Isnin, 24 April 2017

100 HARI BERSAMA KM ABG JO, RTM 1, JAM 9.00 MALAM 

100 HARI BERSAMA KM ABG JO, RTM 1, JAM 9.00 MALAM

MUNGKIN gayanya langsung tidak sama dengan cara Tok Nan TETAPI KM Abg Jo kita ini mempunyai auranya tersendiri.  Langsung saya tergamam melihat betapa beliau mengulas satu persatu setiap isu yang dibicarakan. Dan yang pasti, CM Sarawak ternyata seorang yang kuat membaca sehingga saya sendiri kagum bukan ramainya yang berbicara menjadikan Sarawak seperti Bavaria di German. Ada ceritanya yang menyebabkan mengapa.

Berikut merupakan antara point-point yang sempat diulas sepanjang 1 jam bual bicara ini.  Kesemuanya sebenarnya amat mengkagumkan dan tidak sabar untuk melihatnya segalanya ada.  Bukan satu janji tetapi beliau telah/sedang lakukan sekarang.

1. Kita ada laptop, kita ada komputer TETAPI gambar tidak ada kerana TIDAK ADA internet. Begitu sedih negeri saya yang bernama Sarawak. Sebab itu saya tampil dengan satu langkah yang dinamakan high speed internet untuk Sarawak.  Semoga rakyat Sarawak boleh seperti rakyat di negeri yang lain tidak kira di bandar, luar bandar mahupun pedalaman.

2.Sarawak Multimedia Authority akan ditubuhkan bagi menyelaraskan dunia tanpa sempadan untuk negeri Sarawak termasuklah digital ekonomi, siber sekuriti dan banyak lagi. Ianya akan dibentangkan di dalam persidangan DUN kelak bagi menyelaraskan rang undang-undang.

3.Kuching sebagai city of unity telah diiktiraf oleh dunia. Di Asia, penubuhan pusat institut Komanwel akan didirikan oleh Princess Anne sendiri. Ianya satu penghormatan kepada Malaysia kerana ianya satu2 nya di Asia pernah ada.

4.Sarawak akan mempunyai Bank of Development Sarawak yang mampu menjadi penampung kepada pembangunan Sarawak. Kita mempunyai dana sendiri yang diambil daripada reserve Sarawak sendiri. Ianya sudahpun diluluskan oleh Bank Negara Malaysia.

5. Pengambilalihan Bakun menjadi milik Sarawak kembali adalah satu kejayaan yang besar.  Ini kerana Sarawak sememangnya mampu diuruskan sendiri oleh orang Sarawak yang sememangnya sudah terkenal dengan kepakarannya di dalam hidro elektrik.  Malah sumber tenaga itu juga mampu dieksport ke negara jiran seperti di Brunei, Sabah mahupun Kalimantan itu sendiri.

6. Prasarana persekolah daif sepatutnya adalah tanggungjawab Persekutuan tetapi rakyat tidak pernah tahu itu semua. Jadi Kerajaan Negeri bagi kesenangan semua sanggup membuatnya dengan dana sendiri.  Ini sebenarnya membantu pihak Kerajaan Persekutuan tetapi lambatlah hendak mendapatkan peruntukan jadi kita buat dulu untuk rakyat Sarawak.

7. Dasar Karbotaj telah menyukarkan Sarawak dan sudah tiba masanya dasar itu harus dihapuskan.  Perbincangan sedang dijalankan untuk menghapuskannya dengan Kerajaan Pusat kerana ini satu2 nya boleh menurunkan harga barangan di Sarawak.

9. Kawasan pedalaman akan didirikan beberapa lapangan terbang kecil bagi membantu agrotek di pedalaman. Malah LRT JUGA AKAN DIDIRIKAN DI SARAWAK. Itu sememangnya janji saya dan akan direalisasikan. Bukan omongan kosong. SARAWAK AKAN ADA LRT :D

10.Apa yang dilakukan oleh CM sekarang adalah untuk generasi muda.  Ini kerana generasi muda sekarang ini bijak.  Merekalah yang akan menjadi pengganti kita kelak tetapi jangan obses untuk menjadi CM terus. Tidak boleh lawan tokey kerana saya dahulu juga seperti anda. Belajar dahulu mengikut proses. Sekiranya sudah Allah katakan bahawa anda menjadi ketua menteri maka anda akan menjadi ketua menteri. Sebab itu saya dahulu diam sahaja dan akhirnya saya menjadi KM Sarawak tanpa disangka. Usei2 bah!

Wahai CM Abang Jo, saya sebagai anak Sarawak bangga mempunyai seorang CM yang berpandangan jauh seperti ini.  Sesungguhnya ramai yang cuba menempelak pemilihan CM dulu sebagai CM pengganti Tok Nan. Namun sekarang saya YAKIN BAHAWA SARAWAK DI TANGAN ORANG YANG BETUL UNTUK MENTADBIRNYA.

Tahniah YB Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg.

#ProudSarawakian
#TeamAbangJoe

From fb Sis Haslina Bujang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SUKA CATATAN KMT DI ATAS TOK CUMA KLIK

Komen Ahli KMT