“Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah
besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita..Betapa CELAKAnya
manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan
melahirkan tuannya..”
Berapa ramai yang sediakan satu bahagian gaji untuk diberi kepada
ibu bapa setiap bulan? Adakah kita kedekut kepada ibu bapa? Pernahkah
kita berkira untuk membuat bakti kepada mereka? Persoalan di atas hanya
diri sendiri yang boleh jawab.
Barangkali, inilah satu-satunya perkara yang menjadikan gaji kita tak berkat dan tidak pernah cukup. Perasan tak?
Seorang pengguna FB Zakuan Faiz telah menulis satu coretan mengenai
perkara ini yang pasti mampu membuka mata kita semua. Baca coretannya
di bawah:
SYURGA PALSU UNTUK ORANG BODOH
Aku tidak dapati, doa yang lebih mujarab daripada doa kedua orang tuamu. Khususnya ibu.
Aku dapati begitu ramai orang hebat, khasnya para ulama yang mulia, melainkan mereka didoakan ibu mereka secara khusus.
Ramai yang tak menyedari anugerah yang begitu hebat ini yang mana
mereka adalah pintu-pintu syurga, doa mereka umpama doa nabi-nabi, tapi
pada kita, mereka hanyalah tempat untuk kita serahkan baby untuk dijaga.
Mereka jaga kita dengan penuh kasih sejak kecil, bila kita sudah
besar, kita suruh pula mereka jaga anak-anak kita. Betapa celakanya
manusia, inilah tanda kiamat yang nabi telah maklumkan bahawa ibu akan
melahirkan tuannya.
Alasan mereka, hidup susah, banyak hutang, semua kena kerja, anak takda siapa jaga.
Sebenarnya barakah yang sudah hilang. Hinggakan para wanita
terpaksa bekerja, keluar dari rumah, melanggar fitrah mereka, bergaul
dengan lelaki ajnabi secara bebas, suami mereka menjadi dayus. Ada juga
yang bukan terpaksa tapi kerana suka-suka. Sebab nak ada duit supaya
boleh shopping baju kasut beg tangan penuh satu rumah.
Lelaki menjadi lemah, tidak lagi seperti “Rijal” pada zaman
Rasulullah. Cukup seorang untuk beri nafkah, kerana mereka Qana’ah dan
Allah limpahkan barakah.
Akhirnya ibu dan bapa yang patut kita jaga sebagai pintu syurga, akhirnya menjadi hamba kepada kita.
Bila kita dah mula kaya, anak-anak dah besar, baru terfikir nak
balas jasa ibubapa. Tapi waktu itu sudah terlambat, tak ada nikmat dunia
lagi yang dapat gembirakan mereka. Bawa melancong, kaki mereka sakit.
Bawa makan, mereka perlu berpantang. Bawa ke taman, tak larat berjalan.
Yang mereka mahukan ketika itu hanyalah anak mereka sebagai teman.
Tapi demi Allah mereka tak mampu berikan sebab hanya sibuk mengejar kekayaan.
Akhirnya syurga mereka pun pergi. Satu-satunya peluang mereka ke syurga secara jalan pintas telah pun tertutup.
Waktu itu tiada lagi guna untuk menyesal. Anak-anak yang membesar
“dengan orang lain” juga kurang mesra dengan kita, kerana tak pernah
diberi perhatian dan kasih sayang selayaknya.
Akhirnya anak-anak muda menjadi sampah raver, hipster dan entah apa
kejadah lagi. Yang perempuan hilang dara seawal darjah tiga, yang
lelaki melayari web lucah seawal tadika. Ibu bapa tak pernah ajar agama.
Anak-anak membesar menjadi penderhaka. Memaksa ibubapa derhaka tadi menitiskan air mata.
Semuanya dah terlambat.
Sejak awal lagi kau salah kira.
Sejak awal lagi kau terlibat riba.
Sejak awal lagi kau sibuk kejar dunia.
Sejak awal lagi kau makan semua benda.
Sejak awal lagi kau tidak menjadi hamba.
Kepada yang masih ada ibu dan bapa. Khidmatlah kepada mereka
sekarang, selagi mereka masih hidup. Bawalah mereka ke mana mereka mahu
pergi. Korban kan dunia mu.. sudah-sudah lah kejar dunia yang tak
berkesudahan…. Tak kan kau nak biar mak bapak kau mati membawa hati yang
kecewa…
Sekurang-kurangnya balas lah jasa mereka, buatlah mereka tersenyum,
belanja lah mereka makan, bawak mereka berjalan, khidmat mereka walau
terpaksa ambil cuti, mintak doa mereka pada setiap perkara, hubungi
mereka walaupun tak ada benda nak kata, cukup mereka dengar suara kita
dan kita dengar suara mereka. Jangan sia-siakan syurga itu.
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita. Waktu khidmat,
niatlah untuk sukakan Allah. Saya berani gerenti dengan nama Allah ,
Allah akan mudahkan semua urusan dunia akhirat kita. Allah akan murahkan
rezeki kita. Saya dah alaminya.
Ramai orang kedekut dengan ibubapa sendiri. Tak pernah bawa ibubapa
ke restoran mahal walau sekali. Bukan nak tunggu kaya, bukan nak bajet
kaya, tapi ia akan buat ibubapa sangat gembira kerana dihargai
sangat-sangat. Bawak awek luar nikah ke restoran mahal dia tak rasa apa.
Bawak ibubapa, dia kata bazir.
Pengalaman saya sendiri, kalau saya ada masalah kewangan, saya akan
belanja mak ayah saya makan tempat mahal, atau saya keluarkan sejumlah
wang besar dan terus hadiahkan pada ibu ayah. Kalau ikut logik, harta
akan semakin berkurang, dah la tengah gawat.
Tapi tak… Orang munafik yang tak ada iman je akan fikir macam tu.
Orang beriman pulak diajar oleh Rasulullah, lagi banyak harta kita
keluar untuk Allah, apatah lagi untuk gembirakan ibu bapa, harta kita
akan melimpah-limpah digandakan.
Jadi korang rasa, korang sempit kewangan sebab apa?
Sebab korang kedekut. Wallahi korang kedekut. Akui ia. Dan
bertaubat kepada Allah. Walaupun korang memang ada keluar sedekah. Tapi
akuilah korang memang kedekut. Keluar sedekah sikit pun berkira-kira.
Kalau betul korang tak kedekut, pernah tak korang bagi seluruh gaji
korang pada mak bapak korang untuk satu bulan? Ekstrim kan?
Mestilah tak pernah! Gila! Nanti nak makan apa!
Ok, kita turun sikit….
Pernah tak masukkan not biru RM 50 dalam tabung masjid?
Not biru memang selalu…. Tapi bukan RM50…
RM1 je….
Tengok tu… Kedekut kan?
Lepas tu mengadu kat Allah, kenapalah aku hidup sempit, ini tak cukup, itu tak cukup . Ni semua mesti salah Najib!
Orang yang berkira-kira dengan Allah , Allah pun akan berkira-kira
dengan dia. Ingat ni sampai bila-bila. Kalau nak hidup sempit,
berkira-kira lah dengan ibubapa kita . Try it, experience it. Hidup kau
konfem akan sempit walaupun laki bini kerja hebat, gaji puluh ribu
sebulan tak termasuk OT.
Gembirakanlah ibu bapa mu. Insyaallah Allah pasti akan betulkan
segalanya dalam hidupmu. Jangan perhambakan ibubapa mu, diorang dah jaga
kau dari kecik, kau jagalah anak kau sendiri. Sampai bila nak hidup
menyusahkan mak bapak. Patutnya mudahkan mereka, layan mereka macam
raja, permaisuri. Bukan jadikan mereka sebagai bibik.
Yang wanita, jadilah surirumah, didik anakmu sendiri seperti semua
srikandi Islam. Tokoh-tokoh agung dunia dalam sejarah Islam semuanya
lahir daripada madrasah rumah yang diketuai oleh IBU mereka.
Sekarang rumah hanya jadi panggung wayang, untuk tengok cerita
Korea dan raja lawak. Hanya jadi restoran, beli meja mahal dan makan
sedap-sedap. Jadi pusat karaoke hari-hari layan lagu dari program
realiti.
Maka yang terhasil dari rumah-rumah zaman sekarang hanyalah sampah
masyarakat. Pastu bajet Soleh, bajet solehah, tak boleh ditegur,
melenting bagai nak rak.
Di luar sana, memang ramai orang “kaya”. Tapi majoritinya kaya palsu.
Rumah besar, kereta mewah , tapi semuanya hutang. Hutang riba pulak
tu. Harta mereka hanya kertas dan nombor dalam skrin, yang tiada nilai
aset.
Dan kehidupan itulah yang kau kejar. Yang penuh tipu daya. Bajet diva, tapi penuh riba.
Aku sikit pun tak heran pada mana-mana orang kaya zaman sekarang sebab tahu mereka semua posers, fakers, palsu, cetak rompak.
Kehidupan itu yang kau carik?
Hingga tanggungjawab kau abai?
Mak bapak kau hambakan?
Anak-anak tidak diberi agama?
Allahu…
“Jangan kau terjun ke dalamnya, kerana syurganya dajjal itu hakikatnya adalah neraka.”
Nota: Tulisan ini adalah kata hatiku untuk diriku sendiri. Aku
mencela diriku siang dan malam agar aku tidak leka dengan angan-angan
dunia yang penuh tipu daya dan menjaga ibubapak ku dengan baik.
Merekalah syurgaku. Dan aku rasakan ia mungkin bermanfaat bagi
sesetengah orang yang berakal, jadi aku decide untuk share disini. Moga
ada manfaatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan