjamu tetamu yang dinanti kehadirannya. Kebiasaannya sidak akan molah seminggu lepas beraya, pertengahan syawal dan dekat-dekat nak habis raya.
 
Pada asasnya, kita endiat amalan rumah terbukak 'Open House' sekadar pakei meraikan rakan taulan dengan hidangan disediakan, tetapi ada rahmat yang bertapok di sebalik amalan rumah terbukak tuk iaitu nya dapat memupuk semangat kekitaan dan kejiranan. Urang bandar misalnya, sidaknya sikda banyak gilak masa pakei ngenal dengan lebih rapat jiran sidak disebabkan 'bizi' ngeja masa ngan kerjaya sidak.
 
 
Justeru, tradisi rumah terbukak secara sik langsung merapatkan hubungan antara jiran tetangga. Masa tuklah peluang pakei sidak ngambil tauk , kenal sapa dan apa kerja jiran serta keluarga sidak. Era globalisasi kinektuk udah banyak menjarakkan hubungan antara manusia ngan kehadiran gajet yang canggih sampei seorang manusia ya sik bergaul agik ngan urang di sekeliling. Situasi macam tuklah amat susah maok dibendung apatah agik 'bizi' ngan kerjaya dirikpun.
 
Jadi, amalan rumah terbukak tuk, sedikit sebanyak memberik ruang dan peluang sidak kejiranan pakei atlease kenal jiran sidaknya.
 
 
 
Kepada yg molah 'Open House' mulai arituk dan kelak2, selamat ber 'Open House'. Semoga majlis kitak urang semua 'Open House' kelak dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Cuma sigek jak dipintak... sikboh membazir okey...
 
 
 
 
Apa-apapun, Salam Edul Fitri 2018 kepada semua followers KMT yang setia selamak tuk mengikut perkembangan sama di Fb Page KMT maokpun Blog KMT tuk... Sampai jumpa lagik pada bulan syawal yang mulia akan datang.
 
Sekian, wassalam...

Isnin, 11 Jun 2018

MALAM TUJUH LIKUR, TRADISI ZAMAN BERZAMAN



Malam tuk adalah Malam Tujuh Likur yg dinantik gilak oleh semua urang dan boleh dikatakan ia udah menjadi kebiasaan bagi umat Islam di Malaysia umumnya dan khususnya di Sarawak mengistimewakannya. Yang seronok sik terkata udah tentunya golongan remaja dan anak-anak kecil, berpesta bermain bunga api, berlawan meriam buluh dan membakar mercun hingga suasana beberapa hari sebelum Raya menjadi riuh dan gegak gempita pada malam harinya.


Berbalik kepada cerita Malam Tujuh Likur, kinektuk udah semakin rami umat Islam terutamanya orang Melayu yang melupakan tradisi menyambut Malam Tujuh Likur. Rata-ratanya dah mula busy bersiap-siap nak balit kampung masing-masing ataupun maok balit beraya di kampung mertua. Sik ketinggalan, ada juak yang ngambik kesempatan maok melancong sakan ke luar negara apabila dapat cuti panjang sempena Hari Raya (urang kayo jak u!)


Selain jadi budaya tradisi yang masih kukuh dipertahankan di penghujung Ramadhan, Malam Tujuh Likur yang disambut pada malam 27 Ramadhan (malam tuk) setiap tahun juak merupakan acara ambang kemuncak atau pre-sambutan Hari Raya Aidilfitri dimana ianya sinonim bagi memeriahkan 10 malam terakhir Ramadhan dan mengembalikan nostalgia hari raya tanpa melibatkan unsur-unsur khurafat.  Selagi segala tuntutan ibadat sudah dikerjakan oleh masyarakat Melayu, sidaknya sik berdosa menyambut Malam Tujuh Likur dengan meneruskan tradisi orang-orang kampong seperti bertuntong, bermain meriam dan sebagainya selagik sik menyalahi hukum syarak! 10 malam terakhir tuk juga sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar iaitu satu detik keemasan untuk setiap Muslim merebut syurga apabila sekalian malaikat beserta penghulunya, Jibril turun ke bumi untuk mengaminkan dan mengangkat doa orang-orang yang melakukan ibadah seperti bersembahyang, bertasbih, berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, bertahmid, bertadarus dan bertakbir kepada Allah SWT.


Keunikan sambutan Malam Tujuh Likur zaman dolok marek bukan ajak terletak pada kemeriahan bermain bunga api dan meriam buluh sambil diterangi cahaya pelita semata-mata, ianya juak menandakan sebagei bermulanya hari orang-orang kampung untuk molah persiapan sebelum 1 Syawal. Ada yang dah start masang tabir rumah, ada yang dah masang kapet baru dan sik ketinggalan juak sidak surirumah yang membuat kuih-muih serta biskut2.



Tradisi bertuntong tuk kebiasaannya dipolah makei batang buluh panjang yang menjadi amalan sejak zaman dolok marek, ianya bertujuan untuk nulong orang-orang yang berjalan kaki ke suro atau semejid untuk menunaikan solat terawih kerna suasana pada waktu malam yang terlalu gelap. Urang kampong masang pelita sepanjang Ramadhan sebenarnya sebagei simbol meraikan kedatangan bulan paling mulia ya dan menjadi penyeri setiap rumah kerna pada zaman dolok marek sik ada langsung kemudahan api letrik maokpun lampu spotlight lagikan pula api kelap-kelip seperti kinektuk. Bezanya kinektuk, budaya bertuntong lebih kepada simbolik pakei ngingat balit kesusahan urang dolok-dolok maok pergi ke suro dan semejid pada waktu malam dalam keadaan gelap gelita dan pelita menjadi lambang tradisi serta ikon kemeriahan sambutan Hari Raya sejak dari dolok agik.


Disamping ya, ada sesetengah kampung molah program iaitu bertanding molah pintu gerbang. Pintu Gerbang ya, urang kpg akan ngiasnya kacak-kacak, ada yang masang api kelik2, ada yang engkah pelita serta tulisan2 yang unik juga design yang unik di Pintu Gerbang yang sidaknya reka. Pintu Gerbang yang unik dan menarik perhatian juri pertandingan akan dinobatkan sebagei juara.


Apa-apapun, seronok bila tibanya Malam Tujuh Likur kerna disamping dapat melihat suasana api yang terang benderang dan meriah, keakraban diantara sanak-saudara, urang kampung sekeliling dapat diutuhkan.
Salam 7 Likur!
Selamat Memburu Al-Qadr...

Founder KMT,
26 Ramadhan 1439H

Rabu, 6 Jun 2018

Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Petang 14 Jun


KUALA LUMPUR - Tarikh bagi melihat anak bulan Syawal ialah pada petang Khamis, 14 Jun bersamaan 29 Ramadan 1439 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Sebanyak 29 tempat dikenal pasti untuk melihat anak bulan Syawal iaitu di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka; Telok Kemang, Negeri Sembilan; Bukit Melawati di Kuala Selangor, Bukit Jugra di Banting dan Balai Cerap Sabak Bernam, Selangor.

Tempat lain ialah Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong di Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh di Pulau Pinang; Kampung Pulau Sayak di Kuala Muda, Pemandangan Indah Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Kedah.

Bukit Besar di Kuala Terengganu, Bukit Geliga di Kemaman dan Balai Cerap Kusza, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mukim Merang di Setiu, Terengganu; Bukit Peraksi di Pasir Puteh dan Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur Daerah Olak Jeram di Kuala Krai, Kelantan; Tanjong Lubang di Miri; Teluk Bandung di Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni Tanjung Dumpil, Putatan di Sabah; Bukit Tanjong Batu di Nenasi, Gunung Berincang di Cameron Highlands dan Bukit Pelindong di Kuantan, Pahang; Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah di Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru di Simpang Empat, Perlis.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen.

Kredit: Bernama

Selasa, 5 Jun 2018

Agong Perkenan Pelantikan Tommy Thomas Sebagai Peguam Negara

Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan Tommy Thomas (gambar)
sebagai Peguam Negara tetap memelihara hak keistimewaan orang
Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam
sebagai agama Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara kepada Bernama awal pagi ini, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia," katanya.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oelh kerajaan Malaysia," katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia. "Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam," katanya. Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam termuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kredit: BERNAMA

Isnin, 4 Jun 2018

PBB Masih Relevan Dipertahankan, Membentuk Perikatan Sarawak Bukan Baharu Dalam Sejarah


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan kekal. Ia tidak akan berubah setiap kali pantai berubah. Sebab PBB dibangunkan atas ikatan perpaduan dan muafakat pimpinan terdahulu, yang percaya negeri ini hanya dapat dimajukan hanya dengan persefahaman.
Tiada parti tempatan sekukuh PBB. Malah PBB lebih kukuh daripada UMNO.
Dan lebih penting, PBB adalah perakam suara rakyat Sarawak.Lihat sahaja perjuangan dan keberanian PBB selama ini.
Siapakah yang menyuarakan hak Sarawak Perjanjian Malaysia 1963? Siapakah yang melaungkan keadilan untuk pembangunan Sarawak? Dan siapa yang menuntut royalti minyak dikembalikan, sebelum ditukar ganti dengan kaedah yang lebih menguntungkan!
Mungkin dalam pemilihan Perhimpunan Agung PBB yang lalu kebanyakan jawatan tidak dipertandingkan. Hanya Naib Presiden Bumiputera.
Namun ketika itu, ia berlaku disebabkan hasrat sesetengah pemimpin dalam parti yang berusia 45 tahun ini memperlihat solidariti.
Selepas ini, dengan perkembangan politik terkini, PBB pasti akan lebih terbuka. Pemimpin baharu dan segar akan mengambil alih, dan proses ‘talent scouting’ akan dirancakkan.
Justeru hasrat sesetengah individu yang mahu melihat PBB berkubur, atau ditukar, adalah sesuatu yang harus ditolak. Harus ditanya, siapa mengusul? Dan kenapa mereka mengusul? Adakah mereka ahli parti? Atau golongan kecewa dalam parti.
Dalam menangani tsunami politik negara pada PRU14, yang dikhuatiri turut melanda Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang, PBB harus mengukuh diri. Benteng perlu diperkemas.
PBB sebagai parti tempatan jenama Sarawak perlu mengubah diri dengan lebih merakyat. Ya jenama ini perlu ditukar secepat mungkin.
Perlu untuknya membebaskan diri daripada bayangan Barisan Nasional, kerana ia tidak lagi relevan dalam konteks hari ini. Ya, tiada lagi BN.
Barisan Nasional ditubuhkan pada 1970 selepas Perikatan lebur pada 1969.
Dan selepas 48 tahun, BN pula yang lebur. Inilah masanya PBB dan parti-parti sekutu membina kekuatan baharu. Tidak perlu fraksi, tetapi mengukuh dalam sempadan Sarawak. Kedudukan ini pasti dapat memberikan suara yang kukuh.
Ini adalah pilihan terbaik, dan tidak salah. Kerana yang penting, PBB dapat mewakili nurani rakyat. Membangunkan Sarawak semampu mungkin, dan menyelesaikan masalah yang tidak berkesudahan.
Abang Johari pasti melihat pelbagai sudut sebelum pertimbangan ini dibawa ke tengah. Justeru biarlah kita sebagai rakyat bersabar, kerana pemimpin yang bijak tidak akan membuat keputusan terburu-buru. Marilah kita menanam keyakinan terhadap Ketua Menteri untuk membuat keputusan sebijak mungkin.
Pengalaman politik beliau pasti membantu dalam memastikan keputusan itu kelak tidak menjejaskan masa depan Sarawak.
Keluar daripada BN bukan bermakna kita kacang lupakan kulit. Juga tidak bermakna kita melupai jasa parti itu. Tetapi ia adalah langkah survival, kerana rakyat sudah sedar diri, betapa negeri ini boleh berdiri sendiri. Dan memesrai siapa yang menjadi kerajaan hari ini. –Sarawakvoice

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT